Thursday, November 08, 2007

Me N Dinner set





Isteri telan racun tikus
sumber : Harian Metro- 6 Nov 2007

KUANTAN: Seorang suri rumah nekad menelan setengah botol racun tikus dipercayai kecewa kerana suaminya enggan menunaikan permintaannya membelikan set pinggan mangkuk baru, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang di rumah pasangan berkenaan di Jerantut, wanita berusia 22 tahun itu dikatakan meminta suaminya yang bekerja sendiri berusia 30-an membelikan set pinggan mangkuk berjenama di sebuah syarikat jualan langsung.

Bagaimanapun, suami wanita terbabit dikatakan enggan menunaikan permintaannya itu dengan alasan sudah banyak pinggan mangkuk di rumah mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata wanita terbabit dipercayai bertindak demikian selepas kecewa dengan sikap suaminya.
Berikutan itu, katanya, suri rumah terbabit mengambil racun tikus lalu menelannya.

Nota Yagan:

Perempuan dan sesuatu yang cantik memang susah untuk dipisahkan. Apa saja yang dipandang cantik mesti hati jatuh tertawan. Hanya kerana pinggan dan cawan sanggup mengambil nyawa sendiri. Bak kata si Klavu, baik pulang lakinya atu saja diracun... Hahahaha... Mun faham bisai...

Kita tidak semestinya memilih pinggan mangkok yang mahal untuk perlu menunjuk. Pinggan China kadai 50sen pun boleh jadi pinggan Noritake Gadong Mall. Assal rajin meramu dan mengakas rah rejek koner. Kadang-kadang belurih pulang unearth treasure, golek-golek inda orang mengalinga.

Dan kitani di Brunei rasanya bertuah sangat, evolusi barang ciplak yang meledak membuatkan barang-barang rumah boleh didapatkan dengan harga yang paling terendah.. Bayangkan cawan bone China yang 20tahun dulu berharga BND45.00 sebiji, karang ani dapat dibali dengan harga serendah BND8.00 sebiji..

Terimakasih Mamasha mengongsikan cerita isteri gelojoh ini.

3 comments:

Jid said...

Jid suka..jid suka..jid suka.. **ikut nada iklan cat**
citarasa kita sama la kak...suka corak yg scottish dan inggeris...pinkish!!..hehehehe

mamasya said...

Kedai 50 sen tu mmg byk pinggan yg menarikkan , harganya pun murah...sesekali ada jugak ke sana cuci mata.
Kisah isteri minum racun tu mmg tak patut sungguh....dia tak pjg akal memikirkan akibatnya. Pinggan boleh beli,nyawa nak beli kat mana...

Nina Suria said...

a'ah kadai 50sen, bone china nya memang menguja kakmOn.. tp kan tak ade pong cawan limapohsen tu kan?? nama jek kedai 50sen :(

kakmOn suka selongkar barang2 yg kena dump ketepi.. kadang2 akak dpt rare spesis tau! :D