Tuesday, June 14, 2011

Hujung minggu



Salam pagi selasa. Apa khabar anda semua. Durian yang menggoda di atas itu, kita tinggalkan dulu.. Aku cerita fasal libur malam sabtu yah!

Cuti sekolah sudahpun bermula seminggu yang lalu. Anak-anak riuh mau pergi bersuka-ria. Tapi aku dan bang Mat tidak punya waktu untuk itu. Kiri-kanan, depan-belakang, majlis kenduri kahwin memenuhi hujung minggu. Jadi untuk tidak mengecewakan anak-anak, aku sarankan kami 'bercamping' saja. Lutfan dan Leynah sudah mula excited mendengar perkataan 'camping' itu. Bila mereka tahu aktiviti itu cuma di belakang rumah, muncung mereka bertambah panjang berganda-ganda. Tak apalah. Nanti mereka pasti suka dengan idea main bunga api yang ku rahsiakan itu.

Petang sabtu, balik kerja itu aku cuma sempat membeli sayur, buah-buahan dan sushi sahaja di pasar raya Hua Ho. Lalu abang ku pinta untuk singgah ke Restoran Charcoal membeli pizza tulang sirip yang sedap itu sebelum dia pulang ke rumah balik kerja nanti. Nasib baik pagi tadi bang Mat sudah ke pasar membeli salmon dan paha kambing biri-biri. Sampai di rumah aku terus memerap ikan salmon bersama lada hitam + jus lemon +  garam laut  + bawang putih +  minyak zaitun. 

Lepas solat maghrib aku memerap lagi paha ayam bersama asam jawa + serbuk kunyit + cili kisar + garam, untuk barbeku nanti. Rasanya menu malam nanti sudah terlalu banyak, aku mengira-ngira dalam hati. Ada lauk tengiri singgang, salmon salai sos lada hitam, ayam barbeku, brokoli sos tiram, sambal udang petai(selera Reyma), sushi, pizza dan mi hoon goren(terimakasih klavu). Nanti tak larat pulak nak menghabiskannya. Lalu paha kambing, aku simpan kembali ke dalam peti ais. 

Dan lepas solat isyak, abang baru mula menghidupkan api untuk barbeku. Alahai.. bila masa nak makan ni. Perut pun dah mula bernyanyi. Lalu aku ambil jalan pintas, memasukkan paha ayam itu kedalam ketuhar sementara menanti arang-arang itu menyala.

Bang Mat yang baru datang dari masjid, mengangkat kening padaku, tangannya di pusar-pusarkan di atas perut. Awwwwww.. Lalu anak-anak ku kerahkan untuk menyiapkan meja makan. Aku sudah 'kelam-kalibut' mematah-matah daun salad bersama Azmina. Buah epal merah dan buah pear kami potong dadu. Kemudian ku masukkan semuanya ke dalam mangkuk daun salad tadi. Ku tambahkan lagi buah anggur. Kini tinggal membuat dressingnya saja. Tangan ku laju menuang minyak zaitun + jus lemon + cili hidup cencang + daun saderi cencang + French tarragon, ke dalam sebiji mangkuk. Aku kocok dengan garfu, lalu ku tuangkan ke dalam salad tadi. Akhir sekali ku taburkan garam dan lada hitam. Walah.. *dengan mengangkat jari ke mulut gaya Michael Dixon Smith ~ Chef At Home AFC*

Dan pesta makan-makan pun bermula dengan 'meriah'...

Dan foto di bawah ini hanya segelintir saja yang sempat kakak snap, acara 'gede-gede' kita sudah jadi haru biru, kerna semua orang sudah kebulur. Siap makan, aku baru mula mengarahkan kakak dan abang menarik 'layar putih' untuk menonton 'wayang kita'; UP.  

Belum movie UP tamat, hujan 'mengurabat' turun. Abang lintang pukang menarik kabel api yang berselirat di atas tanah. Dan kami terpaksa gulung kembali perkhemahan kami yang baru sahaja nak bermula. Jadi, janganlah menunggu pesta bunga api itu yah! BATAL.


klik foto ini untuk melihat paparan yang lebih besar 

Sebelum aku lupa, kita kembali semula berbicara pasal durian di atas itu lagi.. Durian monthong adalah mahluk Allah yang sangat lunak, gebu, sedap dan wangi. Seulas memang sudah cukup kenyang buat selera kakmOn. Maka sisa durian yang tinggal 3 ulas itu aku tanak bersama gula pasir dan sedikit air, lalu ku hidangkan bersama bubur pulut hitam untuk juadah berbuka puasa... Pada yang tergoda, anda boleh korek resipinya di bawah ini:




Ooooops matahari sudah keluar.. Aku terpaksa pergi sekarang. Nanti kita bicara lagi... Selamat menjamu selera..




Hikmah bulan Rejab
1 - Berpuasa sunat 19hari - maka Allah akan membena sebuah mahligai di syurga untuknya.
2 - Berpuasa sunat 16hari - mereka akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga.
3 - Berpuasa sunat 15hari - maka Allah akan memberi pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun(menurut Syaidina Ali)

8 comments:

SITI NOARIZAH ARIS said...

sedap betul desert tu nk pulak time berbuka nnt.... enjoykan bila dpt bersama keluarga mcm ni :)

Nina Suria said...

memang sedap, CT buatlah tuk berbuka nanti :)
btw dapat berkumpul bersama keluarga adalah yg paling seronok

salam ceria xoxo

madoka miyajima said...

kakmonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....jid mengidam durian atu...:((

Nina Suria said...

jid meh sini kakmOn bisik. doyan tu inda nyaman, balum matang dan rasnya tawar, sebab atu kakmOn tanak ngan gula supaya manis dan terasa nak balun :(

azlina said...

sedapnya durian kak tapi ini pertama kali ina tgk resepi bubur durian pulut hitam..kena cuba ni...

Nina Suria said...

azlina
kakmOn terlebih durian, tu yang masukkan dalam bubur pulut itam.. memang sedap pun :)

notie said...

wah syioknya bergolek2 sambil nonton senetron...rasa macam nak join je hehehehe peletum tum tum heh

Pss acara makan2 tu memang bisa mengiurkan saja*usap pewot kicau2 dalam* sambil telan air liur hehehe

Nina Suria said...

notie a'ah sonok gilos, meh la mai kita buat syakali lagi, nak?

a'ah makanan yang kelam-kelibut itu membuat kita semakin lapar berganda2 :D

salam ujung minggu dear :)