Tuesday, February 12, 2008

Corn Soup with Seaweed

Bagi yang mengejar masa tengahari ini, kakmOn sarankan buatlah sup 3minit ini. Mudah dan sedap. Silakan..



*1 tin sweet corn cream
*2 cawan air + 2 sudu tepung serbaguna(kacau hingga licin)
*5 ulas bawang putih di cencang
2 sudu besar mentega(*minyak masak pun boleh juga)
1 kiub stok ikan bilis knoor(atau yang sewaktu dengannya)
1 tin kecil isi ketam
*1 sudu teh serbuk lada putih
*1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa(jika suka)
4 biji cendawan butang di cencang
*2 biji telur(pukul sekejap dengan garfu)
1 keping seaweed 4"X2"(di mayang)

1. Tumis bawang putih dengan mentega hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan butang, isi ketam dan sweet corn cream, masak lagi sebentar.
3. Masukkan air dan stok ikan bilis. Biarkan mendidih. Tambahkan garam dan serbuk lada putih secukup rasa.
4. Matikan api kemudian masukkan telur, kacau dengan chop stick perlahan-lahan(circular motion) sehingga telur membentuk cendawan tiger lily.
5. Bila hendak menghidangkan barulah di taburkan dengan seaweed. Sekian selamat mencuba.

Nota Yagan: Bagi dapur yang dah luak di pertengahan bulan ini, anda boleh ambil bahan asas yang bertanda [*] ini. Buat seperti langkah demi langkah di atas. Simple kan..

Murah dan meriah <@_@>

2 comments:

cikwan said...

salam KakmOn,datang nak bayo bil..mahal la serbis org berunei nih..keje sket jer bil bejele-jele neh..kehkehkehh..dah lamer x merayap kat umah kakmOn nih..x bape sihat la sis,kalo ikutkn, raser x mo masak jer..nnt kang x makan lak..!
p/s~ "itu plate pink karer manyak lawo ler..maner jual punyer.."

Nina Suria said...

amboi amboi amboi cik wan mengata kita pulak.. esok kakmOn nak ketuk balik dinding cik wan tu guna pengetuk bang mat, baru padan muka :p

shhhhhh plate pink tu kakmOn dpt kat kedai limapohsen hikhikhik *muka merona celak 50sen*

(~_~)