Saturday, May 08, 2010

Kek Lobak Merah KakmOn



Salam pagi sabtu semua. Seperti yang ku janjikan, di pagi yang indah ini kakmOn sediakan sepotong kek lobak merah berwalnut untuk berkongsi hidangan bersama tetamu kakmOn di sini.

Kalau tak cukup sepotong ini, kenalah anda buat sendiri. Jom ikut kakmOn ke dapur. Kita buat sama-sama yah.

(A)
7biji telur gred A
1 cawan gula halus
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh ovallete
Pukul semua bahan di atas hingga gebu dan ketepikan.

(B)
3 cawan lobak merah diparut
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan kelapa parut kering
1 cawan walnut
1 sudu teh bicarbonate soda(optional jika ingin kek naik cantik- tapi kakmOn tak letak sebab tak suka rasanya yang memijarkan lidah)
1 cawan gula merah(dikisar halus)
1 sudu teh serbuk kayu manis( kakmOn buat sendiri, goreng tanpa minyak kayu manis hinga naik harum kemudian tumbuk hingga halus)

Adukkan semua bahan di atas hinga mesra. Kemudian masukkan 3 cawan minyak jagung atau mentega cair, kacau hingga sebati. Masukkan separuh dari bahagian A, kaup dan balik-balikkan hinga mesra. Kemudian barulah tuangkan semua sisa bahagian A tadi. Buat seperti tadi.

Masukkan dalam loyang 14"x14". Bakar dengan api 180celcius hingga masak.

Dua jam kemudian kita akan dapat menikmati hidangan yang benar-benar enak penuh aroma kayu manis itu.

Silakan..



Pssstt esok kan Hari Ibu seantero, anak-anak cepatlah kedapur, ganti mak masak. Dan jika rajin 'banyak' bakarlah sebiji kek lobak merah kakmOn ini, pasti dapur beraroma harum mewangi. Dan pasti mak, mak mentua tambah markah tinggi nanti.

Salam HARI IBU seantero

3 comments :

zaliana said...

kak mon
dah terasa2 di tekak ni!! waduuuh bikin kecur air liur
happy mother's day kak!

Nina Suria said...

zaliana, apalagi masuk lah dapo sat, pasti tak mengecewakan ;) selamat hari ibu juga yah

Jid said...

sdapnya nampakkkkkkkk....ngap!!