Salam pagi jumaat yang indah. Aku tidak dapat berlama-lama disini. Cuma ingin menitip rasa. Merah jambu adalah warna kegamaranku sejak dahulu kala. Hingga satu saat PINK itu melekat jadi nickname ku.
Dan bulan oktober ini Organisasi Meningkatkan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia telah memilih merah jambu ini sebagai tema mereka. Seronoknya melawat web-web mereka yang telah diwarnakan merah jambu itu.
Dan bulan oktober ini Organisasi Meningkatkan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia telah memilih merah jambu ini sebagai tema mereka. Seronoknya melawat web-web mereka yang telah diwarnakan merah jambu itu.
Hadiah dari tanah Ratu. Terimakasih Mimit... Oji. Luv it.
Cushion ini cuma satu saja yang tinggal.. tapi kerna hati sudah cinta... aku rembat saja.
Kotak barang kemas ini memang nampak mahal tapi sebetulnya harganya tidak sampai sepuluh jari.
Cawan ini aku tarik keluar dari longgokkan cawan-cawan yang harganya diRUNTUHkan. Aku suka sesangat.
Ini hadiah dari kakak ipar ku, di puja usia ku tiga tahun lepas.
Dan ini... skon berintikan jem stroberi berserta cottage cheese. Memang sedap dihidangkan musim tengkujuh ini.
Tetiba aku rindu pada si PinkJambu ku yang berada jauh nun di Utara. Kabare, sudah lama kau tidak berkicau?
Dan Lin jugak. Selamat puja usia moga kau sentiasa dalam rahmahNYA jua. Pun rindu awak. Kek bantal merah jambu ini ku tujukan pada mu. Santap mata aja dulu ya sayang...