Hobbies: Come and share with me.. your simple things of everyday life; gardening, entertaining, cooking and decorating..
Wednesday, January 30, 2008
Tawoon balu sulah mali maaa..
Lagi cerita Gayah Enterprise. Cik Bedah lagi tanat(pulun) siapkan guli-guli Ah Mon. Tak sempatlah nak bersembang panjang.
Ah Maaaaat.. Kalau nak angpow duduk diam-diam tau.
Saturday, January 26, 2008
Buku JPKE
By: BR - http://bruneiresources.blogspot.com/
Brunei - The Next 30 Years
The plan contained the government's vision of what Brunei should be in 2035 - Wawasan Brunei 2035 - and outlined the plan how to get there. The foreword from His Majesty in the book is particularly apt: "My government is not only responsible for our people today. It must also help fulfill their hopes for our next generation. To do this, it must listen to them and offer clear-sighted, realistic plans for the future that can be implemented with skill and professionalism."
This plan was prepared by the Council for Long-Term Development Plan and talked to a number of Bruneians, not just in the government, but also in the private sector and other sectors as well and asked them what kind of country they wish Brunei to be 30 years on and have identified many of the all encompassing demands with regard to personal, social, spiritual and economic challenges.
After consulting this wide cross section of the Brunei's society, what we as a country had hoped for was:
a. To maintain the political stability Brnei continues to enjoy
b. To preserve our social, cultural, spiritual and historic values
c. To help our people meet the practical challenges of the modern world successfully
d. To give our families and communities confidence in the future
As a result, this plan was produced which identifies the critical aspect of national planning and reflected the broad aims set out as aove, the policy directions for the government and the specific programmes and projects that are required. The book is divided into three parts - the first part summarising a vision for the future that will fulfill our long term hopes and expectations - the second part lists 50 policy directions for the government to follow over the next 10 years and the third part sets out specific proposals and projects for the government over the next 5 years.
If you can only afford one book this year, then I would suggest get this book. It's available in either English or Malay and priced at only $15 (for a soft copy) or if you feel a bit richer, get the hard copy for $25 from the Economic and Planning Development folks at Block 2A, Jalan Ong Sum Ping. I was told you can get it at all Bismi and Pustaka Remaja bookstores as well.
~Teks di pinjam dari blog Brunei Resourcess~
Thursday, January 24, 2008
Crazy Chocolate uhhhhhhhhhh
Di waktu ini saya masih bangun lagi. Hati saya derg derg dergkan. Risau. KakmOn kehabisan stok coklat. Kek cawan 'Crazy Chocolate' belum cukup lagi. Yang kat atas itu baru 80% siap. Takut pulak cik Bedah yang tempah kek cawan ini tukar pikiran. Kalau dia ambil awal???? Mampus la kakmOn.
Itulah kakmOn.. Gatal sangat nak buat eksperimen. Coklat 1kg tak menjadi. Duh! Nak tido arr.. Kut-kut dapat mimpi coklat.
Wednesday, January 23, 2008
Terimakasih Mamasya...
Terimakasih pada Mamasya yang bermurah hati mendapatkan saya 'Guling Tangan'(Alpha Biscuit Cutter) dan novel Kopi Susu Sepatu Biru tulisan Ruby Hazri ini. Sehingga saya tidak sabar-sabar test drive menggunakan cutter itu. Dan juga Ole-Ole cuti-cuti Mesia itu. Keropok pisang itu sekali ngap dah habis daaaah *tayang muka tak malu*. Dan dodol yang dibungkus dengan daun palas itu sungguh authentic rasanya. Sedap. Tas tangan unik itu sayang nak di pakai, kakmOn gantung aje buat perhiasan kat muzium kakmOn yah. Kini koleksi barang anyaman saya sudah bertambah. Terimakasih daun keladi, lain kali kakmOn mengusut lagi. Hehehehehe
Monday, January 21, 2008
Celak 50sen
Pada satu petang selepas mandi, leyn seperti biasa minta di ciumi. "Babu.. Leynah sudah mandi pakai syampo baru. Harummmmm. Cuba cium.." sambil menyuakan pipinya kepada ku dengan manjanya .
"Emmmm wanginya anak Babu... Macam candy. Babu makan eh.." Aku pura-pura mengigit lembut pipinya. Dia terpekik-pekik kegelian.
Esoknya, balik dari sekolah si kecil saya Leyn punya celak merah lima pohsen di pipi. Saya menegurnya. "Leynah main make-up Babu???"
Leyn mengelengkan kepalanya sambil mengaru-garu pipi dan lehernya.
Hari berikutnya celak lima pohsen itu semakin lebar dan memenuhi wajahnya. Dari jauh nampak berseri-seri macam pengantin baru siap mandi lulur, 'bersifat'(nya Nini). Ini mesti si kecil ku lagi berdandan menggunakan bedak pipi merah kakmOn, dalam hati ku berbisik.
Malamnya selepas mandi, Leyn mengadu muka dan badannya gatal sangat. Rupanya celak lima pohsen itu sudah beranak dan membiak sehingga membentuk peta dunia di seluruh badannya. Dalam benak ku terdetik, takkan dia sapu bedak pipi ke badan dan kakinya.
Saya tanya lagi, "Leyn pakai body lotion babu kah???" Dia menggeleng. "My brush???" Geleng juga.
Syampo baru itu??? Oh! Seperti batu terhempap di kepala ku. Subhanallah. Bang Matttttt...
Nota Yagan:
Saya ingin berkongsi cerita mengenai barangan mandian, produk 'Follow Me Kids' disini. Oleh kerana ketiadaan jenama Johnson lalu hubby rembat aje syampo warna hijau itu di kaunter PERTAMA Supermarket Mall Gadong. Akibatnya Leyn mendapat ruam di seluruh badannya. Jadi pada pengguna di luar sana berhati-hatilah dengan produk FOLLOW ME KIDS SHAMPOO. Gambar ini di ambil Lutfan waktu dia bermain dengan kamera saya. Kebetulan Leyn baru saja separuh sembuh setelah di beri ubat sapu oleh doktor pada hari sebelum gambar ini di ambil.
Saturday, January 19, 2008
Gayah Enterprise Lagi...
Salam Asyura semua. Aku sudah tidak cukup nafas untuk berbalas pantun dengan abiskita(anda) di tingkap cik Oggix itu. Ampunkan kakmOn. Semalam kami tiga beranak menyiapkan tempahan cik Bedah hingga tiga pagi. Itu pun belum siap lagi sepenuhnya. Cuppy Sweet Garden belum siap lagi berfondant. Telur ayam ku selongkar di esbok(peti ais) cuma tinggal 3. Abang ngan kakak sudah petpotpetpot.... Mata kakmOn dah hampir terkatup. Lalu ku letakkan kembali telur di sebelah sinki.
Bangun pagi mata masih terpisat-pisat terus turun ke dapur. Tiba-tiba telur kakmOn hilang. Rasa macam terkena karan. Mata terus tapalak(terbelalak). Mana lagi cik Bedah nak ambik subuh-subuh. Mati la kakmOn... Jadi kenalah cik Kiah buat plan B.
Kurang 5minit pukul 7:00 pagi cuppy cake pun siap beraising fondant. Kussss syemangat. Nasib baik... Nasib baik... Kalau tak naya Gayah Enterprise.
Wednesday, January 16, 2008
Chezzy pezzy Sos
Nota Yagan : Sementara itu kakmOn sajikan pasta topping with mozarella cheese yang sedap, pekat dan melekat. Resepi cari dalam almari dapur kakmOn kat bawah tu(Bake Pasta Mozarella)
Sos Keju
2 cawan susu segar
1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan mentega
1 cawan keju mozarella
Panaskan mentega. Masukkan tepung, gaul sebati.
Tuang susu perlahan-lahan. Kacau selalu supaya tidak berketul.
Bila telah sederhana pekat, matikan api dan masukkan keju mozarella. Kacau hingga rata.
Tuangkan keatas pasta dan bakar mengikut selera.
Nota untuk Box House Studio:
Nak juicy? Bakar sekejap saja.
Nak garing? Bakar hingga keemasan.
Semoga berjaya :)
Pie Ayam Mamak
Doh roti prata(frozen) secukupnya
Sos tomato(saya gunakan sos bolognaise)
Sisa kari ayam semalam :p (isinya dicarik-carik)
1 pohon daun saderi/parsley dicencang
Buah tomato di cencang
Lada merah hidup di cencang
1 sudu teh herba oregano atau yang sewaktu dengannya(saya guna Pizza Topper herbs)
Buah Zaiton(kalau tidak ada dalam stok, lupakan saja)
Keju Mozarella(kalau rasa tercekik sangat korang guna cheese chedar je lah eik)
1 biji telur(untuk di sapu atas pie)
Panaskan ketuhar 180degree celcius.
Doh roti prata di ratakan atas dulang pembakar.
Sapukan dengan sos tomato.
Taburkan isi ayam, daun saderi, tomato, lada merah, parsley, buah zaitun, herba dan akhir sekali mozarella(biarlah berlebih-lebih).
Potong lagi doh prata yang lain panjang-panjang dan susun diatas inti pie(lihat gambar).
Bakar 10 minit dan keluarkan. Sapukan dengan telur dan bakar lagi hingga keemasan.
Nah! Hidangan kita siap untuk di sajikan. Senangkan???
Nota Yagan: Anda boleh juga menggunakan frozen puff pastry atau yang sewaktu dengannya.
Sunday, January 13, 2008
Apple Crumble Pie 30minit
1 keping doh pastri(ready-made/frozen)
3 biji epal hijau yang segar
1/2 cawan gula perang
1 biji jus lemon
1/2 cawan kismis hitam
Sedikit mentega
Doh Biskut
3 sudu makan mentega
tepung serbaguna secukupnya.
Pukul mentega dengan senduk kayu hingga lembut.
Kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang licin(uli dengan hujung jari).
Ketepikan.
Krim
1 cawan susu segar atau krim
2 biji kuning telur gred A
Pukul sebentar dan tapiskan(2x) supaya sebati.
Ketepikan.
Panaskan ketuhar terlebih dahulu.
Sapukan mentega rata-rata di atas permukaan mangkok pie.
Letakkan doh pastri dan susun epal yang telah di potong-potong(menikut citarasa).
Taburkan gula perang dan perahkan sebiji lemon keatasnya.
Bakar 8minit dengan api 180 degree celcius.
Keluarkan pie, tuangkan campuran krim tadi kedalam pie.
Parutkan lagi doh biskut dan keju di atasnya.
Bakar hingga keemasan(aprox 12minit).
Nota Yagan:
Pie ini lebih sedap di hidangkan panas-panas bersama aiskrim. Pastrinya lebih rangup dan ringan. Inti epal itu juga terasa lebih juicy dan menyelerakan.
Jika rajin anda boleh membuat pie crust sendiri. Semak resipi pie yang terdahulu.
Saturday, January 12, 2008
Mandi Bunga
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelam kan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukan nya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia:
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsomnia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Nota Yagan:
Demi menyahut seruan Pakcik Mat Gebus, kakmOn pun pergilah mandi bunga 7 kaler nyah SUWEY kat ZEN SPA. Alahai... Rasa macam Ratu lak sepetang itu dari hujung rambut ke hujung kaki dirawat begitu rupa. Kalau nak ikutkan hati memang tak nak kuar dari jacuzzi tu. Adeeeeh.
Esok baru kita bukak kelas masak yah. Skang ni kakmOn nak beradu. Ngeh ngeh ngeh ngeh
Monday, January 07, 2008
Bila anak dara di dapur
4 biji telur
1 cawan gula perang
1/2 cawan butter milk(atau ganti susu segar)
2 cawan tepung naik sendiri*
1/4 cawan serbuk koko HERSLEYS*(ayak bersama)
1/2 cawan mentega cair/minyak sayuran
1 cawan chocolate rice(optional)
Topping
1/2 cawan Susu segar(panas)
1 cawan coklat masak
Masak coklat guna double boiler sehingga coklat cair kemudian masukkan susu dan gaul sebati.
1. Telur dan gula pukul hingga naik.
2. Masukkan buttermilk dan tepung berselang-seli hingga habis(turunkan kelajuan mixer)
3. Masukkan mentega cair dan balik-balikkan adunan dengan sendok kayu hingga sebati.
4. Masukkan Chocolate Rice dan gaul sebati.
5. Ambil 3 sudu makan dan tuang kedalam muffin cup. Bakar 15minit 180degree celcius.
6. Hiaskan dengan chocolate topping.
Nota Yagan: Kurangkan manis dalam minuman tambahkan manis dalam senyuman, hiasilah diri dengan iman. Semoga penghijrahan hari ini akan membawa sejuta kebahagian hari esok. Salam tahun baru HIJRAH1429 dari saya di Brunei Darussalam.
Tuesday, January 01, 2008
Salam 2008
Saya menerima SMS ucapan selamat tahun baru dari tengah malam hinggalah ke pagi ini. Di antara SMS yang banyak itu, saya amat tertarik dengan SMS yang diatas itu. SMS di kirim oleh kawan sekantor ku yang telah dua tahun menjadi surirumah sepenuh masa. Memang benar apa yang dikata. Terimakasih jua masih lagi mengingati saya disini dan memberi pesanan yang tembus ke jiwa. Sama-samalah kita ingat meningati, kerna kita manusia... Selalu lupa.
Nota Yagan: Bunga-bunga ini hidup di belakang rumah saya, hidup segan mati tak mahu. Harapan saya, 2008 bunga-bunga ini mahu berkongsi kasih bersama-sama. Bayangkan teratai ungu diatas itu sudah dua tahun di tanam didalam kolam bersama Kiambang Kiapu. Namun dia tetap tidak mahu bermain bersama anak-anak Kiambang Kiapu yang besusun bantal itu. Bila Kiambang saya alihkan baharulah teratai keluar menyerlahkan kecantikkanya yang memukau di waktu pagi. Pelikkan????