Tuesday, May 24, 2011

Minggu yang semput

Aiskrim Pelangi



Jus buah anggur
Jus buah mangga
Jus buah epal
Jus buah stroberi
Jus buah beri biru
Jus buar oren

Tuang ke dalam acuan aiskrim dan masukkan dalam peti ais hingga beku. Mudahkan... Ngeeeeh...

Sambil makan aiskrim kita tengok pelangi yang indah... Emmm nampak sedap, kan?



~~~~~*~~~~*~~~~*~~~~

Pejam celik, pejam celik, sudah tiga minggu 'dia' pergi meninggalkan mahligaiku ini. Nampaknya apa yang pernah kakak katakan dulu memang 80% ada benarnya. Kami tidak memerlukan khidmat bibik lagi sebenarnya. Bak kata kak Ann; "..alah bisa, tegal biasa". Tak gitu kak Ann?



Dan tanpa ku sedari si Jentayuku sudah bisa turun ke dapur membantuku. Balik sekolah, bila dia nampak aku di dapur, dia akan cepat-cepat bertanya, "Mom, do you need me to kupas bawang?". Hahaha.. kelakarnya budak kecik ni, kan? Baru sebiji bawang saja... mata sudah merah, 'menangis' pedih. Adehhh...



Dan untuk tidak menghampakannya, aku akan menghulurkan apa-apa saja kerja yang tidak memberatkan si kecil ini. Dan dia dengan gumbiranya akan berlagak seperti iron chef yang pro.

Dan di bawah ini hasil brownies pelangi yang di buat iron chef baru kakmOn itu..



Dan.. Alhamdulillah setelah dua minggu bang Mat memangku kerja menyiram pokok bunga di belakang, akhirnya dia akur untuk membuatkan aku watering system itu. Hai senangnya dalam hati lalalalala...



Tapi esok dia akan pergi out-station lagi seperti biasanya.. Dan aku akan kembali seperti zombie membuat kerja-kerja 'bibik' itu.. Huwaaaawawa..... *nangis balik*.



Takpa, kita ada sudah teman untuk menghiburkan kita di sini..



Tinggalkan cerita 'mengarut' kakmOn itu.. kita layan 'alam merepek' kakmOn pulak. Di bawah ini kakmOn kongsikan projek 'wajib' yang terpaksa kakmOn buat dengan perasaan bercampur-campur. Nak tahu cerita selanjutnya, korang klik kat SINAHBISC .













Dan akhir kalam, selamat bermimpi yang indah-indah.

Saturday, May 07, 2011

Maaf aku bukan bibik..

Tetiba mata tak mahu lelap. Penat bolak-balik. Lalu aku berfikir, baik bangun saja daripada mengingati kejadian yang SUNGGUH tak diingini terjadi petang tadi. Tapi yang hairannya setelah kepergiannya, kepalaku jadi ringan. Dadaku terasa lapang. AMAN banget lho.

Tapi... aku mula kerja esok.. Huwaaaaaaa... TAK SUKA. Aku pasti merindui bangku dan jendela kaca itu.



Dan projek-projek yang baru saja nak bermula itu... Aku kena bungkus balik. BENCI.






Daripada memikirkan bibik yang 'sangat sopan' itu, baik kita buat kek loli pop. Dapat juga buat majlis hari ibu esok. Resipinya semak balik entri Stoberi Truffle yang tahun... entah dah lupa... *Hulurkan cangkol*

Nak stroberi?



Coklat?



Atau gula-gula manik?



Tapi jangan salah celup ye kakmOn. Tahu hati orang tu tengah 'meletup' tak pasal-pasal makan 'gula-gula batu' pulak. Apa kes?



Pada ibu-ibu semua(tak kira, ibu kepada kucing ka?), kakmOn ucapkan selamat Hari Ibu, moga tetap menjadi ibu disayang, gemilang, terbilang dan dijulang.


Dan esok hariku akan ribut kembali tanpa P.A.(maaf yah! Aku bukan bibik @_@) di sisi. Sayang semua. Mwaaaaah...

Thursday, May 05, 2011

Meowwwwww..

Salam petang khamis semua. Cutiku sudah di penghujung. Esok lusa aku sudah mula melapor kerja kembali. Aduhhhh... malasnya cik Gayah nak kegheja.. boleh ka?



Semalam, gatal pula ke kedai hobi yang sudah lama tidak ku jenguk itu. Maka al-kisah.. habislah kempis dompet aku. Semua barang-barang sangat mengecurkan, bagaikan godaan coklat dan aiskerim. Aku tidak dapat lagi bertahan..



Kain kapas yang baharu yang berbagai corak itu sungguh mencairkan imanku. Apalagi bila melihat si meow yang comel dan rumah burung yang begitu ceria. Lalu seperti biasanya... melayang-layanglah wajah Sultan kesayangan hamba.



Dan pagi ini aku menyukat kadai lagi. Kedai hobi yang lain pulak.



Kononnya cuma nak membeli benang DMC untuk projek silang pangkah itu.



Alih-alih... aku terjumpa riben berbagai-bagai rupa. Seronoknya tak terkata melihat ada riben kek cawan dan renda yang pelbagai 'warna pelangi'. Aku sudah hayal dalam 'angan merepek' ku. Rasa bagai dapat gula-gula cokelat penuh bakul.







Siap memilih riben, teringat pula pada tetamu yang bertanyakan aku satu waktu dulu tentang bagaimana membuat sapu tangan dan cara memilih jenis kainnya. Jadi aku terus bertanya lah pada jurujual yang peramah; Lulu.

Jadi jawabannya mudah. Kain kapas dan linen yang polos adalah yang paling sesuai untuk dijadikan projek sapu tangan.


Kain linen

Dan pilihlah teksturnya yang halus dan lembut. Dan yang penting sekali kain tersebut cepat menyerap cecair(kelip-kelip bulu mata unta, paham la tu ek).


Kain kapas

Cara membuatnya? Kita cuma perlu potong empat persegi tepat dan jahit kemas.





Anda boleh menambahkan dengan riben, renda atau mengait sendiri. Lihat contoh di sesawang ini .





Dan akhir kalam, terima kasih pada Lulu yang selalu melayan kerenahku yang 'pelik-pelik'. Sekian ketemu lagi di lain cerita  *;*



Monday, May 02, 2011

Cerita lama



Salam lagi untuk petang isnin ini. Dan sebelum aku terlupa, nak ucap terimakasih pada tetamu sepiku yang sentiasa menziarahiku di sini. Walau anda tak bersuara namun 'tapak kasut' yang ditinggalkan itu sudah cukup memberiku semangat untuk menulis lagi sesuatu di sini.



Hari begitu cepat beredar. Usia kita terus berlari. Apa lagi melihat wajah tua mentua... hati sedikit bergetar.. Moga DIA sentiasa merahmatinya.

Sementara mentua berada di rumah, aku cuba menghilangkan rasa bosannya. Lalu cucunya yang di seberang Sungai Brunei itu ku kerah untuk menghantar balang tembaga bersama cangkir besi neneknya ke rumahku. Lalu petang itu kami beroperasi membuat kuih lama itu; buahulu.



Tangan tua itu cermat memecahkan 12 biji telur lalu memasukkan ke dalam mangkuk pengadun kek. Kemudian dia masukkan lagi 2 cangkir gula pasir ke dalamnya.



Lalu dia mengarahkanku untuk memukul bahan-bahan itu dengan kelajuan maksima. Di mataku terbayang waktu kecilku bersama arwah bonda, sedang memukul telur dan gula di dalam sebiji mangkuk batu dengan sebatang ballon whisker yang sederhana besar. Kocokan itu menghasilkan buih-buih yang sangat indah di mata kanak-kanak ku, saat itu. Sungguh seronok melihat buih telur yang semakin naik dan menggebu, sekali gus mengecurkanku. Bila mata bonda ke arah lain, jari kecilku dengan laju mencolek buih telur  itu dan terus memasukkannya ke dalam mulut. Adussss manisnya memori itu.



Di dalam ketuhar sudah siap balang tembaga itu dipanaskan.



BIla telur dan gula sudah cukup naik dan gebu,  mesin pengadun pun dimatikan.



Mentua terus memasukkan tepung gandum ke dalam adunan telur tadi. Aku disuruh mengadun tepung itu hingga rata.



Bila sudah teksturnya nampak pekat, mentua pun berhenti memasukkan tepung. Dia terus mengarahkanku mengeluarkan kembali balang tembaga yang dipanaskan tadi.



Dengan cermat aku memasukkan 3/4 adunan buahulu itu ke dalam balang tembaga yang panas.



Kemudian kami terus membakarnya di dalam ketuhar dengan tahap api, 180 darjah celcius .



30 minit kemudian aroma harum buahulu memenuhi ruang dapur. Aku terus mengeluarkan buahulu yang sudah cantek masak dibakar.



Dan petang itu kami berpesta buahulu panas-panas dari hasil teknologi baharu. Kenapa aku berkata begitu, waktu dulu, arwah bonda mengocok dengan tangan bukan dengan mesin pengadun itu. Dan bila membakar pula, dia menggunakan kayu arang bukan dengan ketuhar..

Rasanya pun berbeza dari buahulu berteknologi tinggi itu. Yang lama itu lebih beraroma dan lunak bila dimakan. Titik.





Sekian untuk entri kali ini. Pesananku, cerita lama jangan dibuang, simpanlah dalam memori kalbu, pasti ada rasa manisnya di situ. Sayang buat semua..

Saturday, April 30, 2011

Kitar Semula

Salam hari sabtu semua. Sudah lama kakmOn tak main masak-masak, kan? Kali ini kakmOn letakkan resipi; LAKSA IKAN KITAR SEMULA. Pelikkan bunyinya? Jangan pulak ada yang duk bayangkan 'tut..'. Nanti tak pasal-pasal ada yang muntah kuning, hijau, pulak. Hahahahaha...

Sebenarnya kuah laksa itu kakmOn gunakan gulai lauk asam pedas semalam yang tak habis dimakan. Sayang rezki nak dibuang, kita olah dia dengan cerdik. Diyamon bukan?

Ok!  Resipi seperti biasanya lah ye... Tumis bawang merah, bawang putih dan bawang Bombay hingga naik bau. Masukkan cili kisar, sos cili, sambal belacan dan serai, goreng sampai garing. Barulah masukkan sisa ikan semalam(yang sudah siap kita carik halus) dan asam keping, masak lagi sebentar, kemudian barulah masukkan air santan cair, daun kesum dan bunga kantan, biarkan hingga mendidih. Akhir sekali masukkan santan pekat, garam dan serbuk perasa secukup nikmat. SIAP. Mudahkan?

Bahan-bahan yang lain-lain tu, keluarkanlah apa yang ada dalam peti ais dua pintu di dapur tu. Salad ka? Tomato ka? Daun saderi ka? Limau nipis ka? atau apa-apa benda yang dapat ditelaaaaaan. Habis cerita.



Oh yah! Kebetulan kita cerita benda kitar semula ni kan.. Hujung minggu ini adalah hari suping tanpa beg plastik. Jadi, jangan ada sampai cik kak- cik kak yang keluar berbelanja tanpa 'bakul bibik' yah, karang tak pasai-pasai kena angkut benda-benda semua tu dengan dua tangan dan dua kaki, macam makcik sirkis pulak nanti.



Ni kakmOn nak cerita lagi... taim kakmOn suping hari sabtu minggu lalu, kita pun lupa bawak 'bakul bibik' tu. Tapi nasib kakmOn baik sikit, dapatlah kantung kertas surat khabar lama, seperti yang di bawah itu. Nostalgik pulak rasanya. Dulu-dulu nenek saudara kita ada kedai runcit, waktu zaman batu tu kan, belum ada lag kantung plastik yang glamor berbagai kaler, bak pelangi tu, kan? Kita cuma ada kantung kertas warna capucino yang tak 'berwarna-warni' itu. Masih ingat tak? Tapi kantung kertas tu mahal mak datuk. Jadi untuk menjimatkan kos, diaorang buatlah kantung kertas dari surat khabar lama, seperti yang dibuat pasaraya itu... Cerdik kan?



Ok lah sampai di sini dulu kakmOn bercerita, nanti penat pulak kamu baca, apa lagi taim tengahari bolong ni, habis satu gelas es lemon pun tak hilang dahaga.

Daaaaaaaa selamat bersuping dengan 'bakul bibik'

Thursday, April 28, 2011

KREATIF

Salam, apa khabar semua? Harap anda di luar sana sehat ceria saja yah. Sudah begitu lama juga aku membisu. Kepala pun senget sebelah dek kerja rumah yang bertambun.

Dan nak kongsi cerita... Aku baru saja dikirimkan sebiji tong oksigen. Alhamdulillah.. P.A. kakmOn yang baharu sudah sampai minggu lepas. Masih huru-hara dibuatnya. Banyak benda yang kena tunjuk ajar, gosok baju yang paling parah. Hal-hal dapur masih boleh maaf lagi. Sabar kakmOn, SABAR.

Dan pada tetamu tegar kakmOn, terima kasih masih sudi menjenguk rumah kakmOn yang dah berhabuk ni. Insya Allah, kakmOn akan cuba menjawab bicara di jendela sebelah itu satu demi satu. Memang kakmOn ni TIDAK patut kan? Membiarkan salam tak berjawab. Ampunkan daku. Memang waktu tidak mahu bersahabat.

Oh yah, pagi ini kakmOn cuma berceritera benda yang dah lama BASI. Maaf yah cik Notie, entri ni lama terkambus dalam safe draft. Dan terimakasih jua atas pengiktirafan Creative Blogger itu. Hikhikhikhikhik kakmOn SUKA banyak. Dan terimakasih seluas langit biru atas kiriman snek yang rangup lagi sedap itu. Susah-susah aja.. *mode malu tapi mau*. Ngeeeeeeeh



PENGERTIAN TENTANG AWARD INI ADALAH:-


PENCIL Yang Besar

Menunjukkan Kesenian Yang Begitu Peka Terhadap Blog Anda Dan Mencerminkan Sesuatu Nilai Penghasilan.

FILEM Bergerak Tanpa Henti

Menunjukkan AWARD Ini Di FOWARD Kepada Bloggerist Yang Betul-Betul Layak Menerima.

LOGO Bulat Berkelip-kelip

Jika Di Perhatikan Betul-Betul, Ia Adalah Manusia Yang Berkepalakan Monitor Komputer. Ini Membawa Maksud Anda Adalah Seorang Yang Begitu Bijak Menguasai Dunia Alam Maya Ke Globalisasi.


Untuk Maklum Balas Penerima AWARD Ini, Ikhlaskan Hati Untuk Membuat Entri/Posting Berkenaan AWARD Ini Dengan Kreatif Dan Penuh Estatik Beserta FOWARD Kepada 5 Orang Yang Betul - Betul Layak Menerima AWARD Ini. Anda Juga Boleh Meletakkan AWARD Ini Di Side Bar Atau Di Mana - Mana Yang Bersesuaian. Tinggalkan Comment Untuk Ucapan Manis Anda.

-THE END-

Notie, tak tahu nak 'turunkan' pada siapa award ni. Semua kengkawan kakmOn, kreatif-kreatif belaka. Kita ambil random aja yah..

Blog-blog yang tersenarai di  bawah ini adalah mereka yang berkongsi hobi yang sama.. Jadi kakmOn rasa mereka adalah blogger yang kreatif jugak, kan? Salam kreatif semua..

1. Merah Samar Cottage
2. Cikgu Sue
3. Ayu Lil Cottage
4. Zures
5. Azlina Deko
6. Nizie

Akhir kalam, kakmOn tinggalkan kerja-kerja kreatif yang kakmOn dapat siapkan minggu lepas. Tapi tak sempat nak snap gambar yang siap sepenuhnya, dah kita hadiahkan pada mereka yang jauh di Seberang.









Sampai ketemu lagi di lain cerita