Monday, May 31, 2010

Tanat

Di luar masih lagi hujan sedikit. Kami baru saja siap mengemas selepas menikmati makan malam yang enak di patio.

Mencium aroma herba Itali dan ikan Salmon yang sedang dipanggang dalam ketuhar itu membuat kami bertambah lapar di dalam hujan lebat begini. Saudara sepusat sepusing ku baru saja sampai tatkala aku siap memasak sop cendawan. Sungguh tepat sekali waktu mereka datang itu.



Aku terus buru-buru menghidangkan makan malam yang agak terlewat itu. Sepinggan roti herba Foccacia dan semangkuk besar sup cendawan menjadi pembuka cerita.



Kemudian green salad with umeboshi dressing. Dan akhir sekali Salmon panggang yang disirami krim organic avacado yang sungguh lazat yang belum pernah kami nikmati sebelumnya. Nanti-nanti bila ada waktu aku kongsi resepinya yah.



Malam ini aku benar-benar lelah setelah tiga hari dalam marathon 'baking in action' .  Faham-faham aja lah. Di bawah ini aku kongsikan aktiviti kami hari ini.

Rombongan cik Bedah menyeberang lautan demi menyatukan dua hati.





Lihat hiasan Sirih Junjung ini, buah pinang dipotong bulat di jadikan hiasan bunga. Sungguh brilliant kan idea itu..



Lepas turun perahu, naik bas pula, menuju ke  'Tanah Jiran', tumpang lalu.

Perjalanan yang panjang membuatkan aku sudah siap sedia dengan projek silang pangkah di dalam beg. Aku tidak membuang masa terus menyambung projek yang terbantut itu. Pangkah demi pangkah aku menyilang benangku.



Bas semakin laju. Tempat duduk pun semakin bergegar. Bagai duduk di dalam perahu yang diayun ombak saja gamaknya. Jahitanku pun sekejap-sekejap 'terlanggar', lari dari garisan. Seksanya.

Akhirnya aku mengalah, aku keluarkan sulaman burung yang baru saja aku mulai kemarin. Aman...



Hingga ketemu lagi di lain waktu. Selamat menyambut Hari Tentera DiRaja Brunei dan selamat beradu.

No comments: