Hobbies: Come and share with me.. your simple things of everyday life; gardening, entertaining, cooking and decorating..
Wednesday, May 26, 2010
Cari Gali
Aku telah menghabiskan lebih dua jam di Pasar Ekonomi itu. Dan cuma mendapatkan beberapa biji cangkir sahaja yang berpasangan. Selebihnya... aku terpaksa mencarikan jodohnya.
Tak apalah... Walau pun berbeza, namun mereka tetap serupa..
Warna biru penuh keemasan ini benar-benar nampak kelas dan bergaya. Tapi sayang aku cuma dapat lima biji sahaja dalam timbunan cangkir-cangkir itu.
Dan warna hitam bercorak persian carpet ini juga nampak elegant tapi sayang lapiknya tersesat kapal... Begitu jua cawan berwarna kuning dan biru di bawah ini;
Dan lihat pula pada cangkir berwarna merah delima di bawah ini. Dia memang nampak lain dari yang lain. Anggun dan halus buatannya. Emas 24 karat menambah kemewahan di badannya. Kalau aku katakan... harga yang ditawarkan itu.. Pasti ada yang jatuh pengsan, jantungan.
Jadi biar saja RAHSIA ya..
Cangkir yang ini pulak masih tidak punya lapiknya. Biar saja dulu. Mungkin lain waktu akan bertemu jodohnya yang paling cocok.
Dan yang terakhir ini.. coraknya seperti kain sarong wanita. Sungguh klasik. Mula-mula terpandang, nampak biasa-biasa saja. Tapi bila aku amat-amati, keayuannya makin terserlah. Jadi, dengan harga yang 'tak patut' itu, aku memujuk hati untuk mengambilnya dari longgokan itu juga. Kut-kut... esok lusa harganya berlipat, berganda-ganda..
Akhir kalam, simpan bencimu dengan menghirup secangkir rindu
Labels:
Hobi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
salam nina...semuanya cantik2..untuk akak, mana2 pun boleh..hehehe..duit Brunei lebihan dulu masih ada, so tak perlu convert..tapiiii..macamana nak hantar ya?? kalau pos mesti tersangat mahal sebab kira international postage...
salam kakmOn...
woooooowwwww...weeeeeeeee....ni lg menggoda kalbu dan boleh buat mimpi jatuh tergolek nih...aiiihh nangis sedu-sedan kita tgk kakmOn dpt gali harta benda nih..huhuuuuu...
(**psstt..kakmOn, kalau Mat tengok ni, sah-sah meroyan terusss...bkn kata sikit2..kira2 2 besen la air mata dia meleleh...heheee)
Adeehhhh...ko berikan lah kesabaran kepada ku ini.....sub, sub...
hampir terhenti nafasku.....
kak Azah
datanglah amik, bawak lori balak skali, bole angkut kedainya sekali, kita bukak branch kat KK :p
Ummi
alahai ni baru cucu tureen yg kuar, tak tau la kakmOn kalo kuarkan tok yang tureen tu pulak... Pasti PADAM cik ummi ngan encik mat kita tu.. hik hik hik hik hik
cik Millah
tunggu, tunggu, jan pengsan dulu, kakmOn cari tong oksigen jap :p
sentap kak mon!!!!!
bahagia gila kalau dapat ......
sukma digegar goda disapa...
cikgu su, sayang sarawak sungainya sempit.. kalo dekat bole la baling barang seketul kan ;)
ummu
:O
salam kak monn...
Kauu goda ku dengan cangkir2 menawan, aduh, aku tidak bisa menahan godaan seperti ini..tak pe lahh...guaaa balik dulu lahh..
Post a Comment