Dua minggu ini E-Speed connection di rumah bagai biskut Chipsmore. Sekjap ada. Sekejap hilang. Entah, cacing apa yang menelan. Nak update blog pun azab sesangat. Conection perlahan bagai pengantin siput berjalan. Eeeeee... geramnya.E-speed ka, E-Lidut.Forget it.
Nampaknya, tahun 2010 ini adalah tahun perkahwinan sedunia. Mula awal januari hingga ke hujung oktober, senarai nikah-kahwin saudara, jiran dan taulan bejanjar(bersusun) sudah ditakahi(dipangkah).
Dan esok pula, giliran anak saudara bang Mat yang tinggal di 'Pulau' kecil itu. Tulang belikat pun terasa sakit ya amat, selepas seharian melutani Balasan Berian untuk pihak lelaki.
Esok pasti mengidap sakit kaki lagi. Maklum aja lah... bila badan dah sebesar lori tekuyong simen, manalah termampu 'kaki katak' menampung bebanan badan yang berat tak terperi ini. Adakah aku kena ikut saranan bang Mat, kembali ke trek yang betul? Hisy... Nak buat marathon? Naik bukit, turun bukit? Nak mampus ada lah.
Tapikan... Kalau kakmOn kembali ke 'taim pinggang kerengge' tu... Tak ada lah chance nak pakai baju baru, kan? Abis-abis kena suruh gali 'kebaya Saloma' lama tu balik. Tak mau. Rugi... Rugi.. Rugi...
Oooops awat kakmOn merapek meraban nih? Ni dah kes tension tahap gaban nih.
Meh layan sat.. Diantara Balasan Hantaran yang sempat kakmOn tangkap.
Sepangadak Persalinan Melayu Lelaki Terakhir...
Oh yah. Esok kak Azah kita akan berkunjung ke Berunei. Tapi kakmOn sibuk dengan acara nikah-kahwin itu, tak sempatlah nak sambut dia dengan karpet merah. Ampun ye kak.. Moga mendarat dengat selamat, janganlah pulak nanti tersilap kapal belon :)
Pada JC, kakmOn masih tercari-cari, siapalah nak kakmOn panjangkan award TOP BLOGGER itu. Nanti kakmOn pikir-pikirkan yah!
Akhir kalam, salam berhujung minggu semua. Jumpa lagi bila E-Speed kakmOn sembuh seperti sediakala.
6 comments:
salam mon...hehehe..akak tgh packing2 ni, tak payah sambut carpet merah, carpet pink pun ok hehehe..kasihan mon, mesti penat giler..tak payah le nak susah2 kat akak, akak faham..jumpa sekejap pun ok..ada something nak bagi mon..malam pun tak apa mon, dtg je tempat penginapan akak..okay jumpa di sanaaaa
salam kak mon...
syoknya baca kak mon tulis bahasa utara...srnok kak mon nak daating dgn kak zah rupanya...selamat berdating yea...
Salam kakmOn cayang..ooohh bz ya, nk terima menantu sedara..hehee..mak sedara sakit urat dah eh..xpa, berbaloi2...Semoga semuanya berjalan lancar ya kakmOn..muaaahhh!
kak Azah, pasti penat lepas projek cari gali tu kan?
Azlina
kakmOn cuma tahu seketul dua, blajo dari makcik raja ngan cik idah :)
Ummi
a'ah penat menerima menantu ni rupanya, tamauuuu nak wat awai la gamaknya nih *sumbat along ngan angah dlm peti besi*
salam nina...akak dan kawan2 dah selamat sampai kk dgn selamat. Terima kasih banyak2 atas layanan nina yg superb tu..akak sangat2 menghargainya..paling tak boleh lupa acara gali menggali tu..kalau lama kat sana mesti hari2 akak pergi menggali..hehehe..cantik2 sangat, akak suka tapi apakan daya air asia limitkan berat baggage...barang2 akak semua selamat, alhamdulilah....sekali lagi terimakasih banyak2 ya..
selamat pengantin baru buat pengantin... moga segalanya diberkati... bertuahhhh pengantin dpt sentuhan tangan dari kakmon..hehehe
Post a Comment