Thursday, August 05, 2010

Pacak Pulut Kuning



5 cawan beras pulut(rendam hingga kembang dan toskan)
3 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
1 sudu makan serbuk kunyit
3 helai daun pandan wangi
1 sudu teh garam
1/4 cawan minyak kelapa(*pilihan)

Masak santan di dalam periuk(non stick jika ada) hingga pecah minyak.
Masukkan beras pulut, daun pandan, minyak kelapa dan garam, masak lagi hingga kering santannya.
Angkat pulut dari api dan kukus hingga masak.

1 kg daging(isi manis potong dadu kira 1"x1")

Kisar:
6 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1 biji bawang Bombay
5 biji cili hidup
5 inci halia
2 batang serai

Sangrai dan tumbuk:
5 sudu makan ketumbar
3 sudu makan jintan putih
3 sudu makan jintan manis

3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili Lingham
1 cawan kerisik
Daun kari secukupnya
1/2  cawan Madu
8 inci lengkuas (titik)
4 liter air
3 cawan pati santan

Rebus daging bersama  lengkuas di dalam periuk sehingga air daging tinggal 1 liter. Ketepikan.
Panaskan oven 200 celcius.
Sementara itu tumis rempah dan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan cili kisar, sos cili Lingham dan daun kari. Masak lagi sebentar.
Angkat bahan tumis dan masukkan kedalam periuk daging tadi dan tambahkan kerisikdan 3 cawan pati santan. Masak lagi hingga kuah daging sedikit kering.
Angkat daging dan masukkan dalam dulang pembakar dan tuangkan madu keatas daging  kemudian bakar 45minit.
Hidangkan bersama pulut kuning di atas sementara masih panas.



Semalam kami membuat pacak(bunga telur) untuk anak teruna si Klavu; myD yang membuat majlis Khatamal Quraan di sekolahnya. Dalam masa kecederaan, hendak tak hendak aja aku memasak pulut kuning yang sudah berkurun aku tidak menanganinya. Kali terakhir membuat waktu arwah bonda masih ada. Bayangkanlah.

Jadi aku terpaksa menyalakan kembali Memory RAM di kepalaku dengan pacuan processor yang sudah berkarat.

Di dalam kantung si Klavu cuma ada satu kotak krim santan(1liter), 2 kg beras pulut dan secekak lengkuas. Dengan kepala yang memang sudah 'weng' semacam aku terus merendam pulut di dalam besin merah dan merenih krim santan kotak itu. Setengah jam berlalu, krim santan itu tidak jua mahu mengeluarkan minyak. Malah santan itu semakin berketul-ketul, pekat dan melekat. Alahai... mau meroyan rasanya cik Kiah.

Lalu aku keluarkan dua senduk besar krim santan itu. Ku gantikan 4 cawan air panas. Masak lagi hingga santan menggelagak. Kali ini aku tidak menunggu lagi santan tu mengexport minyak kah tidak. Terus melabuhkan beras pulut, daun pandan, garam, kunyit dan minyak kelapa(aku import aja dari peti Doraemon kakmOn) kedalamnya. Habis cerita.

Di jendela dapur, ternampak bayang si Klavu dan kroninya sudah siap penuh tangan membawa bunga telur. Adusss... Sudahlah daging pacak bertukar resipi, pulut kuning pulak meragam.. Habislah majlis cik Klavu kita ni...

Daging pacak yang disuruh si Klavu itu, aku tukarkan jadi daging rendang. Baunya... memang menggoda habis. Dengan warnanya cukup menyelerakan, aku tengok si Klavu sudah siap dengan pinggan dan garfu. Tapi bila masuk ke mulut... Eh! Aziz, berapa ton garam kau campak dalam daging ni? Ngeeeeeeeeh. 



Lalu aku tuangkan 1/2 cawan madu keatas daging dan sumbat kedalam oven. Siap.

Dari cerita di atas, diharap anda akan mendapat sedikit tips untuk membuat pulut kuning dalam waktu kesempitan. Dan bila waktunya lauk jadi masin, taburkanlah madu ataupun sedikit gula. Pasti rasa masin akan berkurangan sedikit.

Selamat mencuba.



2 comments:

Bee Haven Bev said...

Wow! The arrangement is beautiful...and the food looks scrumptious!

Thanks for visiting my blog,
Bev

Nina Suria said...

Thanks Bev. We love the same things.

Have a beautiful weekend dear