Saturday, January 19, 2008

Gayah Enterprise Lagi...






Salam Asyura semua. Aku sudah tidak cukup nafas untuk berbalas pantun dengan abiskita(anda) di tingkap cik Oggix itu. Ampunkan kakmOn. Semalam kami tiga beranak menyiapkan tempahan cik Bedah hingga tiga pagi. Itu pun belum siap lagi sepenuhnya. Cuppy Sweet Garden belum siap lagi berfondant. Telur ayam ku selongkar di esbok(peti ais) cuma tinggal 3. Abang ngan kakak sudah petpotpetpot.... Mata kakmOn dah hampir terkatup. Lalu ku letakkan kembali telur di sebelah sinki.

Bangun pagi mata masih terpisat-pisat terus turun ke dapur. Tiba-tiba telur kakmOn hilang. Rasa macam terkena karan. Mata terus tapalak(terbelalak). Mana lagi cik Bedah nak ambik subuh-subuh. Mati la kakmOn... Jadi kenalah cik Kiah buat plan B.

Kurang 5minit pukul 7:00 pagi cuppy cake pun siap beraising fondant. Kussss syemangat. Nasib baik... Nasib baik... Kalau tak naya Gayah Enterprise.

4 comments:

mamasya said...

Patutlah sunyi tingkap kat bawah rupa2nya tuan rumah busy siapkan tempahan,semoga bisnez bertambah maju di thn baru hijrah ni .
Comel nya cc k.mOn ni...geram tengok.
Mana hilang telur 3 biji tu k.mOn kena sambar helang ke K.mOn...

MamaFaMi said...

Mana perginya telur ayam Kak Mon yang tiga biji tu? Menetas ke? Hehehe...Kak Mon ni punya otak memang ligat berputar... yang pentingnya, tak panik... bestlah. Boleh tak klonkan otak kak Mon pas tu pasang kat dalam kepala kita ni! Hehehe....

cikwan said...

kakmOn,,telor 3 biji tuh dah netas jadi anak ayam kot..hahah...comey lotey ler cupcake kakmOn ni,mmg patut laris..

Nina Suria said...

mamasya, mamafi, cikwan
telor tu memang kakmOn dah agak dah mesti ilang nanti punyer.. tu yg tergesa2 turun bila terjaga.

Tapi..

Malang pak malau malang berlipat.. malang kakmOn cupcake jadi ketupat