Sunday, January 13, 2008

Apple Crumble Pie 30minit









1 keping doh pastri(ready-made/frozen)
3 biji epal hijau yang segar
1/2 cawan gula perang
1 biji jus lemon
1/2 cawan kismis hitam
Sedikit mentega

Doh Biskut
3 sudu makan mentega
tepung serbaguna secukupnya.
Pukul mentega dengan senduk kayu hingga lembut.
Kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang licin(uli dengan hujung jari).
Ketepikan.

Krim
1 cawan susu segar atau krim
2 biji kuning telur gred A
Pukul sebentar dan tapiskan(2x) supaya sebati.
Ketepikan.

Panaskan ketuhar terlebih dahulu.
Sapukan mentega rata-rata di atas permukaan mangkok pie.
Letakkan doh pastri dan susun epal yang telah di potong-potong(menikut citarasa).
Taburkan gula perang dan perahkan sebiji lemon keatasnya.
Bakar 8minit dengan api 180 degree celcius.
Keluarkan pie, tuangkan campuran krim tadi kedalam pie.
Parutkan lagi doh biskut dan keju di atasnya.
Bakar hingga keemasan(aprox 12minit).

Nota Yagan:
Pie ini lebih sedap di hidangkan panas-panas bersama aiskrim. Pastrinya lebih rangup dan ringan. Inti epal itu juga terasa lebih juicy dan menyelerakan.

Jika rajin anda boleh membuat pie crust sendiri. Semak resipi pie yang terdahulu.

2 comments:

JahRera said...

salam nina,
hish nampak sedap dan yg penting nampak senang saja buatnya.

Nanti saya pergi kedai buah, gendang 3 biji buah apel dan buat benda nie.

Thanks nina, sudi share resipi ini.

Nina Suria said...

klela pie tu memang semudah ABC, pejam mata pun bole buat. Pie tu Nina tabur cinnamon atasnya. Bau harum kayu manis tu memang buat kita tak sabar nak balun ahak :D

btw kalo suka manis tambahkan gula perang tu jd 1 cawan. Nina tak suka manis tu yang kasi separuh.