Tuesday, January 01, 2008

Salam 2008

Selamat menyambut tahun baru 2008 sambil merenung dan mengamalkan perkataan cantik 'ALLAH' . Lagu merdu 'AZAN'. Novel yang menarik 'AL-QURAN' . Senaman yang baik 'Sembahyang'. Diet yang mujarab 'Puasa'. Semoga mendapat pengajaran daripadanya jua.

~HAMIN - 01.01.08 01.46a.m~

Saya menerima SMS ucapan selamat tahun baru dari tengah malam hinggalah ke pagi ini. Di antara SMS yang banyak itu, saya amat tertarik dengan SMS yang diatas itu. SMS di kirim oleh kawan sekantor ku yang telah dua tahun menjadi surirumah sepenuh masa. Memang benar apa yang dikata. Terimakasih jua masih lagi mengingati saya disini dan memberi pesanan yang tembus ke jiwa. Sama-samalah kita ingat meningati, kerna kita manusia... Selalu lupa.






Nota Yagan: Bunga-bunga ini hidup di belakang rumah saya, hidup segan mati tak mahu. Harapan saya, 2008 bunga-bunga ini mahu berkongsi kasih bersama-sama. Bayangkan teratai ungu diatas itu sudah dua tahun di tanam didalam kolam bersama Kiambang Kiapu. Namun dia tetap tidak mahu bermain bersama anak-anak Kiambang Kiapu yang besusun bantal itu. Bila Kiambang saya alihkan baharulah teratai keluar menyerlahkan kecantikkanya yang memukau di waktu pagi. Pelikkan????

2 comments:

Leyla Shuri said...

salam awal muharram nina,
semoga berbahagia sekeluarga.
Bunga ungu itu alamanda biru...unik sebab selalunya almanda warna kuning.

Nina Suria said...

walaikumsalam klela, nina memang suka collect bunga ungu.. yg tu memang banyak tumbuh di sini. warna kuning pun cantik dan ceria. Kunun 2008 ni nak wat taman unggu kat blakang.. tapi tanah kat blakang tu rumput pon susah nak idup.. Kenalah nina beli top soil satu lori agaknya..