Sunday, January 30, 2005

Terima kaseh Maktab Sain Peduka Seri Begawan dan Klinik Kesihatan Rimba

Nina nak ucapkan setinggi-tinggi terima kaseh kepada guru besar dan guru- guru Maktab Sain Rimba kerana bertindak pantas mengejarkan anak saya Awang Lutfi Awang Lamat MB2I ke Klinik Kesihatan Rimba dalam keadaan tidak sedar. Dan tidak lupa juga kepada Dr Aji yang telah berusaha pantas menyelamatkan nyawa anak saya. Tidak dapat Nina bayangkan apa akan terjadi.. nauzubillah..

Waktu Nina sampai ke bilik kecemasan tersebut anak Nina dah sedar dan diberikan ubat asthma. Menurut keterangan Dr. Aji keadaan anak Nina amat lah kritikal pada waktu tu, dengan bp dan oxygen pada tahap yang paling kritikal sekali. Alhamdulillah dalam masa beberapa minit di bilik kecemasan tu, anak Nina dapat diselamatkan dengan bantuan pernafasan dan ubat-ubatan yang diberikan kepadanya, nasib baik badan anak Nina memberi respon cepat kepada ubat-ubatan tersebut kata Dr.Aji . Jika guru-guru terlewat dua-tiga minit sahaja mungkin anak Nina... nauzubillah. Ambulan yang disediakan diluar untuk menghantar anak Nina ke hospital besar RIPAS pun dibatalkan memandangkan keaadaannya dah stabil. Doktor mengingatkan kepada Nina jika anak Nina dalam keadaan yang sama seperti petang tadi, cepat-cepat kejarkan dia ke hospital besar.

Kejadian anak Nina pengsan ni pernah terjadi pada Jun 2003, tapi tidak dapat dikesan apa punca sebenarnya, doktor hanya mengandaikan mungkin kerana tekanan. Entah lah... Nina pun tak tau nak cakap ape. Mungkin juga betul apa yang dijangkakan doktor tu. Sebenarnya kemarin di sekolah anak Nina, diadakan perjumpaan ibu-bapa dengan guru sekolah. Kebanyakan guru mata pelajaran tidak puas hati pencapaian anak Nina yang jauh menurun. So bila sampai rumah, Nina brain wash lah anak Nina tu. Nina benar-benar kesal markah pepereksaan akhir tahun jatuh hingga 20% dari pertengah tahun. Sedang kan masa Topical Test he managed to score 80-95%. Tu lah sebab Nina betul-betul marah kat dia kemarin. Nina marah pun bukannya pukol dia. Nina cakap baik-baik padanya, supaya dia lebih berusaha untuk dijadikan contoh teladan kepada adek-adeknya nanti. Kan dia anak Nina yang tua. Tak tahu pulak Nina jika apa yang Nina cakapkan kemarin tu menghantui dia. Mudah-mudahan tidak ada apa-apa musibah akan terjadi lagi.

3 comments:

Anonymous said...

I am glad he is fine. Hopefully everything will be okay. Amin.

Nina Suria said...

Thanks for d blessing. Mudahan jua, tapi doktor atu reminded me yesterday, it could be happen any time. Tapi last year Dr RIPAS confirmed he got e-tret heomoglobin, entah aku pun inda pasti. Lurus kah term yang di tulisnya dalam medical card Lutfi atu. Ku cek di internet.. e-tret atu nada. Tapi yang ku pasti kedua-dua anak ku yang laki2 positive low heomoglobin after test taken by RIPAS. Yang bini2 inda kana.

Anonymous said...

moral of the story... syukur tah Allah bagi zuriat, kalau inda excell pun inda apa... tau ko jua kebolehan anak mu atu.