Saturday, May 22, 2010

Syukur Nikmat

Pasti anda ingat lagi bukan, kebun jagungku yang dua baris itu.. Sejak dua menjak ini cuaca tidak menentu, sedang panas mentari menyengat tiba-tiba hujan turun mengurabat tanpa 'signel kecemasan'. Aniiiiiiii.. ambil payung... hujan dah turun...

Akhirnya semua pakaian di ampain pun tak sempat nak diangkat. LENCUN.



Begitulah jua apa yang terjadi pada kebun jagung ku yang dua baris itu. Pertumbuhannya terbantut akibat hujan yang banyak kebelakangan ini. Ada yang sudah rosak dan menjadi santapan 'mahluk Rimba' yang lain. Memang sudah rezekinya. Dan Rezeki kami cuma yang di atas itu sahaja.



Namun aku tetap bersyukur walaupun jagung yang cuma cukup-cukup untuk kami makan lapan orang itu... Dia telah memberikan kami satu nikmat kepuasan yang tiada taranya.

Syukran Jazilan... terimakasih ya Allah.



Anekdot:Nak tahu rasanya? Buahnya begitu lemak dan tersangat manis sekali, membuat bang Mat berazam hendak mencuba sekali lagi. Ada sesiapa yang nak ikut tak?

Nak kongsi cerita sedikit, boleh kan? Pertamakali melihat mahluk Allah ini keluar dari celah-celah batang itu, aku teringat adik lucu kakmOn si Yazmin itu... sedang membasuh rambut jagung itu dengan syampoo. Hahahaha... kelakarnya budak tu..




Kalau nak tahu cerita sepenuhnya dapatkanlah novel DUA DUNIA ~ MajidahPasti anda akan terhibur dengan tingkah kelakar gadis comel itu.



Selepas khatam Dua Dunia, jangan lupa pula dapatkan sambungannya di DUNIA JAM 10. Si gadis lucu yang kronik itu telah bertukar menjadi gadis dewasa yang anggun dan berilmu.



Salam ceria di gerimis pagi sabtu

3 comments:

*Jid* said...

Sangat TERHARU dan SPEECHLESS menatap 2 cover buku kecil ini tergantung di dinding istana KMon ni....


mwahhhhhhhhhhhhh... **hanya mampu mensyium kmon sampai kempis**

***********

Wahhhhhhhh... kmon, kelihatan manis dan lemak berkrim jagung tuh.. sedapnyaaaa mkn dikala hujan bercucuran melimpahi bumi... ;)

Nina Suria said...

jiddddd *sambung pelok jid lg sampei ijaw*

lepas cerita ni apa lagi arrr..

Jid said...

hehehe.. lepas ni cerita Yazmin dengan kucing dan burung pula.. hehehe...