Wednesday, July 14, 2010

Ya Illahi berkatilah Baginda Sultan dan rakyat jelatanya


foto dipinjam dari laman sesawang PELITA BRUNEI

Tadi pagi baru saja mendengar ceramah Israk Mikraj daripada Ustaz Anwari. Banyak ilmu yang dapat dikutip darinya.

Perjalanan malam Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa hingga ke Sidratulmuntaha(langit ketujuh) dikaitkannya dengan Ilmu Sains dan Teknoligi di zaman Siber ini benar-benar membuka minda.

Bagaimana Malaikat Jibril membelah dada Nabi Muhamad dengan cahaya. Langsung tidak mengeluarkan darah dan tidak juga meninggalkan sebarang parut luka. Sungguh ajaib bukan?

Dengan penemuan ilmu  sains dan teknologi iaitu laser,  hari ini para doktor telah berjaya membedah pesakit tanpa mengeluarkan darah.  Begitulah keajaiban ilmu yang telah Allah anugerahkan kepada umat nabi Muhammad di akhir zaman ini.

Kemudian beliau  beralih pula bagaimana kejayaan Armstrong dengan dua orang lagi rakannya;  Buzz Aldrin dan Michael Collins, pergi kebulan pada 20hb Julai 1969 dengan kapal angkasa Apollo 11, NASA. Di mana jarak bumi dengan bulan itu adalah lebih kurang 400,000 km. Dengan kecanggihan kapal angkasa AS yang direka khas, mereka telah dapat menjelajahi orbit dan menapak ke bulan dengan waktu yang singkat.

Yang menariknya cerita itu, di khabarkan Armstrong telah mendengar suara azan di bulan. Dan akhirnya beliau telah memeluk agama Islam.

Walaupun cerita ini menjadi isu besar(pembohongan besar AS dalam sejarah manusia kerna tidak mahu kalah kepada Russia) hingga ke hari ini, namun jika kita balik semula merujuk ayat-ayat Al-Quraan, di sana jelas menyatakan bahawa semua mahluk di bumi dan di langit berzikir dan bertahmid kepada Allah.

Seperti firman-Nya dalam ayat 44 dalam surah Al-Isra:

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada didalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih kepada-Nya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh Dia Maha Penyantun dan  Maha Pengampun."

Wallahuwa'lam.

Dan ada lagi satu perkara yang menambah gandakan syukurku kepada-Nya. Kata Anwari, barakahnya bumi Negara Brunei Darussalam disebabkan Rajanya yang kuat berpeggang kepada agama Islam dan mengaggungkan nama Allah. 

Kita lihat contoh yang paling dekat, penuaian pertama padi Laila tahun lepas. Anwari cuba mengimbas kembali dan aku sendiri pun masih ingat sketsa itu. Sebelum menuai Baginda mengangkat dua tangan dan berdoa lebih kurang begini: 

"Ya Allah, jika rezeki kami di atas langit, Kau turunkanlah. Jika di bumi, Kau keluarkanlah. Jika jauh, Kau dekatkanlah. Dan jika sedikit Kau banyakkanlah.."

Dan rezeki yang Allah turunkan dari langit dan keluarkan dari bumi Darussalam ini, Subhanallah sungguh tidak ternilai banyaknya. Diturunkan-Nya hujan dari langit untuk menambah suburkan tanam-tanaman. Dikeluarkannya tumbuhan-tumbuahan dan segala hasil bumi-Nya  demi menambah gandakan nikmat-Nya kepada hamba-Nya yang taat.

Begitulah atas pimpinan raja yang berpeggang teguh kepada hukum-hakam Allah, kita rakyatnya juga turut menerima nikmat barakah dari Nya itu. Moga Allah melanjutkan usia Baginda dan kekal qarar memerintah negara dengan adil dan saksama.

Daulat Tuanku


2 comments:

Jid said...

Syukur alhamdulillah...

Bertuah sungguh rakyat yg berada di dibawah lindungan pemerintahan Baginda... Daulat Tuanku....

Mat Gebu said...

Digarhayu ke bawah duli tuanku sultan Brunei, moga diberkati Allah swt..aminn...