Wednesday, August 25, 2010

Mi Tiaw Kung Fu



Salam 15Ramadhan semua. Hari ini baru melapor kerja setelah seminggu cuti 'sakit'. Dan hari ini juga baru terasa sistem yang terbelit di dalam perut kembali pulih seperti sediakala setelah beberapa botol air garam dan antibiotik dimasukkan kedalam urat saraf sepanjang empat hari tiga malam. Alhamdulillah.

Dan pesanku untuk di luar sana dan juga untuk diri sendiri, kalau nak makan 'sedap-sedap', masaklah sendiri. Janganlah 'main redah' aja. Hah! kalau dah 'terkena', AZAB. Padan muka aku. Ngeeeeh...



Oh yah, esok lusa kita akan menyambut Nuzul Al-Quraan. Bermakna cuma tinggal dua minggu lagi saja Ramadhan akan bersama kita. Sarananku marilah kita berqiamulail, menghidupkan malam-malam penghujung Ramdhan ini. Entah esok atau lusa... kita tidak dapat lagi bersamanya... Siapa tahu kan? Qada dan qadar Tuhan.

Dan aku kongsikan juadah rengkas yang meriah untuk berbuka puasa nanti. Mi Tiaw Goreng Kung Fu(kenapa Kung Fu, SEBAB? Semalam aku masak mi tiaw ni... main BALING-BALING  aja, dalam masa... kurang dari 10minit waktu berbuka)..

MI TIAW KUNG FU

1kg mi tiaw basah
3 ulas bawang putih cencang
1 bawang merah cencang
10 ekor udang hidup besar potong dua(buang kotoran belakang aja)
3 biji cili merah cencang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan sos Ikan Nampla
1 sudu besar sos Maggi Cili Thailand
3 biji telur
$1.00 sawi bunga kuning dipotong tiga(pisahkan bahagian batang dan daunnya)
1/2 cawan air stok ayam knorr (rendam 1 kiub knorr dengan air panas)
Minyak bijan secukupnya 

TUMIS bahan cencang bersama minyak bijan hingga kuning keemasan(api sederhana)
MASUKKAN sos cili, sos tiram, sos ikan, udang dan batang sawi, masak sebentar(api besar 'banyak').
MASUKKAN mi tiaw dan air stok ayam, masak lagi sebentar.
BUAT lobang di tengah-tengah kuali dan gorenglah telur di situ. Kemudian masukkan daun sawi.
GAUL semua bahan hingga mesra dan angkat.
HIDANGKAN sementara panas bersama cili Thailand potong yang diperap bersama kicap kikomon.

FOTO? Ooooops TARAK, sebab mi dah tinggal bunga, tak sempat nak snap. Lain tawoon kita tempek ek :p

Sekian, selamat berbuka semua.


Tuesday, August 17, 2010

Pac Man Cookies KAKAK



Salam 7Ramadhan semua. Apa khabar? Moga-moga anda diberi kesihatan baik di bulan barakah ini. Entri kali ini aku kongsi bagas tangan kakak; Royal Icing Cookies. Sesuatu hidangan yang cukup menggoda, apalagi buat 'anak-anak riang ribena' seperti Adik dan Leyn.




Dua hari aku melihat kakak bersungguh-sungguh di dapur membuat cookies itu. Dan dua hari jua aku lihat 'guling tanganku' lintang pukang. Usahanya itu memang berbaloi bila melihat hasilnya yang sungguh comel dan manis. Si Leyn lah yang paling 'gumbira' bila mendapat habuan yang paling banyak. Apalagi bila dia pandai-pandai memberi markah over the rank. Orang suruh dia beri markah 1 hingga10. Leyn jawab 20. Si kakak sudah kembang-kempis dipuji melangit begitu.


PAC MAN ICING COOKIES

1/2 buku mentega beku (biarkan suhu bilik)
1/2 botol mentega kacang
1/2 cawan gula kastor dikisar halus

[Pacman-Sugar-Cookies-.jpg]
Foto di pinjam dari web FUNNBEE

PUKUL bahan di atas dengan sudip kayu hingga licin.
MASUKKAN 1 cawan cerelac dan 1 cawan nestum(kisar), kacau hingga mesra.
TAMBAHKAN tepung naik sendiri sedikit-sedikit, uli sehingga menjadi sebiji doh yang licin.
CANAIKAN doh dengan pemotong biskut berbentuk bunga tulip.
BAKAR dengan api 170celcius hingga masak keperangan.
SAPUKAN dengan royal icing bila biskut sudah sejuk dan letakkan 2 biji manik sebagai mata PAC MAN.



Royal icing:
2 biji putih telur
1 sudu makan jus lemon
Dipukul(electrical hand held mixer) hingga kembang sedikit. Masukkan 4 sudu makan corn syrup dan pukul lagi. Kemudian tambahkan gula aising sedikit demi sedikit sehingga pekat dan dapat disapukan di atas biskut.



Akhir kalam, Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibnu Umar; diam orang berpuasa itu adalah tasbih. Maka diam itu adalah yang lebih baik bagi kamu daripada berkata yang sia-sia.

Saturday, August 14, 2010

Briyani Setalam



6 cawan Basmati rendam sejam dan toskan
6 cawan air ayam secukupnya

Bahan Kisar:
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
5" halia muda

Bahan Tumis:
1 batang kayu manis
5 biji pelaga
7 kuntum bunga cengkeh
2 kuntum bunga lawang
1oogm/1 paket rempah Briyani Ahmed Bombay
2 biji buah pala ditumbuk halus
1 cawan minyak sapi(GHEE)
1 tin susu cair

Bahan Tabur:
1 cawan kismis hitam
1 cawan badam panggang
10 biji kurma
1 pohon daun saderi

Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumis bahan rempah hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan rempah briyani dan buah pala. Masak lagi 2minit.
Masukkan beras basmati dan gaul hingga rata. Masak lagi sebentar.
Masukkan air ayam dan tudungkan periuk kemas-kemas. Biarkan hingga airnya kering tapi jagan hangus.
Masukkan susu cair dan taburkan kismis tutupkan kembali tudung periuk kemas-kemas. Perlahankan api, sekecil-kecilnya. Kalau boleh alas api dengan tudung belanga yanng sudah 'pencen'. Baru diletakkan periuk nasi diatasnya. Supaya nasi kita tidak hangus.
Bila masak susunkan dengan bahan tabur mengikut selera. Nah! hidangan ini sudah pun tersedia. Walah.



SALAD TROPIKA:
1/4 biji kobis ungu
1/4 biji kobis salad
2 biji lobak merah
1 biji timun dibuang tengahnya
10 biji cili Thailand merah
1 biji bawang besar merah
1/2 biji nenas

MAYANG bahan-bahan di atas dan satukan di dalam sebiji mangkuk.
MASUKKAN 1/2 cawan jus lemon, 1/4 cawan gula, 1/4 cawan krim avacado dan 1 sudu teh garam. Perap setengah jam.
TABURKAN 1/2 cawan badam panggang dan sedikit daun saderi.
HIDANGKAN bersama nasi Briyani  dan Ayam Panggang(Resipi) seperti diatas.

Selamat berbuka

Thursday, August 12, 2010

Puasa

Salam pagi khamis. Tak sedar pun entri udang seantero itu terlepas sebelum aku sempat meletakkan resipinya. Jadi.. pagi ini aku cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan ini mengongsikan resipi yang mudah dan menyelerakan untuk berbuka puasa maghrib nanti. Moga hidangan ini dapat memeriahkan meja hidangan di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

1 Kg udang 
Bahan kisar:
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
10 biji cili merah
1 sudu teh petis/belacan
3 sendok besar lada kisar
1 sendok besar sos cili
2 biji jus limau kapas(limau nipis)
3 sudu makan gula melaka(parut)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

PANASKAN kuali.
TUMIS bahan kisar hingga garing.
MASUKKAN sos cili, lada kisar, jus limau nipis, garam dan gula melaka. Masak lagi sebentar.
MASUKKAN udang dan masak lagi 4 minit(kalau terlalu lama, udang akan kehilangan juicy dan rasa manisnya).
HIDANGKAN panas-panas.

Oh! yah, pada yang gemar kain kapas Inggeris, ada dua biji tote bag yang baru aja keluar panas-panas dari ketuhar. Silalah ke KABAN SAKTI menyuci mata. Barangkali Aidilfitri nanti anda boleh bergaya dengan tote bag yang memikat itu.

Lihatlah di bawah ini. Manis bukan?



Akhir kalam marilah kita sama-sama menghidupkan malam-malam bulan rahmat ini dengan menambah gandakan amal ibadah kita semua. Moga DIA merahmati dan mengampunkan dosa-dosa kita umat muslimin semua. Amin Ya Rabbalalamin

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadan 1431H

Jika sabit anak bulan Ramadan nampak dilihat petang ini, maka esuk bermulalah ibadah puasa bagi tahun 1431Hijrah . Dan malam nanti pasti masjid-masjid akan sesak lagi seperti musim-musim Ramadan yang lalu. Alhamdulillah.

Oh! yah, seperti biasanya, yang akan bertambah sibuk ialah suri rumah. Maklum bila waktu berbuka pasti juadah yang rare species akan keluar. Maka disini aku kongsikan Pai Buah Lai yang mudah dan ceria.

Sebenarnya hidangan ini anak dara ku yang membuatnya hari ahad lepas, sewaktu majlis Tahlil di kediaman kami malam isnin lalu. Alhamdulillah pai yang dibuatnya tanpa resipi ini.. menjadi jua. 

Jadi... aku ingat, pasti anda yang di luar sana pun boleh juga membuatnya, kan? Mungkin lagi enak dari bagas tangan anak dara kakmOn ini. Jadi aku kongsikan bahan-bahannya tanpa sukatan metrik yah.



1 buku mentega beku tanpa garam(majerin pun ok juga)
4 sudu makan gula aising
2 biji kuning telur
Tepung serbaguna secukupnya

PANASKAN ketuhar 200celcius
PUKUL mentega, gula aising dan kuning telor dengan sudip kayu hingga mesra.
MASUKKAN tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga tidak lagi melekat di jari.
CANAI doh di dalam mangkuk pai.
BAKAR 170celcius(turunkan suhu ketuhar terlebih dahulu) 10minit
SEMENTARA itu sediakan bahan inti pai.
PANASKAN kuali, masukkan 2 sudu mentega dan 1 cawan gula perang hingga cair dan pekat.
MASUKKAN 5 biji buah lai cina yang telah didadu.
TAMBAHKAN 2 sudu makan tepung jagung, kacau dan masak 2 minit.
MATIKAN api dan tuangkan rata inti pai kedalam kulit pai yang sudah dibakar tadi.
TABURKAN 1 sudu teh serbuk kayu manis, kismis, buah ceri, jem oren dan jem strawberi.
BAKAR lagi 15minit.
HIDANGKAN bersama aiskrim sementara pai masih panas.

Di bawah ini aku kongsikan bersama foto-foto majlis Tahlil minggu lalu. Terimakasih pada kaum keluarga dan jiran tetangga yang sudi bertamu di malam itu. Melihat suasana majlis itu, terasa Aidilfitri semakin mendekati..


Sebelum maghrib sudah sedia menunggu sanak saudara.


Abang terlupa tambahkan sirup dan jus mangga hingga sampai waktu menjamu selera. Allahuakbar.


Tak sempat nak snap satu-satu... hidangan dah mula susut walau sudah ditambah dua kali. Terlepas lagi.. Adusss..


Dim Sum: shumai, shark fin dumplings and beancurd rolls. Kek madu, kek coklat dan kek pisang. Bake macaroni bersam keju parmesan. Pengat durian kuning, tapai dan pais lamak. Last but not least, scones. 


Terimakasih buah tangan dari bonda-bonda semua.


Hidangan yang ditaja saudara sepusat sepusing. terimakasih abang..


Sepupu-sepapat duduk bersantai.


Bonda saudara duduk bertiga diapit dua generasi baru di kiri dan kanan.



Moga Ramadan ini bukan Ramadan yang terakhir. Ampun dan maaf pada semua. Salam sayang buat saudara-saudara yang jauh di pulau.

Thursday, August 05, 2010

Pacak Pulut Kuning



5 cawan beras pulut(rendam hingga kembang dan toskan)
3 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
1 sudu makan serbuk kunyit
3 helai daun pandan wangi
1 sudu teh garam
1/4 cawan minyak kelapa(*pilihan)

Masak santan di dalam periuk(non stick jika ada) hingga pecah minyak.
Masukkan beras pulut, daun pandan, minyak kelapa dan garam, masak lagi hingga kering santannya.
Angkat pulut dari api dan kukus hingga masak.

1 kg daging(isi manis potong dadu kira 1"x1")

Kisar:
6 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1 biji bawang Bombay
5 biji cili hidup
5 inci halia
2 batang serai

Sangrai dan tumbuk:
5 sudu makan ketumbar
3 sudu makan jintan putih
3 sudu makan jintan manis

3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili Lingham
1 cawan kerisik
Daun kari secukupnya
1/2  cawan Madu
8 inci lengkuas (titik)
4 liter air
3 cawan pati santan

Rebus daging bersama  lengkuas di dalam periuk sehingga air daging tinggal 1 liter. Ketepikan.
Panaskan oven 200 celcius.
Sementara itu tumis rempah dan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan cili kisar, sos cili Lingham dan daun kari. Masak lagi sebentar.
Angkat bahan tumis dan masukkan kedalam periuk daging tadi dan tambahkan kerisikdan 3 cawan pati santan. Masak lagi hingga kuah daging sedikit kering.
Angkat daging dan masukkan dalam dulang pembakar dan tuangkan madu keatas daging  kemudian bakar 45minit.
Hidangkan bersama pulut kuning di atas sementara masih panas.



Semalam kami membuat pacak(bunga telur) untuk anak teruna si Klavu; myD yang membuat majlis Khatamal Quraan di sekolahnya. Dalam masa kecederaan, hendak tak hendak aja aku memasak pulut kuning yang sudah berkurun aku tidak menanganinya. Kali terakhir membuat waktu arwah bonda masih ada. Bayangkanlah.

Jadi aku terpaksa menyalakan kembali Memory RAM di kepalaku dengan pacuan processor yang sudah berkarat.

Di dalam kantung si Klavu cuma ada satu kotak krim santan(1liter), 2 kg beras pulut dan secekak lengkuas. Dengan kepala yang memang sudah 'weng' semacam aku terus merendam pulut di dalam besin merah dan merenih krim santan kotak itu. Setengah jam berlalu, krim santan itu tidak jua mahu mengeluarkan minyak. Malah santan itu semakin berketul-ketul, pekat dan melekat. Alahai... mau meroyan rasanya cik Kiah.

Lalu aku keluarkan dua senduk besar krim santan itu. Ku gantikan 4 cawan air panas. Masak lagi hingga santan menggelagak. Kali ini aku tidak menunggu lagi santan tu mengexport minyak kah tidak. Terus melabuhkan beras pulut, daun pandan, garam, kunyit dan minyak kelapa(aku import aja dari peti Doraemon kakmOn) kedalamnya. Habis cerita.

Di jendela dapur, ternampak bayang si Klavu dan kroninya sudah siap penuh tangan membawa bunga telur. Adusss... Sudahlah daging pacak bertukar resipi, pulut kuning pulak meragam.. Habislah majlis cik Klavu kita ni...

Daging pacak yang disuruh si Klavu itu, aku tukarkan jadi daging rendang. Baunya... memang menggoda habis. Dengan warnanya cukup menyelerakan, aku tengok si Klavu sudah siap dengan pinggan dan garfu. Tapi bila masuk ke mulut... Eh! Aziz, berapa ton garam kau campak dalam daging ni? Ngeeeeeeeeh. 



Lalu aku tuangkan 1/2 cawan madu keatas daging dan sumbat kedalam oven. Siap.

Dari cerita di atas, diharap anda akan mendapat sedikit tips untuk membuat pulut kuning dalam waktu kesempitan. Dan bila waktunya lauk jadi masin, taburkanlah madu ataupun sedikit gula. Pasti rasa masin akan berkurangan sedikit.

Selamat mencuba.



Tuesday, August 03, 2010

Rolled Fondant Deco Class II



Seperti yang ku janjikan, kelas Figurine bersama Asmariza akan dikongsikan bersama. Dan inilah foto-foto yang sempat ku rakamkan untuk pertemuan kita pagi ini.



Dunia fondant bukanlah baru bagi Asmariza. Dia pernah mengikuti  beberapa kursus sebelum ini di beberapa buah tempat, termasuk di Seberang sana. Jadi, kerjaku agak sedikit mudah dibuatnya.




Kemahiran dan imiginasi yang tinggi... memang amat diperlukan dalam membentuk karakator-karakator yang mencuit hati. Oleh itu kita kena perlu banyak membuat kajian dan praktis untuk menghasilkan sesuatu objek yang nampak hidup dan mempesona.




Dengan resepi doh fondant yang tepat, teknik yang betul, tips dan tricks, akhirnya kepayahan yang difikirkan Asmariza dapat dirungkai satu persatu. Hasilnya memang diluar jangkaannya.



Lihatlah... karakator tikus dalam Movie Cinderella ini dapat dibangunkan begitu hidup olehnya, sekali gus  menggelitik hati pada sesiapa yang memandangnya.



Pasti salah satu dari kamu yang membaca entri ini akan ingat satu babak yang lucu dan mendebarkan itu kan??? Tikus yang gemuk dan haloba itu.. Haaaah...  betul lah tu.. Si Gus yang lucu.



Lebih lima jam Asmariza menekuni kek ini, akhirnya dia dapat jua membawa kita mengimbau kembali cerita lagenda Puteri Sepatu Kaca yang tidak hilang dimakan zaman itu.




Dan petang itu Asmariza pulang dengan senyuman puas, mendapat ilmu penuh di dada. Harap-harap ilmu yang diperturunkan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya.



Salam tahniah

Monday, August 02, 2010

Rolled Fondant Deco Class



Alhamdulillah, kelas Rolled Fondant yang sudah lama ditunggu Linda, akhirnya baru dapat ku lunasi. Walaupun kelas ini memakan masa yang agak lama, namun Linda tetap bersabar dan tekun belajar. Langkah demi langkah dia mengikutiku dari belakang. Akhirnya semua jerih payah dari minit pertama hingga ke akhirnya terbayar jua. 

Lihatlah hasil tangannya di bawah ini.



















Hasil ros pertama Linda memang cukup mengujakan. Dia memang seorang yang cepat menangkap apa yang di ajarkan kepadanya. Cuma dia perlu praktis selalu untuk menghasilkan yang terbaik. Insya Allah.





Dan di akhir kelas, Linda belajar bagaimana membuat Figurine yang comel seperti Annie di bawah  ini,



Hingga berjumpa lagi di kelas Figurine yang akan datang bersama Asmariza pula. Salam pagi isnin semua