Monday, January 07, 2008

Bila anak dara di dapur






4 biji telur
1 cawan gula perang
1/2 cawan butter milk(atau ganti susu segar)
2 cawan tepung naik sendiri*
1/4 cawan serbuk koko HERSLEYS*(ayak bersama)
1/2 cawan mentega cair/minyak sayuran
1 cawan chocolate rice(optional)

Topping
1/2 cawan Susu segar(panas)
1 cawan coklat masak
Masak coklat guna double boiler sehingga coklat cair kemudian masukkan susu dan gaul sebati.

1. Telur dan gula pukul hingga naik.
2. Masukkan buttermilk dan tepung berselang-seli hingga habis(turunkan kelajuan mixer)
3. Masukkan mentega cair dan balik-balikkan adunan dengan sendok kayu hingga sebati.
4. Masukkan Chocolate Rice dan gaul sebati.
5. Ambil 3 sudu makan dan tuang kedalam muffin cup. Bakar 15minit 180degree celcius.
6. Hiaskan dengan chocolate topping.

Nota Yagan: Kurangkan manis dalam minuman tambahkan manis dalam senyuman, hiasilah diri dengan iman. Semoga penghijrahan hari ini akan membawa sejuta kebahagian hari esok. Salam tahun baru HIJRAH1429 dari saya di Brunei Darussalam.

4 comments:

JahRera said...

salam pagi selasa nina,
mini coklat cup kek ke nina?
kiut macam anak dara yang membuatnya juga :-)

Nina Suria said...

walaikumsalam klela, a'ah kek cawan coklat kiut.. air tangan anak dara kekadang mengalahkan mak dia jugak ;)

Rozie said...

salam kenal utk kakmon..jalan2 rumah kakmon ni, teringat nostalgia masa kecik2 dulu kami pernah tinggal di BSBegawan, sy pun dilahirkan di sana...dan masih ada lagi saudara mara di sana....My parent rindu sgt life kt Brunei.Insyallah satu hari nanti teringin juga nak bawa mereka ke sana menjenguk daerah kenangan!!

Nina Suria said...

salam perkenalan gak dari kakmOn. Kalau lahir di Berunai mesti pandai skiping bonai kan??? Kalau mulih kemari jan lupa bedudun tak karumah kami di Rimba. Dolu biskita tinggal dimana???