Wednesday, April 21, 2010

scrap-da-cuppy

Seperti yang ku janjikan, aku tampil lagi di malam khamis ini dengan foto kek cawan yang meriah. Aku memang suka membuat kek cawan. Ianya mudah disediakan dan sangat menghiburkan. Apalagi bila kita dihujani ide yang sangat menakjubkan. Terasa masa berlalu begitu pantas. Tup-tup loceng sudah berbunyi. Masa bermain sudah tamat.



Dunia scrapping telah banyak mempengaruhiku merekacipta kek cawan yang comel dan menawan. Apalagi   bila teknologi dunia yang canggih ini memungkinkan kita berkreasi lebih tinggi dan jauh ke hadapan tanpa sempadan.

Anda boleh lihat hasilnya seperti di bawah ini. Manis bukan????






























Sebulan yang lalu, dengan ide 'diyamon' sang Klavu, kami mengadakan lagi party yang penuh warna-warni. Kemeriahan begitu terpancar dengan hiasan hasil 'jari-jemari amai' kami bertiga. Gabungan tiga kepala yang punya tiga hobi yang berlainan.

Si Klavu dengan hasil kerja scrappingnya.






Reyma dengan kain patch work dan bendera ala Inggerisnya.





Dan aku, seperti biasanya... 'mengulit' kek cawan atau yang sewaktu dengannya. Sungguh menggoda bukan?



Akhir kalam, aku sudahi dengan resipi kek cawan yang mudah, sedap dan menawan.

8 biji telur
200 gm tepung naik sendiri
150 gm gula kastor
1 sudu makan ovallete

Pukul semua bahan di atas hingga gebu. Kemudian masukkan 200gm mentega cair, kaup dan balik-balikkan hinga sebati. Masukkan 100 gm keju Kraft Cheddar(diparut) dan dua sudu makan strawberry emulco, kaup dan balik-balikkan hingga sebati. Masukkan adunan kek itu ke dalam  mangkuk kertas muffin, 3/4 penuh. Bakar dengan api 180celcius hingga kuning keemasan. Sejukkan.

250 gm krim keju(suhu bilik) didadu kecil
50 gm gula aising
1/2 cawan krim putar
2 sudu makan strawberry emulco

Pukul bahan diatas dengan kelajuan perlahan ke sederhana hingga krim naik dan gebu. Pastikan jangan terlalu lama memukul.

Sapukan permukaan kek cawan dengan krim hingga rata. Kemudian swirl krim di atasnya.Hiaskan dengan kuntuman bunga-bunga(edible) atau gula-gula manik mengikut citarasa.

Mudah kan???

7 comments:

Suhaila said...

salam,

ishh ishh ishh mengiurkannnnn

AbbotCottage said...

kakmOn...tima kasih sudi share resipi yang PALING senang nak bikin cuppy cake. Saaaaaaaaaaaaaaaayang kakmOn, muahssssssss..eheheh ada lebih tak ccnya?

cikMilah said...

Meriahnya garden party....semuany asedap mata memandang...
KakM0n, sy udah cuba resepinya mlm tadi...mmmm.....nyaman membelai tekak. Jazakallah....

notie said...

Amboiiii meriah n gempak sih.'

Oittt dari mane dtgnya sampan dok landing kat belakang umah kak mon tu. Bila masa ke laut ya...

Nak carik ikan nak carik ikan nak carik ikan....

Pss... kalau kolam dah siap bestnya bersantai main kolek sampan dgn iringan itik nila quack2bersama. hahahahaha

Nina Suria said...

Suhaila
Salam jumaat buat orang di bumi sakura ni, kabare? Cuppy tu senang je, senang2 su bole buat ngan tutup mata ;)

Abbot
memang senang, kakmOn pun cuma campak2 aja. Apalagi bila taim kecederaan, so menu ni la yg paling kakmOn gemar sediakan :D

cik Milah
Rajin dia, baru kakmOn kuarkan dari kilang dia dah rembat, siap dengan komen yang membuat hidung kakmOn kembang-kempis oooops :p

notie
parti tu di astana klavu hahahahah, so sampan tu rumah kaca yang empunya. Tapi kakmOn pun berkenan jugak nak buat sampan, esuk52 kalo cik notie mai bonai lagi, bole kakmOn bawak fishing, ala2 river cottage gitu muahahahahah I LAP U :D

Jid said...

kakmonnnnnnnn.. memang sungguh2 menggodaaaaaaaaaaa... auwwwwww..:-D

klavu said...

Notie, dah lupa ke pada halaman rumah (orang sebelah) tu..hehehe..
nice pic kakmon, mesti scrap nih :D