Friday, May 28, 2010

Choco Peanut Drop Cookies



1 cawan Crunchy Peanut Butter
1 cawan mentega
1 cawan gula perang
1 biji telur

Pukul hingga sebati. Kemudian masukkan bahan kering di bawah ini. Adun mesra.

1 cawan chocolate chips
2 cawan tepung serba guna
1 cawan rolled oats
1 sudu makan esen vanilla
1 sudu teh bicarbonate soda
Secubit garam

Gunakkan sudu teh, membentuk doh biskut menjadi bulat. Letakkan di atas dulang pembakar(berkertas minyak) dan tekan doh dengan belakang sudu supaya rata. Bakar 12minit dengan api 170celcius atau mengikut ketuhar masing-masing. Hidangkan bersama teh panas atau kopi.




Anekdot:

Salam petang jumaat. Cookies ini mudah disediakan. Rasanya rangup dan ringan. Aku cuma jadi si tukang markah aja.

Anak dara ku kebelakangan ini tersangat rajin. Dalam minggu ini saja sudah tiga kali dia turun kedapur memanggang cookies yang sewaktu dengan Chips More itu. Dan ini adalah versi yang telah diubahsuai setelah dua kali membuat eksperimen.

Maka jangan hairan jika di atas meja kakmOn ada sedulang cookies sudah tersedia di petang jumaat ini.



Moga jumaat yang barakah ini membawa sejuta kebahagian.

4 comments:

JC said...

Yohooo kak Mon...happy weekends..peanut butter cookies & tea..bestnya...I like..take care kak Mon

cikgu suhaila said...

Mesti cuba.....
nampak sedap....
anak2 pasti la suke
kan kakmon?

MamaFaMi said...

Sedapnya cookies Kak Mon!

Nina Suria said...

JC
A'ah memang sedap, apalagi minum taim hujan2 ni, pasti cookies tu sekejap aja hilang kan?

Cikgu Su
Anak2 memang suka betul, satu dulang ilang dlm sekelip mata :D

Mamafami
Salam dear mama, lamanya kita tak sembang, kabare *peluk kejap* rindunye kakmOn