Monday, February 25, 2008

Chap Goh Mei



Ee..


Er..


San.. Taraaaaaa


Entri ini sudah lama tersimpan dalam save draft. Aku kehilangan perbendaharaan kata untuk mengenyam. Namun aku tetap ingin berkongsi rasa disini.

Dalam kesibukan ku menyiapkan tempahan CNY, aku hampir-hampir terlupa. Si kecil ku di kehendaki memakai pakaian merah untuk menyambut tahun baru cina di sekolah mereka. Nasib baik abangnya mengingatkan aku sejam sebelum mereka berangkat kesekolah. Lalu buah limau mandarin madu inilah jadi pilihan mudahku untuk di bawa Leyinah ke sekolah. Untuk membekalkannya dengan kek cawan Sinah Bisc memang mustahil. Teruknya aku. Kesian anak ku.

P/S - Sebenarnya aku beli limau ini hanya kerana kotak merah itu. Aku teruja sangat untuk memilikinya sebagai koleksi. Duh!

1 comment:

mamasya said...

Waduh--waduh..ingat amoi mana posing pakai cheongsam merah tadi...rupanya dik Leynah..he..he..cutelah.
k.mOn ada projek ya..semoga k.mOn berjaya siapkan projek yg dirancang..projek cc cik Gayah ke..