Monday, May 31, 2010

Leynah dan Puteri Paus Biru

Beberapa minggu yang lalu, aku sempat melakar seekor Puteri Paus Biru yang anggun punya tongkat sakti. Gara-gara berat badan yang semankin naik mencanak-canak, tak mahu turun-turun. Lalu orang-orang yang tersenarai dalam kumpulan Paus Biru pun mulalah berimiginasi yang tidak-tidak...



Ku kira ceritera itu sudah mati di situ. Rupanya... pagi tadi si Jentayuku menyambung lagi cerita Puteri Paus Biru itu.. di bawah ini..



Oh rupanya si Jentayuku menginginkan Puteri Paus Biru dapat mengembalikan si Alexnya yang sudah lama sesat, tak jumpa jalan pulang dengan tongkat sakti itu.




Sedihnya..

Tanat

Di luar masih lagi hujan sedikit. Kami baru saja siap mengemas selepas menikmati makan malam yang enak di patio.

Mencium aroma herba Itali dan ikan Salmon yang sedang dipanggang dalam ketuhar itu membuat kami bertambah lapar di dalam hujan lebat begini. Saudara sepusat sepusing ku baru saja sampai tatkala aku siap memasak sop cendawan. Sungguh tepat sekali waktu mereka datang itu.



Aku terus buru-buru menghidangkan makan malam yang agak terlewat itu. Sepinggan roti herba Foccacia dan semangkuk besar sup cendawan menjadi pembuka cerita.



Kemudian green salad with umeboshi dressing. Dan akhir sekali Salmon panggang yang disirami krim organic avacado yang sungguh lazat yang belum pernah kami nikmati sebelumnya. Nanti-nanti bila ada waktu aku kongsi resepinya yah.



Malam ini aku benar-benar lelah setelah tiga hari dalam marathon 'baking in action' .  Faham-faham aja lah. Di bawah ini aku kongsikan aktiviti kami hari ini.

Rombongan cik Bedah menyeberang lautan demi menyatukan dua hati.





Lihat hiasan Sirih Junjung ini, buah pinang dipotong bulat di jadikan hiasan bunga. Sungguh brilliant kan idea itu..



Lepas turun perahu, naik bas pula, menuju ke  'Tanah Jiran', tumpang lalu.

Perjalanan yang panjang membuatkan aku sudah siap sedia dengan projek silang pangkah di dalam beg. Aku tidak membuang masa terus menyambung projek yang terbantut itu. Pangkah demi pangkah aku menyilang benangku.



Bas semakin laju. Tempat duduk pun semakin bergegar. Bagai duduk di dalam perahu yang diayun ombak saja gamaknya. Jahitanku pun sekejap-sekejap 'terlanggar', lari dari garisan. Seksanya.

Akhirnya aku mengalah, aku keluarkan sulaman burung yang baru saja aku mulai kemarin. Aman...



Hingga ketemu lagi di lain waktu. Selamat menyambut Hari Tentera DiRaja Brunei dan selamat beradu.

Friday, May 28, 2010

Choco Peanut Drop Cookies



1 cawan Crunchy Peanut Butter
1 cawan mentega
1 cawan gula perang
1 biji telur

Pukul hingga sebati. Kemudian masukkan bahan kering di bawah ini. Adun mesra.

1 cawan chocolate chips
2 cawan tepung serba guna
1 cawan rolled oats
1 sudu makan esen vanilla
1 sudu teh bicarbonate soda
Secubit garam

Gunakkan sudu teh, membentuk doh biskut menjadi bulat. Letakkan di atas dulang pembakar(berkertas minyak) dan tekan doh dengan belakang sudu supaya rata. Bakar 12minit dengan api 170celcius atau mengikut ketuhar masing-masing. Hidangkan bersama teh panas atau kopi.




Anekdot:

Salam petang jumaat. Cookies ini mudah disediakan. Rasanya rangup dan ringan. Aku cuma jadi si tukang markah aja.

Anak dara ku kebelakangan ini tersangat rajin. Dalam minggu ini saja sudah tiga kali dia turun kedapur memanggang cookies yang sewaktu dengan Chips More itu. Dan ini adalah versi yang telah diubahsuai setelah dua kali membuat eksperimen.

Maka jangan hairan jika di atas meja kakmOn ada sedulang cookies sudah tersedia di petang jumaat ini.



Moga jumaat yang barakah ini membawa sejuta kebahagian.

Wednesday, May 26, 2010

Cari Gali



Aku telah menghabiskan lebih dua jam di Pasar Ekonomi itu. Dan cuma mendapatkan beberapa biji cangkir sahaja yang berpasangan. Selebihnya... aku terpaksa mencarikan jodohnya.

Tak apalah... Walau pun berbeza, namun mereka tetap serupa..


Warna biru penuh keemasan ini benar-benar nampak kelas dan bergaya. Tapi sayang aku cuma dapat lima biji sahaja dalam timbunan cangkir-cangkir itu.



Dan warna hitam bercorak persian carpet ini juga nampak elegant tapi sayang lapiknya tersesat kapal... Begitu jua cawan berwarna kuning dan biru di bawah ini;



Dan lihat pula pada cangkir berwarna merah delima di bawah ini. Dia memang  nampak lain dari yang lain. Anggun dan halus buatannya. Emas 24 karat menambah kemewahan di badannya. Kalau aku katakan... harga yang ditawarkan itu.. Pasti ada yang jatuh pengsan, jantungan.



Jadi biar saja RAHSIA ya..





Cangkir yang ini pulak masih tidak punya lapiknya. Biar saja dulu. Mungkin lain waktu akan bertemu jodohnya yang paling cocok.





Dan yang terakhir ini.. coraknya seperti kain sarong wanita. Sungguh klasik. Mula-mula terpandang, nampak biasa-biasa saja. Tapi bila aku amat-amati, keayuannya makin terserlah. Jadi, dengan harga yang 'tak patut' itu, aku memujuk hati untuk mengambilnya dari longgokan itu juga. Kut-kut... esok lusa harganya berlipat, berganda-ganda..




Akhir kalam, simpan bencimu dengan menghirup secangkir rindu

Monday, May 24, 2010

Jimat Tenaga

SOS Logo
logo dipinjam dari www.esavingday.com

Salam Hari Tenaga Brunei..

Pada siapa-siapa yang mengisi tangki minyak kereta ari ani.. Harap-harap janganlah marah sangat. Kitani cuba muhasabahkan diri sendiri, bersama-sama. Betapa syukurnya kitani di bawah payung Baginda Sultan yang pemurah. Dapat subsidi segala bagai. Bayangkan negara-negara lain. Kesian kan?

Dan betapa bertuahnya kitani, berganda-ganda. Dan pada adik-adik yang suka bajaur dengan kereta tanpa hala tuju, fikir-fikirkanlah jika kitani terpaksa membayar kadar minyak kereta tanpa subsidi itu, sayang kan?

Dan pada yang tengah 'panas' tu, kitani bawa makan aiskerim, supaya sajuk sedikit. Sila kan...

I Scream...



U Scream...



We all Scream...



ICE CREAM...



Saturday, May 22, 2010

Syukur Nikmat

Pasti anda ingat lagi bukan, kebun jagungku yang dua baris itu.. Sejak dua menjak ini cuaca tidak menentu, sedang panas mentari menyengat tiba-tiba hujan turun mengurabat tanpa 'signel kecemasan'. Aniiiiiiii.. ambil payung... hujan dah turun...

Akhirnya semua pakaian di ampain pun tak sempat nak diangkat. LENCUN.



Begitulah jua apa yang terjadi pada kebun jagung ku yang dua baris itu. Pertumbuhannya terbantut akibat hujan yang banyak kebelakangan ini. Ada yang sudah rosak dan menjadi santapan 'mahluk Rimba' yang lain. Memang sudah rezekinya. Dan Rezeki kami cuma yang di atas itu sahaja.



Namun aku tetap bersyukur walaupun jagung yang cuma cukup-cukup untuk kami makan lapan orang itu... Dia telah memberikan kami satu nikmat kepuasan yang tiada taranya.

Syukran Jazilan... terimakasih ya Allah.



Anekdot:Nak tahu rasanya? Buahnya begitu lemak dan tersangat manis sekali, membuat bang Mat berazam hendak mencuba sekali lagi. Ada sesiapa yang nak ikut tak?

Nak kongsi cerita sedikit, boleh kan? Pertamakali melihat mahluk Allah ini keluar dari celah-celah batang itu, aku teringat adik lucu kakmOn si Yazmin itu... sedang membasuh rambut jagung itu dengan syampoo. Hahahaha... kelakarnya budak tu..




Kalau nak tahu cerita sepenuhnya dapatkanlah novel DUA DUNIA ~ MajidahPasti anda akan terhibur dengan tingkah kelakar gadis comel itu.



Selepas khatam Dua Dunia, jangan lupa pula dapatkan sambungannya di DUNIA JAM 10. Si gadis lucu yang kronik itu telah bertukar menjadi gadis dewasa yang anggun dan berilmu.



Salam ceria di gerimis pagi sabtu

Thursday, May 20, 2010

Khazanah Kota Minyak

Salam petang khamis semua. Di luar gelap dan sedikit berangin, mungkin sekejap lagi akan hujan. Tengahari tadi pembantuku mengejutkan ku dengan menghidangkan jagung yang masih berasap, baru diangkat dari periuk. 

"Bu! jagung di kebun kita" Dengan wajah ceria. Aku terlongo.

Uwaaaa... kenapa dia orang pandai-pandai menuai jagung itu tanpa menunggu ku. TAK SUKA.

Astaghafirullah Al-Azim..

Oh yah semalam aku bertemu khazanah yang tak ternilai, sewaktu aku bertugas di Kota Minyak sana. Aku bagai ketemu segudang harta karun. LAGI? Awwwww..

 Lihat apa yang ada di bawah ini... Jeng.. jeng.. jeng..



Satu kotak cop aksara dari getah(rubber stamp alphabet) yang sudah berumur lebih tiga puluh tahun atau mungkin sebaya dengan usiaku.Cantik bukan????



Dan timbangan yang berbaris ini benar-benar mengujaku...



Di luar, ada lagi 'harta karun' tergolek dekat dengan pintu. Sebiji safe box yang sudah uzur dan tua. Melebihi usiaku. Aku tak sempat mengambil fotonya. Sayang seribu kali sayang.

Rasa nak angkut semuanya, tapi apakan daya, 'harta Tuan Ismith'. Huhuhuhu...

Sebelum pulang ke Bandar Seri Begawan, aku sempat menjenguk sebentar cottage kompeni yang pernah kami huni satu waktu dulu, di hadapan Jalan Carey itu. Memori manis yang sudah lama ku lipat jauh di lubuk hati.



Dari jauh bagai kelihatan anak-anak jiran sedang riang bermain di tengah-tengah halaman itu. Aku cuma duduk di surambi, memerhati Fuad dan Danny berkejaran dengan basikal masing-masing. Apa khabar anak-anak itu? Mungkin semua sudah berkerjaya? Tetiba rindu pada anak-anak yang menjadi teman sunyiku. Yah! Satu waktu dulu..

Salam rindu dari Lembah Rimba

Monday, May 17, 2010

Teh Dahlia



Corak kain kapas Inggeris yang satu ini benar-benar mengujaku. Tanpa berfikir dua tiga kali, aku terus sambar kain itu dengan idea penuh di kepala.

Di mataku sudah terbayang wajah Dahlia sedang menunggu Wadi Hannan menghabiskan tehnya setelah membalun mi segera di tengah malam di Rumah Rehat Teh Timor itu.

Oooops.. sebenarnya kakmOn rindu pada Dahlia, Noor Suraya. Blurr??? Kalau nak tahu siapa dia Dahlia, dapatkanlah novel Noor Suraya, Panggil Aku Dahlia, pasti tidak mengecewakan :)























Dah siap pun. Hai senangnya dalam hati lalalala...



Projek cuti sekolah nanti. Sabar ya...



Sampai di sini dulu. Aku tinggalkan dengan serangkap kata.

Teh adalah secangkir kehidupan yang penuh pelbagai rasa.
Jua sebagai penyembuh jiwa.
Jika anda kedinginan, dia akan menghangatkan mu.
Jika anda panas, dia akan menyejukkan mu.
Jika anda tertekan, dia akan mendamaikan mu.

Salam secangkir teh Timor Dahlia