Saturday, May 01, 2010

Hilang gelap timbul terang

Dua minggu ini hujan turun hampir setiap malam. Aku semakin risau. Kata pakcik Tips itu, jagung lebih cantik buahnya ditanam waktu panas.

Alahai.. tak bersyukurnya aku.. Allah turunkan hujan salah, tak bagi hujan berkeluh kesah. Astaghafirullah Al-Azim.

Setelah kejadian hari khamis itu, aku tak keluar menjenguk kebun belakang. Berfikir, bercermin dan menilik kesalahan diri. Kenapa aku???

Petang tadi entah tak tahu kenapa, balik dari  kantor semacam ada kuasa magnet menarik aku ke kebun belakang.



Dari jauh nampak kolam kecil itu ditumbuhi daun pengagga air. Padahal lima hari yang lalu, aku tak perasan pun mahluk itu sudah berada di situ. Ajaib.



Dan cili Thailand ini sebenarnya hampir mati pada musim kering sebulan yang lalu. Kini dia mengeluarkan hasil lagi,  entah yang keberapa kali. Alhamdulillah.



Kulat ini pulak tetiba tumbuh di tepi-tepi tangga turun ke kebun jagung. Mungkin mahluk Tuhan yang berkaki empat itu sudah meninggalkan 'sisanya' di kebun kakMon. Ehmmmmm...



Dan jaggung ini baru saja ku lihat berbunga hari selasa yang lalu...





Tetiba, petang ini buahnya telah menjulur keluar. Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillah Wallahuakbar..



Rezki yang diturunkan-NYA ini benar-benar membuatku terkedu. Mungkin DIA ingin membasuh kesedihanku. Syukran Jazilan.



Dan akhir kalam, jagalah dan hormatilah jiran tetanggamu kerana dia adalah saudaramu yang paling dekat. Salam berhujung minggu semua.

3 comments:

azah said...

salam nina..dah menjadi2 hasil kebun tu ya..rezeki drp Allah, syukur negara kita masih ada hujan dan panas..taklah terlalu extreme hingga mendatangkan bencana...best tau makan hasil cucuk tanam sendiri..terasa puasnya...selamat berhujung minggu..kirim salam utk anak2 dara nina yg comel itu..

AbbotCottage said...

seronok tgk kebun kakmOn. Sejukkkk je mata memandang, pegaga air tu diblend bagus tu. Wat ulam pun sedap ekk...tgk putik jagung, alahhhhh cantikkkk..nanti klo dah masak pos ekk..ekekeek

Jid said...

kmon.. jagung apa khabar arini?

wahhhhhhhhh... cantiknya cendawan tu.. jid teringat citer smurf la tgk cendawan tu... rumah smurf...hehehe