Friday, November 30, 2007

Join Us - Cuppies Camp




Cuti sekolah akan bermula Isnin ini. Pasti ada yang pening memikirkan anak-anak berkubang di rumah. Jangan risau. Bersempena cuti hujung tahun ini kami membukakan 'Cuppies Camp' untuk anak-anak abiskita bermain sambil belajar 3M Cuppies(Mengadun, Membakar dan Menghias kek cawan). Camp ini 'teruntuk' kepada anak-anak yang berumur 6-11tahun sahaja, dengan kadar bayaran yang terendah; 1sessi - BND30.00 seorang.

17hb Disember 2007 dan 18hb Disember 2007
Sessi pagi
8:30am - 11.30am
Sessi petang
2:00pm - 5:00pm

1. Blue Bell Cuppies
2. Crazy Chocolate
3. Mashmallow
4. My sweet garden

Mereka akan membawa pulang 8biji kek cawan yang telah siap mereka hias sendiri lengkap dengan resipinya sekali dan ole-ole Sinah Bisc product.

Nota YAGAN:

1 sessi cuma 10orang sahaja. Jika berminat sila hubungi Sinah Bisc +6738778280. Tempahlah dari sekarang sebelum terlambat. Tarikh tutup pendaftaran pada 7hb Disember 2007

P/s - Anak-anak abiskita pasti seronok bermain dengan telur dan mentega, gula-gula, aising dan krim putar yang 'beneren'. Ouch!

Saturday, November 24, 2007

Apa dia COLSET?

Inilah salah satu bahan untuk membuat krim kek gulung di dalam buku resepi 'Bagas Tangan Bu Apsah. Di harap foto ini dapat membantu awda/anda.

Friday, November 23, 2007

Rush Hour






Nota Yagan: Rasakan menangis inda belagu. Kick-off meeting yang indada dalam jadual membuat plan pesta hari jadi Leyinah kelam-kabut. Tengahari dirumah, besilat. Nasib kaka buatkan chocolate muffin awal, tinggal mengandam saja lagi. Kemudian tarus menganyam gaun barbie doll dengan fresh cream. Kurang 20minit siap barbie doll memakai gaun repol-repol. Antam saja lah.. Asal ada rupa princess sudah. Hahahaha.. Lapas atu becaplong membuat sos spagheti. Labok saja sos pasang siap, antah inda ku tau lagi apa rasanya.. Pukul 2patang tarus terabang, keraja... Ampun! adang cia.

Tuesday, November 20, 2007

Puteri lindungan bulan ku


Kaka... r u ready???


Huuuuuuh lama jua...


Ok say cheers..


Pakailah fair n lovely...
Posted by Picasa

somethin' for Leyinah's big day


My lil princess will be celeberating her belated 4th birthday in her kindergarten class tommorow.. Still confusing what to cook. I'm really exhausted.. Dunno what to do.. Gosh..

Thursday, November 15, 2007

Tandahati



Posted by Picasa

Failure??? Dont panic please

My hardened colored chocolate.. Huuuuh what a waste..

My burning chocolate chip cookies.. Pakai ngumban ayam ganya ni..
Troubleshooting

Juz put a lil effort to make failure thingy perfect.. Walaaaah

This burning cookies become more yummylicious then ever

Wednesday, November 14, 2007

Ketam sambal goreng taucu


1 Kg ketam suri
Kisar:
5 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
20 biji lada Thailand hijau/merah
1 sudu makan petis/belacan
3 sendok besar lada kisar
1 sendok besar sos cili
1 sendok besar taucu
2 biji jus limau kapas(limau nipis)
1/2 biji gula melaka(di potong nipis-nipis)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis


PANASKAN kuali.
TUMIS bahan kisar hingga garing.
MASUKKAN sos cili, lada kisar, jus limau nipis, garam, gula melaka dan taucu. Masak lagi sebentar.
MASUKKAN ketam dan tutup kuali, biarkan hingga masak.
HIDANGKAN panas-panas.

NOTA YAGAN: Potong empat ketam itu dan mamar(ketuk) sepitnya kemudian cuci dengan air asam jawa. Bumbu lebih mudah meresap jika kita potong-potongkan ketam tersebut. Asam jawa pulak menghilangkan bau hanyir.

Maaf inda sampat ambil gambar katam siap di masak. Abis kana makan, tinggal pinggan :(

Kenapa Dayang Senandong jadi putih??



Kek Dayang Senandong di dalam Buku Resipi


Soalan 1: Kenapa kek Dayang Senandong saya putih tidak seperti di dalam buku resipi.
Jawaban: Penggunaan jenis bahan adalah salah satu faktor yang utama mengapa kesalahan terjadi. Bahan seperti browning sugar dan coklat urai adalah agen pewarna hitam bagi resipi kek Dayang Senandong.

Nota Yagan: Setelah bersoal-jawab dengan pengguna, saya dapat tahu yang beliau menggunakan gula perang bukannya browning sugar atau dikenali dengan nama browning syrup. Mungkin kesilapan ini terjadi kerana kekeliruan pada nama bahan ini. Selain dari browning sugar ini, anda juga boleh menggantikannya dengan chocolate paste. Rasanya lebih sedap dari penggunaan browning sugar.

Soalan 2: Bila mengukus kek Dayang senandong, tudung periuk kukusan kena tutup atau tidak?
Jawaban: Mengukus apa jua jenis kek, kita perlu menutup tudung periuk kukusan itu dengan ketat. Agar wap kukusan tidak manitik ke dalam kek yang kita kukus itu.

Nota Yagan: Terimakasih kerana sudi berkongsi pengalaman dan masaalah dengan saya.

Saturday, November 10, 2007