Wednesday, November 14, 2007

Ketam sambal goreng taucu


1 Kg ketam suri
Kisar:
5 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
20 biji lada Thailand hijau/merah
1 sudu makan petis/belacan
3 sendok besar lada kisar
1 sendok besar sos cili
1 sendok besar taucu
2 biji jus limau kapas(limau nipis)
1/2 biji gula melaka(di potong nipis-nipis)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis


PANASKAN kuali.
TUMIS bahan kisar hingga garing.
MASUKKAN sos cili, lada kisar, jus limau nipis, garam, gula melaka dan taucu. Masak lagi sebentar.
MASUKKAN ketam dan tutup kuali, biarkan hingga masak.
HIDANGKAN panas-panas.

NOTA YAGAN: Potong empat ketam itu dan mamar(ketuk) sepitnya kemudian cuci dengan air asam jawa. Bumbu lebih mudah meresap jika kita potong-potongkan ketam tersebut. Asam jawa pulak menghilangkan bau hanyir.

Maaf inda sampat ambil gambar katam siap di masak. Abis kana makan, tinggal pinggan :(

2 comments:

mamasya said...

mesti sedap ketam k.mOn masak..hingga tak sempat posing dlm pinggan..
nanti boleh dicuba...

Nina Suria said...

awu nyaman!(masuk bakul angkat seniri), adik makan inda toleh kiri-kanan lagi hahahahaha