Tuesday, October 13, 2009

Cepatlah kau Siang..

Tetiba cahaya hilang. Gelap gulita memeluk ruang wad12. Rupanya sudah jauh waktu untuk tidur. Ku tutup kitab kecil Yassin di tangan ku. Mataku masih segar. Pun, suara dalam kelambu pesakit masih kedengaran sedang sek-sok-sek-sok dengan jiran sebelah. Walau katil ku yang paling hujung, suara misi-misi antar sebiji-sebiji(lantang) membuat liputan CNN mengalahkan Cik Kiah kepoh. (@_@)

Mata tak mahu lelap jua. Lalu aku gali lagi foto dalam album Picasaku. Akhhirnya aku mendapat ini...

Silakan..


BISKUT:
250gram mentega beku tanpa garam (dibiarkan hingga suhu bilik)
100gram shortening (saya gunakan CRISCO)
50gram gula kastor
2 biji telur
Tepung naik sendiri secukupnya

PANASKAN ketuhar dengan api 200celcius.
PUKUL mentega, crisco dan gula kastor hingga lembut didalam sebiji mangkuk besar.
MASUKKAN telur dan pukul lagi hingga mesra.
MASUKKAN tepung dan uli hingga menjadi sebiji doh yang licin.
AMBIL loyang pembakar. Lengsirkan dengan mentega, masukkan 3/4 doh tadi dan ratakan diatas permukaan loyang. Seperti kita membuat kuih tart/pie.
BAKAR dengan api 160celcius 12minit.


INTI:
1/2 tin susu manis
2 sudu teh kopi emulco
2 sudu makan serbuk kopi segera
1/2 cawan madu
2 sudu makan mentega
1 cawan gula perang
3 cawan walnut (dicencaang kasar)

MASAK semua bahan diatas dengan api yang sederhana kecuali walnut.
TUANGKAN bahan initi kedalam biskut yang dimasak tadi.
TABURKAN kacang walnut.
PARUTKAN lebihan doh tadi sehingga tertutup semua lapisan inti.
BAKAR lagi hingga keemasan atau biskut masak. Sejukkan sebentar.
POTONG dengan pisau yang tajam mengikut selera.
BILA sudah sejuk sepenuhnya baharulah diangkat dari dulang pembakar dan alaskan dengan mangkuk kek kertas comel sebelum dihidangkan.



NOTA YAGAN:
Biskut ini sewaktu dengan Crumble Apple Pie. Sedap(bagi piawaian lidah kakmOn lah..). Dan dalam keadaan suhu wad yang semakin menurun ke 16darjah ini, pasti enak biskut walnut ini dinikmati dengan milo panas, kan???

Salam dari katil 8. Moga anda bermimpi indah.

8 comments:

nurdia said...

salam nina... nina sakit ke?? sakit aper ye?? sakit tangan tu ke??

nurindah said...

Salam kak Mon,
kak Mon kat wad ke? Sempat jugak tayang resipi biskut potong walnut perisa kopi. Terharunya.

Moga cepat2 sembuh, kak Nina. Saya amik mitak izin copy resipi ya.

Wan Amalyn said...

kakmOn...
=( moga cepat sembuh! dan sihat walafiat seperti sedia kala...

*bighug* rindu kat kakmOn....

Mamasya said...

Salam k.Mon..

Moga k.Mon cepat semboh dan boleh balik rumah segera. mmg tak boleh lena tidur di hospital...bosanpun ada...nasib baik k.Mon bawa laptop dpt kongsi resepi. nanti tengoklah pasangan comel di Fp sy. ok k.mon rehat cukup2...jaga diri...muahhhh.

Jid said...

kakmon..rehat lah.. doktor marah tau update blog dalam wad... nanti boleh affected dengan pralatan hospital bila on laptop.. tutup..tutup.. **ambil laptop kmon sorok dlm peti besi**

Moga segalanya selamat dan cepat sihat ya kak..

klavu said...

mun batah di wad atu, siap buku bagas tangan bu apsah 2 pakah

Jid said...

hahaha.. ya betullll... jid sokong kryn.. (",)

An said...

salam kak mon, lamanya tak menyembang dgn kak mon. Malas nak ganggu kak mon coz tau selalu bz tahap gaban :) Hari ni baru tau yg kak mon masuk spital. Tak tau pun :( Semoga kak mon cepat sembuh ya. Boring2 tu, masuk lah Farmville, join kakak ku itew. hehehe Sure kak mon memang terror bab2 berkebun ni hehehe Take care ya!