Monday, November 23, 2009

Amai II

Seminggu tanat(pulun) beroperasi di makmal kecilku, membuat aku lupa diri seketika. Padahal ada lagi 'misi' yang perlu aku siapkan dengan kadar SEGERA. Seronok hingga tak terucap bila melihat hasilnya.

Tengok... Kursi 'sasa' bang Mat sudah ku robah jadi gadis manis desa yang anggun.



Dengan hanya berbelanja kurang dari tiga puluh ringgit Brunei, kursi itu sudah tampil menarik dengan gaya yang paling sederhana. Ingat tak renda alas meja yang aku buka itu? Aku beli alas meja itu kerna aku jatuh hati pada trimming rendanya sahaja.

Jadi aku mula menjadi 'si-tikus membaiki labu'. Tak mengapalah... alas meja itu ku beli dengan harga yang terendah, B$2.60, besarnya 2"x4",di Pasaraya Pertama. Dan alas piring makan itu pula berharga B$1.40. Bayangkan, jika aku hanya membeli renda itu dengan harga B$4.80 semeter. Berbaloi kan? Jadi aku bisa menggunakan kedua-dua material itu dengan dua projek yang berlainan.



Jadi, aku rasa AMAT tak bersalah MEMUGGUTI(umpama tikus membaiki labu) alas meja yang memang sudah cantik itu.



Dan yang ini.. Masih ingat kan? Projek yang pertama awal bulan lalu.. Aku masih lagi menekenuninya... Sabar yah!



Dan minggu lalu waktu aku sedang terpesona dengan renda alas meja itu, aku menemui kasut saudara-sepusat-sepusing Kung Fu. Ada sesuatu yang menarik perhatian ku untuk memilikinya. Nanti aku kongsi ceriteranya di lain kesempatan yah.




Sampai jumpa lagi. Salam Isnin. Manic monday???? Neyyyyy

8 comments:

nor64 said...

salam ..kreatif & berinovatif you ni ...sgt menarikkkk

indahhouse said...

Salam kak Mon,
kreatif sungguh kak Mon ni. suka tengok... ;)

jid said...

hehehe..tak sabar nak tunggu apa kmon nak buat dgn kasut kungfu tuh.. dulu jid ada kasut kungfu yg harga RM4.50... kale hitam dan ada bunga ros kale pink kat depan... jid sgt sayangkan kasut kungfu tuh... (",)

kmon..kalu duduk atas kursi tu nanti lekat bunga kale ijau kat *tut* tak? hehehe...

Nina Suria said...

nor64, nurindah
taim ide kakmOn dtg 'mengila' habis ruang santai bang mat kakmOn 'cloroxkan'. Esok dia balik, mati lah kakmOn kena 'tembak' :D

Nina Suria said...

jid, ko ni macam tau2 aje apa yang kakmOn nak buat ngan kasut kung fu tu *sumbat mulut jid ngan tibadak muffin* oooops

I LAP U mmmmuahahahaha

azlina said...

salam kak mon...
akhirnya dah siap projek akkada projek lain lagi yea kak...rjnnya kak mon...

jid said...

kakmon.. cantiknyaaa alas meja tu..boleh jual semula dgn harga yg lebih mahal...hehehe

Nina Suria said...

Azlina
projek tu baru 80% siap, masih lagi memerlukan black & decker bang Mat, harap2 esok dia balik umah bole siapkan projek yg dah berkarat nih. Tak sabo noooo :D

jid
awak nak ka? sat kakmOn bungkus :p