Monday, September 27, 2010

Ibu dan Anak

Dalam kesibukan kita meraikan Aidilfitri, aku dan kakak sempat jua menyelittkan masa membuat 'kek hari lahir bukan biasa lagi ceria' buat saudara sepusat sepusingku Reyma dan anak-anaknya yang lahir di bulan yang sama iaitu September; Reyma 21hb, Syahmina 23hb dan Zikri 27hb. Selamat harijadi moga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kamu semua.



Aku keburu waktu, jadi ku biarkan foto-foto itu saja yang bicara.













Pada mereka yang ingin resipi kek, tolong gali kat arkib bertajuk resipi, SANDWICH CHEESE CAKE. selebihnya, pandai-pandailah kaorang menghias ek. KakmOn dah beri idea yang cemerlang lagi gemilang.

Salam kasih ibu

Saturday, September 25, 2010

Satu Hari di Aidilfitri

Entri kali ini aku ingin mengongsikan ole-ole Hari Rayaku di rumah seorang teman yang masih menyimpan khazanah lama. Aku begitu teruja melihat pemilik rumah itu masih lagi menyimpan koleksi-koleksi arwah ayahnda-bondanya; Wang Syiling, Wang kertas, Set Teh yang berjenama, Radiogram, Pakaian Songket tenunan lama dan berbagai-bagai lagi. Setengah koleksi-koleksi itu sudah berumur lebih 80tahun dan ada yang sudah mencapai 100tahun. Bayangkan?



Dan lihat di bawah ini, cawan berwarna merah jambu lembut ini dilukis dengan tangan. Seekor naga sedang melingkari tubuh cawan ini. Di bibir cawan warna emas digaris halus sebagai border. Sungguh berseni lakarannya.



Dan pada cuiknya(lapik cawan) dilukis jua seekor naga yang sama.



Tembikar ini pula 'bawa-bawahan' semasa ayahndanya mengahwini bondanya. Nostalgik bukan?



Yang ini pula jenama Bohemia, dibeli pada tahun 60an. Sudah lama rupanya Bohemia ini mengambil tempat di hati orang Berunai.


Mangkuk kaca ini juga, pun berusia lebih 60tahun.


Set makan ini pula adalah hadiah ayahndanya pada bondanya setelah tuan rumah selamat dilahirkan. Terserlah cinta-kasih di dalamnya. Sungguh bertuah punya ayahnda yang penyayang dan menghargai saat-saat bahagia. Seperti aku ingin hendak menangis mendengar cerita tuan rumah itu. Al-Fatihah buat ayahnda dan bondanya.



Yang ini pula adalah tureen yang paling tua diantara khazanah-khazanah dapur yang dimilikinya, katanya "sudah tiga keturunan mempusakai mangkuk ini".



Gelas ini dikeluarkan setiap kali Lebaran 30tahun yang lalu.



Sungguh istemewa bukan? Rasanya aku tidak ingin pulang dulu, masih mahu mengorek khazanah-khazanah yang mereka simpan itu. Hati bagai digaru-garu melihat wang syiling dan kotak besi lama itu. Tapi enche' abang sudah beberapakali berdehem. SIGNEL. Mun paham bisai... nya(kata) orang Berunai.




Oh yah kita tinggalkan dulu cerita barangan antik itu. Semalam sang rembulan berkembang penuh. Cantik cahayanya terang benderang. Suasana Aidilfitri masih hangat terasa walau sudah hari ini yang ke16. Di sana-sini kelihatan masih ramai yang membuat majlis rumah terbuka. Mercun dan bunga api pun masih lagi melayang keudara. Mencopotkan jantung. Anak-anak riang ribena paling ketara begitu gembira berlari-lari di laman.

Dan sekejap lagi aku jua ingin berpergian kerumah saudara sepusat sepusingku, juga mengadakan majlis rumah terbukanya. Penat semalaman membantunya menyusun atur semula rumahnya yang kehilangan identiti itu. Akhirnya kami membuat keputusan, ruang tamu di luar biarkan saja seperti adanya. Ruang makan di dalam kami kerjakan habis dengan sentuhan desa. Maklum kebelakangan ini mata sudah berbunga-bunga.

Nanti aku kongsi suasananya yah.Insya Allah.

Akhir kalam, aku tinggalkan anda semua dengan hidangan tradisi melayu yang tak hilang dimakan zaman. Kuih sapit dan maruku yang rangup lagi lazat. Dan seteko teh wangi berperisa bunga cengkih yang panas. Pasti mengembalikan keindahan Aidilfitri zaman purbakala. Apalagi meminumnya dari cawan jed yang nostalgik ini...


Wednesday, September 22, 2010

10 Syawal 1431H



Kali ini aku lebih bersedia menyambut tetamu. Bukan rumah terbuka lagi tau. Aku menjamu dengan pintu rapat berkunci :p

Awal-awal pagi sudah siap patio ku hias dengan rapi.



Kakak pun sudah siap mengatur pinggan mangkok.



Hidangan sederhana saja. Nasi briyani tomato berempah, ayam panggang madu, daging rendang, lontong dan Laksa Asam.



Di dalam mangkok kaca di bawah ini; acar buah, ketupat palas Nona, serunding daging, sambal tumis terong, dan sotong keping.





Biskut dan brownies ala kadar.



Akibat terlalu santai sangat, tetamu datang pun kakak lupa nak mengambil foto. Sebenarnya bonda saudara dan roommate bang Mat yang kami tunggu. Sekalian memasak, aku terus menjemput teman yang baru bermastautin di sini; Anna dan keluarga. Dan sesiapa saja yang kebetulan bertamu pada hari itu. Terimakasih semua.



Moga Lebaran akan datang aku diberi kesihatan yang baik.



Salam merah jambu semua.

Monday, September 20, 2010

Suasana 4 Syawal



Raya keempat, kami menyambut tetamu dalam keadaanku yang tidak bersedia. Faham-faham saja, demam pun belum kebah lagi. Tapi aku paksa jua membuat majlis itu kerna memikirkan masa bang Mat di rumah terlalu singkat.



Tidak pernah ku terfikir tetamu yang datang melangkau jangkaan biasa. Hampir tiga ratus orang yang datang bertandang pada hari itu. Nasib baik ada anak-anak, anak-anak saudara dan saudara sepusat sepusing yang menyapol(membantu). Kalau tidak pasti aku sudah awal-awal lagi tumbang. Terimakasih semua.



Selepas pukul satu petang ayam percik dan kambing salai sos lada hitam sudah semakin susut. Bang Mat gabra. Terus pergi ke pasaraya, nasib.baik rumah kami berhampiran pasaraya raksasa itu.15minit kemudian bang Mat menelefon kerumah kembali, katanya ayam sudah habis terjual pagi tadi. Alahai... Nasib cik Bedah.





Belum pukul tiga petang adindaku sudah bising, nasi briyani kambing sudah nampak bunga. Kambing lada hitam pun sudah tinggal tulang. Dengan pantas aku pun memasak nasi minyak lagi. Dan kambing yang sudah wahum itu ku gantikan dengan sambal goreng hati buyah(hati paru) kiriman kakanda sulongku. Alhamdulillah.


Dalam keadaan kelam kabut itu aku kerah abang pulak membeli ayam dan kambing, cuba nasib abang pulak. Kut-kut stok petang sudah sampai. Alhamdulillah...  Kali ini kami bernasib baik.





Selepas empat petang, sanak saudara dan teman-teman semakin ramai bertandang, silih berganti tidak putus-putus hingga hampir waktu maghrib. Panadol ku telan entah aku tidak lagi tahu yang ke berapa, kami tukar lagi menu dengan menambah Ayam Panggang Lemon, Daging Rendang, Mi Goreng Kung Fu dan French Bread. Laksa Bu Apsah pun sudah dua kali refill.Sup Tulang Rusuk Sapi yang dikirimkan si Klavu awal pagi, aku panaskan dan keluarkan lagi. Dapur sudah macam tongkang pecah. Huru hara.


Soto masih tersimpan di patio disebabkan ruang makan tersumbat oleh tetamu yang datang serentak. Dan kami tidak sempat lagi memindahkan separuh dari hidangan itu ke taman belakang seperti plan awal. Keadaan sungguh kelam kabut. Panik. Ada yang nak minta pinggan. Gelas. Sudu. Semua bersahut-sahutan. Nasi habis. Kambing habis. Lain lagi saudara-saudara kita yang hendak berbuka puasa belum dapat bahagian. Ya Allah... Aku sudah hampir pitam.








Selepas Isyak baru keadaan reda semula. Cuma tinggal teman-teman sekolej abang yang baru sampai dan saudara sepusat sepusing yang membantu kakmOn sehari suntuk.



Leynah sudah mula mengorek biskut Coklat Crunchy kegemarannya. Dia ni kalau kita letak satu balang pun habis sekelip mata :s



Hanan(tutup muka dengan kupiah) hilang mood akibat terjepit jari di pintu depan. Kesian dia...



Lain kali aku stori fasal sudut PinkJambu ini yah. Tunggu.



Leyn asyik enterframe aja :(









Tetamu terakhir pukul 9:30 malam, makan hidangan yang terhumble. Paha kambing bakar caca merba. Udang dan ikan Rumahan(kembung) masak sepohon yang fresh dari pasar. Adeh....



Melepaskan 'wap' setelah diserang hendap :p



Pada yang tak sempat ku salami di majlis rumah terbuka itu ampun maaf dipinta dari lubuk hati yang paling dalam. Sampai ketemu lagi di cerita yang akan datang, sekian wassalam.