Nota Yagan:-
JUMAAT - 29/02/2008
PEMBELI 20 PERTAMA AKAN MENDAPAT SEKOTAK COKLAT MARBLE-OUS DARI SINAH BISC. HANYA DI BOOTH 110 - THE BOOKLINK SOLUTION.
Terimakasih atas sokongan abiskita.

Hobbies: Come and share with me.. your simple things of everyday life; gardening, entertaining, cooking and decorating..
Bila kek dah masak, biarkan kek sejuk sepenuhnya barulah dihiaskan dengan whip cream tadi di atasnya. Ikutlah daya kreatif masing-masing. Yang paling senang kakmOn pusing-pusingkan aja piping bag itu membentuk lukisan bunga anak-anak tadika. Hahaha.. Kemudian letak mashmallow di tengah-tengahnya. Mudah dan meriah kan???
4dozen kek cawan dah siap dan 2 dozen daripadanya dah selamat pun kena angkat... Malam ni kakmOn nak tidur awal, esok kakmOn stori. Faizah! Insya Allah kakmOn akan tempek resepi kek cawan mudah dan meriah itu sebelum subuh. Sekarang dah tak larat lagi dah... Selamat malam.
Dah tempek pun resipinya, Faizah kalau dah melahirkan pasti baby tu pun rajin masak jugak, kan???
Kek cawan ini di tempah oleh regular customer kakmOn. Hingga petang ini saya masih bergelut dengan tepung dan mentega. Ada lagi 60 biji kek cawan yang kakmOn terpaksa siapkan malam ini. Nampak gayanya kakmOn kena ambil kopi kaw-kaw 'Mutiara' itu lagi.
Oh yah hari itu kakmOn stori malam kelambu kelabu. Kalau nak tahu di sebalik tabir, jenguk lah disini. Dan disitu juga ada janji kakmOn menanti; Ganache dan Kek Stroberi yang seksi dan mengiurkan itu *jeling CMG yang lalu depan rumah*. KakmOn alu-alukan pada yang sudi bertandang, silakan lah kesana. Ada sedikit kek cawan juga di situ. KakmOn tak sediakan minuman. Kalau tercekik sendiri tanggung.
Sekarang kakmOn nak beroperasi, ada sesiapa yang ingin membantu???? <~_~>
*1 tin sweet corn cream
*2 cawan air + 2 sudu tepung serbaguna(kacau hingga licin)
*5 ulas bawang putih di cencang
2 sudu besar mentega(*minyak masak pun boleh juga)
1 kiub stok ikan bilis knoor(atau yang sewaktu dengannya)
1 tin kecil isi ketam
*1 sudu teh serbuk lada putih
*1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa(jika suka)
4 biji cendawan butang di cencang
*2 biji telur(pukul sekejap dengan garfu)
1 keping seaweed 4"X2"(di mayang)
1. Tumis bawang putih dengan mentega hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan butang, isi ketam dan sweet corn cream, masak lagi sebentar.
3. Masukkan air dan stok ikan bilis. Biarkan mendidih. Tambahkan garam dan serbuk lada putih secukup rasa.
4. Matikan api kemudian masukkan telur, kacau dengan chop stick perlahan-lahan(circular motion) sehingga telur membentuk cendawan tiger lily.
5. Bila hendak menghidangkan barulah di taburkan dengan seaweed. Sekian selamat mencuba.
Nota Yagan: Bagi dapur yang dah luak di pertengahan bulan ini, anda boleh ambil bahan asas yang bertanda [*] ini. Buat seperti langkah demi langkah di atas. Simple kan..
Murah dan meriah <@_@>
Award kek fondant beriben biru ini pulak datangnya dari Puan Norzailina Nordin penulis prolifik Alaf21 dan juga Chef celebrity tersohor. Anugerah ini adalah penghargaan beliau kepada teman-teman bloggers yang sudi meletakkan url mereka kedalam novel terbaru beliau. Hati semakin melonjak-lonjak nak tahu apa lagi kelainan yang ingin di ketengahkan oleh beliau. Sama-samalah kita nantikan novel terbarunya yang akan di keluarkan di pesta buku ICC Berakas Negara Brunei Darussalam pada 25hb feb - 8hb mac nanti. Ada angin yang menderu membawa berita.. Saya mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi yang ke__ ? (hanya tuan badan aje yang dapat menjawab). KakmOn dah tak tahu, anaknya bersusun bantal. Cewah!
Tengok ni. Tangah Milah buat dengan kreatifnya. Kuih koci biasa di olah menjadi luar biasa. Comel kan dengan cucuk sanggol kak Melah... Ceh!
Kek buah Tangah Jauyah lembab dan sedap. Sekelip mata dah hilang. Masuk tupperware, tapau... Kwang kwang kwang kwang. Memengz, tadi pagi licin hahahaha
Atas meja ini terhidang kuih Mor(Makmor), Puteri Mandi, Kuih Koci, kek cawan, buah jambu dan kek buah itu.
Bahan-bahan untuk steam boat. KakmOn paling suka cendawan itu, sedap...
Cuti CNY dipenuhi dengan aktiviti 'mengayam karan'. Sudah menjadi tradisi famili kakmOn akan membawa hidangan yang menjadi 'trademark' masing-masing. Walaupun tuan rumah sudah menyediakan makanan penuh meja, namun rasa tidak sah bila datang dengan tangan kosong. Diatas itu adalah 1/4 daripada hidangan yang sempat kakmOn snap untuk dikongsikan bersama teman-teman kakmOn di sini.
Memandangkan bang Mat ke luar pantai dua minggu maka harijadi anak dara kakmOn kami sambut 5 hari awal dari tarikh sepatutnya. Maka kakak cuma tumpang sekaki di majlis harijadi mak saudaranya iaitu Tua Shidah(oooops jangan marah nanti kena jual Shidah.. ngeh ngeh ngeh)