Friday, December 31, 2004

Batal Sambutan Tahun Baru

Sudah 3 tahun Nina tidak menyambut tahun baru. Dan tahun ini pula di Negara Brunei Darussalam, sambutan tahun baru telah di-istiharkan batal dan diganti dengan majlis sembahyang ghaib bagi orang-orang yang mendapat musibah TSUNAMI.

Ingin tahu ceritanya lebih lanjut klik dibawah ini:
Batal acara hiburan 2005!
Sultan Cancels New Year Festivities To Observe Asia’s Mourning

Nina rasa Allah menurunkan sesuatu bala bencana keatas dunia ini hanyalah semata-mata untuk memperingatkan hambanya yang leka dan menunjukan kekuasaannya yang maha besar.

Maha suci Allah yang maha aggung. Dan janji-janinya tentang kiamat pasti akan tiba. Cuma kita tidak tahu bila saatnya.

Semoga kejadian yang melanda kita hari ini akan menjadi iktibar dan titik tolak untuk kita bertaubat akan kekhilafan yang kita lakukan selama ini

Wednesday, December 29, 2004

Suasana yang berbeza

Bila Nina tengok balik gambar dibawah ni.. terasa betapa agungnya nya Tuhan yang menciptakan alam semesta.

Nina tangkap gambar ni dalam pukol 6:00 pagi dari atas anjung belakang rumah Nina. Cahayanya nyata berbeza. Padahal pemandangan ini diambil ditempat dan waktu yang sama.

Di sebelah kanan Nina sang suria mula menerangi alam. Manakala disebelah kiri Nina pulak sang bulan menutup sayu wajahnya bila ternampak sang suria menyinarkan cahayanya yang gemilang.


The moon lite dari sebelah barat dari anjung belakang rumah Nina

Pemandangan sun rise disebelah timur dari anjung belakang rumah Nina

Belalong akhirnya sampai juga Nina....

Tetiba Nina tersedar bila Leynah merengek nak susu. Nina tengok jam dah menunjukan pukol 5:10 pagi. Kedengaran my hubby tengah mandi. Hati Nina mula berbunga riang, ini petanda baik ni.

Selesai kami solat subuh my hubby pun mengarahkan Nina supaya packing segera.Bila saja mendengar his command, Nina terus melompat lah. Senangnya hatitidak terperi(besiah muha tarus). Terus packing apa-apa yang patut. Bila dah siap Nina keluar anjung belakang rumah melihat keadaan cuaca pagi. Ehm..indahnya suasana, jelas kelihatan bulan makin malap cahayanya di sebelah barat rumah Nina, manakala sebelah timur sang suria mula menyinarkan cahayanya.

Pukol 6:15 Nina siap terus turun kebawah, membuat minuman. Anak-anak Nina sudah siap dengan trekking suitnya. Tetiba Lutfan mula merengek nak ikut. Pening kepala Nina memujuk. Makin dipujuk makin kuat tangisnya. Bagus juga hubby maseh diatas, kalau tak hem......

Bila Nina sebut nak hantar dia ke rumah Ryn, dia pun terus berhenti menangis. Eik.. makan umpan pun. Tapi dalam hati Nina, macamana ni nak hantar Lutfan dah lambat sangat. Jam dah menunjukan pukol 6:30 pagi. Dua hari yang lepas Nina mengarahkan diaorang Ryn supaya ada di jetty pukol 7:00 pagi, sedangkan Nina maseh dirumah.

Ada lagi satu masaalah, kalau Lutfan diantar rumah Ryn, macamana dengan baby Leynah ni hah. Pasti dia takut ditinggal dengan pembantu baru yang datang semalam tu. My hubby pun mengarahkan dua-duanya dihantar rumah Ryn sahaja, habis cerita.

Pukol 6:55pagi Nina sampai rumah Ryn, Nina tengok tak ada lagi keretanya di garage, mereka dah pun berlepas ke Jetty.Dalam hati nina pasti burung Ryn berkicau ni. Belum lama kami keluar dari simpang rumahnya, Ryn sms 'jadi kami duduk dalam perau sd '. Nina tersentak, biar betul Ryn ni... malas Nina nak reply SMS Ryn tu.

Nina sampai Jetty pukol 7:10, eik.. tu pun Ryn tengah duduk membelakangi pondok tiket. Hish budak ni kelam kabut orang dibuatnya. Mana lagi resit bayaran tertinggal. Adoi.. adoi.. pening. Nina tanya Ryn mana guide tu... dia mencebik.. Fahamlah Nina. Nina tengok her hubby merungut. Nina cuba bertenang.

Nina tanya tiketing yang bertugas kalau-kalau diaorang tahu agen
travel yang Nina berurusan tu.. Mereka nampak blurrrrr.. Nina mula panik. Alahai macamana ni, nama guide yang dijanjikan tu pun Nina tak tahu. Bila hubby Ryn tengok Nina menggelabah.. dia pun berkata kalau tak jadi mati lah seluruh kampong dah tau... Nina hampir nak ketawa mendengar kecuakannya itu. Hahaha betullah apa yang Ryn cakap, her support system dah loading..... My hubby ditanya, lansung tak nak ikut campur, dia cakap ' U yang set the program, U lah yang settle semua ni..' Aduhai... suami... Nina ingat nak minta simpati... kena sebijik... ehm... suami akak jugak...

Nina cuba telefon agen yang menguruskan Nina, hand phonenya tak dapat tru. Cuba lagi telefon kat rumah, nasib baik dia ade. Nina pun explain masaalah Nina. Alamak rupa-rupanya Nina salah channel.Nina assume schedule yang diberikan adalah tepat, rupanye bergantung kepada keadaan.

The guide yang dijanjikan tu menunggu kat Bangar Jetty. Kalau macam ni sampai esok pun tak sampai Belalong.Nina pun bergegas ke pondok tiket bertanya nama guide yang diberikan agen tadi. Atendant tu terus saja mengarahkan kami supaya cepat masuk boat. Kami mula bertolak dari sungai Brunei pukol 7:40 pagi. Bila dah semua settle dalam boat barulah Nina rasa ringan beban. Alhamdulillah...

Sampai di Bangar dalam pukol 9:05 pagi, Nina terpaksa lagi mencari guide yang bernama Hj Moksin.. Alhamdulillah rupanya dia sudah pun sedia menunggu kumpulan kami.Dia minta kami menunggu sekejap lagi kerana ada beberapa kumpulan lain yang maseh belum sampai termasuk lah pelawat dari Australia. Dalam masa 15-20minit semua expecting guest beliau telahpun berkumpol, kami pun mula bertolak menuju guest house Belalong. Perjalanannya tidak lah jauh sangat lebih kurang 20-30 minit drive.

Pukol 10:05pagi kami pun sampai tempat dituju. Kami di sambut dengan suasana kampung yang hijau, sejuk dan nyaman, dengan kicauan burong-burong... not Ryn's support system lah....

Mata Nina liar meneliti keadaan sekeliling guest house tu. Pokok-pokok yang tinggi dibiarkan tumbuh subur. Dan terdapat pokok paku juga digantung disetiap pokok yang melindungi guest house tersebut. Tumbuh-tumbuhan herba seperti kunyit, serai, pokok kari dan beberapa jenis herba lagi juga ada ditanam. Guest house itu betul-betul penuh dikelilingi dengan tumbuhan hijau, dan membuatkan tempatnya bertambah sejuk dan nyaman.

Kami pun naik keatas dan duduk dianjung rumah. Minuman telah sedia menanti kami. Ada kueh talam kentang, popia dan donat. Kami menikmati minuman sambil menghirup udara yang segar. Pemandangan dari anjung rumah tu pula sangat indah, menghadapi sebatang sungai yang laju arusnya. Sungai tu sebenarnya aliran dari ulu sungai Belalong. Mata Nina maseh lagi liar meneliti setiap inci guest house tersebut.

Di sebelah west wing guest house tu Nina nampak ada dua biji tajau yang Nina suka sangat, diletakkan dimuka pintu bilik. Tajau tu biasanya dulu-dulu di-isi air dan digunakan untuk kita cuci kaki sebelum kita naik kerumah. Ditepi anjungnya dihiasi dengan bunga-bunga gantung, ada setengah pasunya diperbuat dari bahan terbuang. I really love this place.. mendamaikan.

Apabila kami selesai menikmati hidangan, guide tadi pun mulalah memberikan taklimatnya tentang journey kita sepanjang berada di hutan simpan Belalong nanti. Dan kami diarahkan memakai jaket keselamatan sebelum turun ke long boat.

Kami mula naik long boat dalam 10:35 pagi dan terus bergerak menuju ulu sungai Belalong untuk pendaftaran di Jabatan Perhutan Temburong. Di perjalanan menyusur ulu sungai tu kita dapat melihat tumbuhan hijau hidup liar. Arus air sungai terlalu kuat kerana musim ni kan musim tengkujuh. Ada masanya perahu kami hanyut ketepi kerana tak dapat melawan arus yang terlalu kuat. Pemandu boat tersebut terpaksa berhati-hati. Siap dengan seorang kemudi(perempuan muda mungkin awal 20 usianya berbangsa dusun)yang cekap mengemudi boat tersebut.

Permulaan journey kita menyusur ulu sungai Belalong, dari guest house Hj Moksin ke Post kawalan Hutan Simpan Belalong







Guest House bagi kegunaan rombongan dari instutusi kerajaan ataupun swasta yang membuat kerja kajian ataupun mengikuti kursus-kursus motivasi






Kami terpaksa membelah arus yang deras dihadapan untuk mengelakan dari boat kami hanyut ataupun ditimpa kejadian yang tidak diingini berlaku. Anak Nina bersorak riang apabila air sungai masuk menyimbah kedalam perahu. My hubby terus memberi amaran kepada mereka berdua supaya duduk diam.




Nina dapat mendengar dengan jelasnya my hubby bertasbih dan berselawat disepanjang jalan anak sungai tersebut. Nina pun dapat merasa apa yang my hubby rasakan waktu tu. Nina cuba bertenang melihat arus air yang begitu deras sekali. Kekadang ada masanya air sungai itu bergolak berpusing-pusing ditengah-tengah sungai, kecut juga rasa anak perut Nina memikirkannya. Dalam hati Nina berdoa semoga kami selamat sampai kedestinasi yang dituju.




Dalam Nina memikirkan situasi yang merbahaya tu, tetiba Nina tersentak perahu yang kumpulan Ryn naiki terpusing ketepi, hilang kawalan. Subhanallah.. Nina menjerit.. kaki Nina terasa menggeletar, sejuk seluruh badan. My hubby menoleh kebelakang kearah Nina.. dan memberi isyarat supaya bertenang. Kami terus sahaja berselawat dan bertasbih tidak henti-henti(pandai tungkal, ijau biru muha).




Nina terus memerhatikan boat kumpulan yang Ryn naiki. Nampak dari jauh guide kami sibuk mengarahkan itu-ini kepada pemandunya dan juga pemgemudi boat tersebut. alhamdulillah mereka dapat meneruskan semula perjalan mereka.




Bila tiba satu tempat yang tenang, Nina nampak ada beberapa perahu sedang memancing ikan. Ada yang tengah mandi-manda. Sungguh mengasyikan pemandangannya.Hilang sekejap rasa gerun tadi.


Husband n wife were fishing



Pemandangan yang kita laluli disepanjang sungai ulu Belalaong


Dalam masa 20 minit kami pun sampai ke post kawalan Hutan Simpan Belalong untuk pendaftaran. Kami semua terpaksa naik keatas untuk melapor diri. Dalam 10 minit pendaftaran kami digesa beredar oleh guide kami supaya cepat bergerak, kerana ada lagi rombongan penghulu-penghulu dan pegawai Daerah Temburong sedang menuju ketempat yang sama. Kalau kami berjaya memintas mereka, jadual yang ditetapkan untuk kami akan berjalan lancar. Kerana di Canopy hieght tower hanya dibenarkan dua orang sahaja berjalan diatas jambatan gantong tersebut dalam satu masa. Bermakna kalau rombongan Pegawai Daerah itu berjalan dulu, kami akan terlewat dalam 40-50minit dibelakang.



Regestration post




Register dulu di Jabatan Perhutanan Temburong sebelum pergi ke canopy hieght



Kami menaiki boat balik untuk menuju canopy hieght yang mengambil masa 20minit lagi. Dan gambar dibawah ini diantara pemandangan yang dapat kami lihat disepanjang ulu sungai Belalong. Tetapi ada yang menyedihkan melihat beberapa buah bangunan yang terbiar rosak.




Salah sebuah pejabat perhutanan Belalong

Sampai disana ada beberapa orang pegawai Jabatan Perhutanan menyambut kami. Dua orang dari mereka membawa kami naik keatas. Dia pun menerangkan ada 1,226 anak tangga yang harus kami daki. My hubby dan Lutfi memulakan pendakian anak tangga yang basah dan licin itu. Apa bila Nina mendongak keatas Ya Allah... tangganya terlalu curam, dan jarak anak tangga tersebut terlalu rapat(menuggal macam bukit Tasek Lama, yang tempat orang selalu kitani liat terkandas).



Permulaan pendakian anak-anak tangga yang berjumlah 1,226 anak tangga semuannya,
lebih kurang dalam 700meter tinggi dari ground level.

My hubby yang memulakan pendakian anak-anak tangga. Bismillahirahmanirahim


Nina mendaki tangga selangkah-selangkah, takut nanti tergelincir. Kalau jatuh mesti macam nangka busuk tergolek.. Nina sempat terfikir.. Nauzubillah... Bila sampai ke anak tangga ke160 Nina terasa makin berat rasa kaki Nina untuk melangkah. Aduhai... Nina cuba teruskan lagi.


Ya Allah biar betul... mampus Nina. Anak Nina sedang menunggu memerhati kan Nina naik. Adoi beratnya....

Sampai anak tangga yang ke 217 adoi tak terlarat lagi rasanya. Nina toleh kebelakang, Nina lihat tunang adek Nina dan Ryn maseh lagi meneruskan perjuangan mendaki anak tangga yang curam. Ryn yang dah awal-awal bersiap siaga buat rehersal naik bukit Tasek Lama pun dah pancit apalagi Nina yang hanya guna mop dan penyapu ni.. dalam hati Nina berkata.. adoi kesiannya kami. My hubby, Ryn's hubby, adek Nina Sham, Lutfi dan Liyana dah jauh meninggalkan kami. Sempat pengawas perhutanan tu bergurau, 'plahaaan sampai tu karang, inda jauh lagi ni...' Hah tak jauh dia kata, separuh jalan pun belum sampai. Nina duduk kat anak tangga, tunggu Ryn sampai keatas. Bila terasa penat hilang kami pun meneruskan balik mendaki anak-anak tangga tu.




Ryn tengah strugling kat belakang sekali untuk naik keatas, sian dia.. Didepan
tu yang memakai uniform adalah guide Jabatan Perhutanan, yang bertugas membantu
rombongan kami. Terima kasih kerana sabar menunggu kami yang lidut... hehehe

Bila sampai ke anak tangga 661, ketinggian dalam 381 meter dari paras tanah, Nina pun dah tak larat nak meneruskan pendakian tu. Give up semacam. Nina merungut-rungut dalam hati, apalah punya hubby tinggalkan kita orang kat bawah ni. Dia yang pada awalnya kurang sehat, dia pulak yang didepan. Kita yang sehat walafiat ni pulak macam nak mampus mengejar mereka.



381M from the ground level

Mana lagi Nina hendak buang air kecil, aduhai... macamana ni. Ryn suruh Nina bantai aje kat bawah tangga tu. Adoi kalau orang nampak Nina naye.... Nina dan Ryn berkira-kira macamana nak teruskan pendakian yang mencabar mental dan fizikal ni.. Ryn cakap gasak lah kita naik terus.. Nina cuba menahan dari terkencing(sakit ari-ari ku) dalam hati berdoa mudah-mudahan ada tempat untuk melepaskan. Dalam Nina dan Ryn berbincang mengenai fasiliti tandas awam yang tidak terdapat dikawasan ni.. tetiba kami ternampak sebuah pondok, kami kira ofis rupanya inilah tempat membuang hajat. Alhamdulillah... lepas beban. Tak terbayang kalau Nina ikut cakap Ryn tadi... malu nye aku.......


Kami terus lagi mendaki, ada beberapa papan tanda kami temui yang memberi infomasi entang flora dan fiona yang menghuni canopy hieght ini. Nina hanya sempat mengambil beberapa mengambar sahaja, kerana camera Nina lo bat. Nina tak sempat caj semalam. Manal lah Nina sangka Nina jadi pergi pagi tu. Kan malam tu my hubby betul-betul demam, kalau tak Nina hanya dengar je... hikayat puteri Gunung Ledang Ryn.


Noticed board - Lichen

Bila kami sampai keanak tangga yang ke 1,226 dalam ketinggian lebih kurang 690meter tinggi dari paras bumi,hah macam tak percaya je.. Kami dah sampai naik keatas... Yeszerrrrrrrrrrr




Atlast sampai 1,226 steps

Hanya tinggal satu saja lagi tugas kita, menaiki tower yang mencapai 75 meter tinggi dan 450meter tinggi dari ground level. Bererti kalau dicampur dengan 690meter ketinggian anak tangga yang kami daki tadi maka semuanya berjumlah 1,14o meter lah tempat kami akan berdiri nanti. Woww...

Menaiki Tower tu memanglah sukar sikit. Ruang tangga nya yang sempit hanya muat-muat seorang sahaja, tower tu akan bergoyang-goyang bila kami naiki. Ryn yang mulakan dulu naik keatas tower dan Nina mengikuti nya dibelakang.

Kumpulan Penghulu dan Pegawai Daerah Temburong sedang menyeberangi jambatan gantong di Canopy Hieght

Aduhai... bila Nina tunduk kebawah... minta nyawa... minta nyawa... Nina terasa gayat sesangat... Nina terus mendongak keatas tidak mahu melihat kebawah lagi, takut pengsan. Satu demi satu anak tangga kami naiki.

Bila sudah sampai ke jambatan pertama, Nina toleh kebelakang, rombongan penghulu 5 orang sudah sedia membuntuti Nina. Tetiba Ryn menjerit.. 'hoi dua orang saja yang boleh menyebarang jambatan lah' rupa-rupanya Ryn terasa gayat, apalagi terasa goncangan jambatan yang kuat dari arah Nina. Ryn ingat Nina yang goncang jambatan tu untuk menakutkan dia, rupanya bila ditolehnya kebelakang, kumpulan penghulu yang punya kerja.
Hem.... kalau jatuh habis... luluh (cabulnya mulut aku) .

Bila Nina melintasi jambatan ketiga yang terakhir kedengaran satu benda jatuh, ting-tong-ting-tong bunyinya bergema keudara. Ya Allah apa benda tu hah.. Nina terkejut dan terhenti seketika melangkah. Rupa-rupanya camera salah seorang rombongan pelawat dari Australia telah terjatuh. Habislah berkecai camera diginya. You just imagine 450meter tinggi... ehmm..

Bila sudah selesai menyeberangi 3 buah jambatan gantong tu tibalah masa nya untuk kami naik lagi ke satu tingkat iaitu puncak tower canopy hieght tersebut. Ryn tak sanggup lagi naik ketingkat atas tersebut kerana gayat yang amat sangat, dia hanya menunggu Nina dibawah.

Nina sedang diatas pucak Tower Canopy Hieght

Bila Nina menjejakan kaki ke pelantar atas tower tu... aduhai .... sungguh indah pemandangan melihat pokok-pokok canopy dari atas puncak. Terasa plantarnya bergerak-gerak ditiup angin. Walaupun kaki Nina terasa sejuk, gerun semacam tapi Nina lawan jugak persaan itu. Seumur hidup menikmati pemandangan yang menakjubkan mata memandang.


Dalam masa 5-10minit diatas puncak tower tu Nina pun turun kebawah. Mendaki turun anak-anak tangga tower tu adalah yang paling sukar Nina rasakan. It was beter we climbing up rather than climbing down.




View from the Tower
Akhirnya kami selamat turun dari tower. Memandangkan masa yang begitu singkat, kami bergegas beredar dari canopy hieght dan bergerak menuju ke air terjun pulak. terpaksa menaiki boat lagi dan mengharungi arus yang makin kuat dari yang sebelum kami datang.


Kami sampai ketempat air terjun dalam 12:30 tengah hari. Guide kami pun menerangkan yang kami harus berjalan kakilagi dalam masa 20minit perjalanan untuk ke tempat yang dihajati. Dalam dia memberi taklimat ringkasnya, dia terpandang kaki Ryn yang nampak menggeletar 'eh... napa batisnya kajar-kajar atu'. Kami pun ketawa.. au kaja-kaja kambing banar tangahnya.. Ku fikir hilang sudah tadi masa arah canopy hieght atu.



Terpaksa melalui anak sungai yang berbatu

Kami pun bergerak melalui anak sungai yang berbatu-batu. Airnya sejuk sekali rasa nak duduk sekejap dalam air tu. Burung-burung kedengaran berkicau menyambut ketibaan kami. Kupu-kupu berwarna warni juga melambai kami. Tapi anak-anak ikan, udang yang dulu Nina suka tu tak menampakan diri. Suasananya sungguh aman, hanya bunyi deruan air mengalir dan burung-burung yang berkicau riang mengiringi perjalanan kami.

Air terjun mengalir dicelah batu-batu

My hubby menegur Nina kerana tak memakai kasut. Sebenarnya Nina suka nak bermain dengan air tu.. bila dah hubby buat renungan semacam tu terpaksa lah akur, Nina pakai balik kasut.

Ryn jauh dibelakang..tidak lagi kelihatan, entah apa yang dihayatinya. My hubby, Sham, Tina, Lutfi, Liyana dan Nina sampai dulu kesebuah kolam kecil.. adoi... Nina terus sahaja membenamkan badan kedalam kolam.. eeeei sronok nya... My hubby hanya memerhatikan kami mandi disitu.


Dipertengahan jalan menuju ke air terjun. Sempat lagi kami mandi sementara menunggu Ryn yang jauh ketinggalan dibelakang.. Rupanya dia terjatuh opppps sian nye die..

Kami teruskan lagi perjalan kedalam hutan tu.. mengikut aliran sungai. 10 minit perjalanan dari kolam kecil tadi nampaklah dari jauh air terjun yang dicari. Tapi seingat Nina ada lagi sebuah air terjun yang cantik daripada yang kami temui ini. Nina pun sibuk bertanya kepada guide tadi. Memang sah ada beberapa lagi air terjun disebelah hujung sana. Oleh kerana masa yang terhad kami hanya dibawa sampai kesitu sahaja. Tak ape lah..

Air terjun di Sg Ampan ini mempunyai lebih dari empat lapisan. Ini adalah salah satu daripada lapisan-lapisan tersebut. Gambar ini diambil dari Brunei tourism web site.

Bila saje semua dah berkumpol maka riuh-gamat lah suasana. Lupa seketika pantang larang yang dijaga sejak awal tadi. Kami naik atas batu dimana terpancutnya air terjun yang kuat mencurah.Terasa badan seperti dipijit-pijit, nyaman semacam... It seems we were sitting on the body massage chair. Adek Nina dan hubby Ryn main gelongsor kat permukaan batu tu, seperti mengelongsor air di Sunway Lagoon layaknya. We really have fun. Hilang rasa penat lelah mendaki canopy hieght tadi.

Air terjun nya yang nyaman sejuk. Bila Nina duduk terasa badan dipijit seperti duduk diatas massage chair.


Masa 40minit yang diberi tak terasa, semacam baru je melabuhkan punggung kat sana. Hish betul lah tak puas. Nina pun bergurau dekat guide kite tu 'boleh tinggalkan kami sini kah esok baru kita ambil' ketawa dia mendengar ketidakpuasan Nina berendam kat air terjun tu. Betul-betul menghayalkan... kesian Ryn tak join mandi sama dengan kita... daia hanya jadi pemerhati...(au pakal ganya salah hari bulan, kalau inda ia punya wasai atu kali... hahaha)

Air Terjun yang melambai Nina untuk datang kembali menjenguknya....


Kami pun bergerak balik menuju ke post kawalan Hutan Simpan Belalong untuk menikmati hidangan makan tengah hari yang bukan lagi tengah hari dah masuk pukol 2petang. Makanan tengah hari tu ayam kari, daging ginger dan mixed vege. Penyuci mulutnya buah tembikai yang sangat manis. Habis kami kebas tembikainya... hehehe

Siap makan kami pun balik menuju guest house, arus sungai makin bertambah kuat. Perjalanan yang memakan masa 40-50 menjadi terlalu cepat hanya memakan masa dalam 25 minit sahaja. Terpaksa melalui mengikut alunan arus pulak. Kemudi boat hanya mengawal imbangan boat yang kami naiki, begitu pantas dan cekap sekali mereka mengendalikan boat yang hanyut di bawa arus. Sekali lagi perahu kumpulan Ryn terpusing di bawa arus.

Sampai kerumah guest house kami berkira-kira nak mandi sungai lagi. Tak puas rasanya mandi kat tasek tadi tu. Hanya Ryn, Liyana dan my hubby je tak ikut mandi kat sungai depan guest house tu. Hish seronok... rasanya tak nak balik lah. 30 minit kami mandi kat sungai tu, kami pun naik keatas. Hidangan minum petang dah menanti kami' iaitu roti bun kacang hitam dan kek butter. Ryn mengeluarkan bekalan nya; shortbread biscuit, manakala Nina mengeluarkan kacang, pringle crackers, samboi dan roti kering.

Siap semua bersalin pakaian, kami pun bertolak balik ke Bangar meninggalkan seribu kenangan. Kami berjanji nak datang balik ke guest house Hj Moksin satu hari nanti. Terima kaseh kerana sabar melayan kerenah macam-macam kami.

Catatan:

Guest house itu kepunyaan Hj Moksin Tahir sendiri, selaku guide kami sepanjang lawatan kami di Belalong. Orang nya baik dan peramah tapi tegas dalam membuat keputusan. A very good time keeper hehehe.. bekas tentera AMDB kot.. so biasalah dengan disiplin.

Berbaloi dengan saham yang kami laborkan. Kalau nak sef bajet lagi, silalah hubungi terus Tuan Tanah.

Kepada Ahada memang seronok mandi air terjun dan main air kat anak sungai tu. Vixen/CT marilah datang kat belalong, try trekking kat our tropical rain forest diantara yang tercantik di dunia.

Kalau nak tengok lebih banyak gambar di air terjun Sg Ampan klik ke rumah Dang Ayang

Liyana over excited dalam long boat terus ditegur babahnya..

Tuesday, December 28, 2004


Air Terjun yang melambai Nina untuk datang kembali menjenguknya....

Permulaan pendakian anak-anak tangga yang berjumlah 1,226 anak tangga semuannya, lebih kurang dalam 700meter tinggi dari ground level.

Kawasan ini didapati banyak pecat, tapi Nina tak jumpa barang se-ekor pun. Lupa mencatat anak tangga keberapa kawasan pecat ini, Nina agak dalam 850-1000 anak tangga kot.

Ahirnya sampai juga kami mendaki hingga ke anak tangga 1226. Selepas ini kami akan menaiki puncak menara jambatan gantung Belaong


Aliran air terjun dari celah batu.

Kami berhenti ditengah jalan menuju ke air terjun.

Sunday, December 26, 2004

My hubby punya hal lagi

Tetiba my hubby tidak jadi nak ikut trip kite ke Belalong. Nina tersentap seketika mendengar ucapannya; 'bawa tia kanak-kanak saja esok, inda ku ikut inda nyaman rasa badan ku , sasak nafas ku ampus'. Alamak apa pulak ni.. orang dah planned dia tak jadi pulak. Macamana nak cakap sama Ryn ni hah.

Sebenarnya my hubby kena demam selsema selepas buat spring cleaning 2-3 hari yang lepas. Dia ni alergi habuk, pantang kalau ketemu best friend dia ni, habislah.. Seharian dia beresin tak henti-henti. Resdungnya kambuh balik, dia rasa sebu dan susah nak bernafas. Nina suruh pergi hospital dia tak hendak. Dia hanya makan ubat yang ada dirumah. Berkali-kali Nina surah jumpa doktor, dia berkeras jugak. Kalau dia sakit macamana ni nak ke Belalong. Nina dah bertambah risau.

Nina cari ubat actifed co linctus dan ventolin bekas ubat Lutfan yang diberi doktor minggu lepas. Baik juga maseh ada bersisa. Sebelum dia masuk tidur tadi Nina berikan kepadanya. Mudah-mudahan dia akan beransur sehat esok pagi.. Kalau tak hancur lah harapan Nina.. Terpaksalah Nina tak ikut sama ni esok. Tak kan Nina nak tinggalkan dia yang tengah sakit. Ya Allah sembuhkanlah dia..

Let be gone be by gone

Kelmarin Nina buat spring cleaning. Cek semua stok dalam cabinet dapor. Sambil itu dapat lah juga tengok-tengok ape benda yang tersorok kat dapor tu. Selepas tu mengubah susun atur ruang tamu. Kemudin terus lagi ke bilik tidur tamu. Habis semua susun atur bilik tu Nina rombak balik..

Manalah tau kan… macam 2 hari yang lepas sedang my hubby membaiki built-in oven Nina, tiba-tiba saje my hubby memekik ‘ ….apasal baju kurung sutera ni tersorok kat bawah dapor ni...’ Nina terkejut, dalam hati Nina berkata baju apa pulak ni. Bila Nina tengok… ya Allah mungkin baju ni lah yang Ryn cari bagai nak rak. Nina pun telefon Ryn bertanya detail baju kurung yang di cari nya tu. Memang sah lah baju tu… Sebenarnya baju tu Ryn yang buat untuk arwah mak. Arwah mak hanya sempat memakai sekali je.. semasa arwah mak menerima rawatan radio-theraphy di KL bulan Jun lalu. Selepas datang ke Brunei baju tu hilang ghaib… Itulah sebabnya Ryn betul-betul tak puas hati kemana hilangnya baju tu.. memang ade sentimental value kot..

Nina pun malas lah nak fikir-fikir lagi.. barang yang dah lepas tu biar lah lepas. Nina dah halalkan apa-apa yang hamba Allah seorang tu ambil atau terambil. Nanti susah Nina carik dia bila disana nanti. Semoga Allah akan memberi kesedaran kepadanya diatas perbuatannya itu.

Mungkin juga ada hikmah disebalik semua kejadian tersebut. Biar lah.. let be gone.. be by gone..

Thursday, December 23, 2004

cRuisinG witH C240

Aaaaaaaaaaah forget all that stuffff, really donwanna think.... sakit saja jiwa ku. Ape bendalah awak betoi-betoi sakit hati kat hang ni hah... jiran sebelah.. aku tak kacau awak pun...

Tak pe lah jiran sebelah.. hari ni hari engkau.. esok pulak hari aku.. damn you.. uhuk.. uhuk..

Huuuuuh forget it... come onnn Nina..... cheer up...

Baik aku story fasal journey aku kat K.B ....... Its been a century I haven't take a very long distance drive. And last sunday morning, it was a sunny day, I drove C240 to K.B around 9.20am with my four children; Leynah sit comfortably on the car-seat at the back attended by Lutfi n Liyana, while Lutfan was sitting at the front seat with sleepy head(after taken his asthma medicine). The traffic was not heavy dapat di itung dangan jari, lucky me.. I think this was becoz orang maseh beulit diselimut.. sapa jua kan bejalan musim cuaca nyaman camani ani, ganya aku terpaksa dan dipaksa.. bejalan ke ujung sapuh ani. But its ok.. lama sudah ku beparap dirumah.. baik tah meliat luar jendela.. melurus-luruskan pengaliran darah ku yang inda berapa pumpping v.well.. sambil atu dapat jua ku put aside that sickyyy stuffyyy.. I badly needed air to breath... tarik nafas.... aaaaaaaaaaaaah

I really enjoy viewing the surroundings while listening to my fav song from ella.. even my children seems to tolerate wif me.. not fuzzy.. just sitting nicely enjoy viewing scenery n listening to cd.. jarang diaorang buat macam ni.. biasa riuh rendah.. alhamdulillah tenang je aku driving.. dengar musik dan lirik ella yang catchy tu aku pun ikut menyanyi... pagi yang indah ini.. tersenyum sendiri.. ciap miap burung.. di luar jendela.. seakan memanggil nama mu.. walau di mana pun dikau berada.. berjalan diatas bumi yang tua.. akan ku turut serta.. bagaikan udara.. aku tak pandai mengarang puisi.. tidak ku pandai bermadah berseni.. satu kalimah yang ku seikhlas tahu.. Ooooh I really luv this song..

While I sing along, I didnt even realize that I accelerated C240 to over 150km p.h oops... I felt so comfortable really comfortable.. nya orang beggagar pun inda bah.. dilasing sampai 160km p.h smooth like flying on d air... haha. Ooopss did I say that out too loud... Oooh this machine really works wonderful no wonder my hubby fallin n luv.. Gara-gara nyetir C240.. Sampai lupa berapa ganya $$$$$$$ yang tinggal dalam kaban bawah katil kami hehe. Au tangahnya patut pun jua inda ia menoleh Borneo okid ku di Soon Lee sariatu... Ukannya susu Leynah.. hehehe C240 blinded his eyes... I lap U C240 ...ulat jawa rasa coklat...

Au sudah tedapat kereta mewah ani huk..huk..huk.. kesadakan ku... mintak air.. mintak air.. kesian kereta ku yang dua buah atu; Limousine n BMW (my hubby's friends always teasing him.. besi buruk..) Tak pe lah besi buruk pun dah sampai naik kat gunung Kinabalu.. Walaupun tebatuk-batuk basi buruk ku tu pergi ke negara bawah bayu, tapi akhirnya sampai jugak landing kat kaki gunung Kinabalu.. really a big challenge... betul tak JEBAT??

I sebut perkataan MEWAH ni actually ada cerita disebaliknya.. It was my anak's phrase when they were in primary one(memang pun kalau dah sekolah di sekolah Cina kan, bahasa melayu mereka pun lebih grand dari kite-kite). They always used to say mewah when they refer to something yang grand n luxurious.. rumah ke.. kereta ke.. food ke.. anything.. yang nampak dimata diaorang the very different one hehehe. That is the story..

Ok back to C240 story.. Before we drove home my sis Ryma picked her preciuos tajau that she promised me to give long before(a 3feet tall vase - dapat masukan Leynah dalam atu) and she tried put it into the back of C240. The tajau was really look bulky but surprisingly it fit into C240 back compartment together wif my travelling bag n Leynah's MC box. You just imagine how big the C240 compartment was.... n there was some more room to fill in. And my sis Ryma put another two vasses of flower which were about 18inches in hieght... ooooh tak terfikir pun that C240 was so spaciuos... Au kalau dapat masuk katil lagi baik hahaha... After packed everything inside.. we start drove home around 4pm. and reached home before 5pm.

I cant even believed that I managed to get home that fast.. Haaaaah it must be bcoz of the completed project of the hi-way's access road.. ehmmm.. not becoz I drove C240 flying without wings ahahaha..

Macam nyanyat ku lagi kan turun ke K.B cruising wif C240.... seronok ayahnda... ehm seronok....

Ok lah bro jan tah watir balik ani ku melangsaikan... hahaha.. Nak cari kayu.. nak cari kayu...

Wednesday, December 22, 2004

cANT GET iT oUt Of mY HeAd...

I havent updating my blog since last sunday.

Until yesterday... before I go back home, I logged in to my blog, open my saved entry dated 18th dec, touched up here n there n posted it. Nya orang bangas sudah...

Actually there were alot of things that I want to write here; about my maid's neighbour asking for a shelter.. my beloved son Lutfan attacked by asthma.. the doc given me a wrong perscription.. my eldest son getting mad.. and added with my problem cant get a new maid.

I really dont have an effort to write.... All these stuff really make me sick... cANT GET iT oUt Of mY HeAd...

Huuuuuh....... I badly needed to have a nice place to escape.. a cottage perhaps, full with blooming scented roses or wisteria...????

Ehmmm enchanted garden.......???????

Aaaaaaaaaaaaaah minta nyawa.... Abdul Wahuuuuuuuuuuuuuuub....

Saturday, December 18, 2004

MAMBANG TANAH.. MAMBANG AIR..

'Tekanang ku masa ku damit, kaka ku dan amit ku kana uyung dangan batang kayu oleh tangah yang memang kebilangan garang. Sebabnya durang ani dan beberapa orang anak dara sunti lain mandi di sungai belakang kampong kami.

http://rosapasedena.blogdrive.com

Takaduhung sudah my beloved sis Ryn sudah story fasal zaman kami dulu-dulu yang suka meramu sungai belakang kampong atu.. ingin tah ku berkongsi pengalaman kanak-kanak ku masa zaman pertengahan 70an(perambahan kami jaman kuratu), masa tu damit ku lakat dalam umur 8-9 tahun mangkali.

Kalau dikanang-kanang zaman kanak-kanak dulu atu bagi kan ketawa lakak-lakak..

Dulu-dulu Nina ni suka main dengan anak-anak jiran sekampong. Mostly jiran-jiran kite ni semuanya ada tali persaudaraan. Kita berkawan tu tak kira lelaki ke perempuan ke, semua sama-sama bermain. So kalau kite nampak ada orang main kat bawah, mulalah kaki ni gatal nak join. Tak kiralah main guli ke, main tapuk ke, main pondok-pondok ke, main tambi ke, main belon ke, semua Nina nak ikut main. Tapi kite yang kecik-kecik ni selalu kena buli.. oleh kawan-kawan kite yang jauh lebih tua dari umur kite.

Depan rumah nenek Nina ada sebuah bukit. Bukit tu terputus menjadi dua bahagian, timur dan barat. Tempat yang terputus tu lah tempat kita merentas jalan pergi ke sekolah. In-between bukit tu pulak ada sebuah rumah, kepunyaan nenek saudara Nina(Ni Bungsu Usin). Lokasi rumahnya tu betul-betul dibawah kaki bukit. Dan di tepi rumahnya tu pulak ada sebuak lopak besar. Tak tau lah Nina sama ada lopak tu semula-jadi atau man-made. Tapi yang Nina pasti masa Nina kecik tu.. lopak tu memang dah ade. Bila musim hujan kolam tu akan penuh dengan air, betul-betul seperti sebuah tasek. Kalau dilihat dari zahirnya, rumah nenek saudara Nina tu memang lah haunted dengan surroundingnya yang semak dengan pokok-pokok yang tumbuh liar; ada pokok paku, pokok periuk kera dan buah kemunting. Kalau malam berjalan pun terasa seram, meremang bulu tengkok. Nina maseh ingat lagi waktu dulu dibulan ramadhan, balik saja dari betedarus tengah-tengah malam dikampong Nina, tak mau rasanya menoleh kat rumah nenek saudara Nina tu.. seram semacam. Ditambah lagi dengan dongeng mak saudara kite yang tempat tu memang berpuaka.. tempat batu belah batu bertangkup.. alahai.. sejuk seluruh badan... takut.

Dan lopak ditepi rumah nenek saudara Nina tu lah tempat kita bermain, mandi-manda apabila musim tengkujuh, bila dah seronak mandi-manda tu lupa dongeng puaka batu belah batu bertangkup..

Pernah sekali tu sedang kami asyik mandi-manda dekat lopak tu, tiba-tiba je datang bapa saudara Nina yang garang dengan membawa sebatang kayu panjang... Masa tu kan Nina dengan mak saudara Nina dan anak-anak jiran sebelah seronok sangat bermain hingga tak sedar kehadiran bapa saudara kite.. bila bapa saudara Nina bertempik barulah kita tersedar yang dia sudah pun berdiri ditepi lopak tu.. apalagi habis semua bertempiaran lari dikejarnya. Kakak Nina yang tua tu sempat ditangkap nya lalu dipukol di punggung. Nina dan mak saudara Nina yang sebaya dengan kakak Nina tu sempat lari.. terus bersembunyi balik kerumah... hahaha.

Ada sekali tu Nina tak dapat lari lagi dari bapa saudara Nina yang garang tu. Kejadian tu Nina dah besar sikit dalam usia 11 tahun kot. Nina, adek Nina Ryma dan kangkawan lain seronok berkayuh disungai belakang kampung. Kita guna sampan orang kampung. Nina dan Ryma pakai sampan nenek manakala yang lain-lain tu pakai sampan yang ada dekat-dekat situ. Kita sibuk cari buah nipah dan buah pidada.

Tetiba bila kita sampai kat tebing sungai, sudah tercegat bapa saudara Nina menunggu kita dengan sebatang kayu. Nina tengok mukanya merah semacam, macam Jin nak telan kita orang lagaknya, cukup dengan gayanya bercekak pinggang lagi. Adoi kaki Nina terus saja menggeletar, Nina tak perasan pun yang Nina dah terjun ke sungai, padahal waktu tu Nina tak pandai berenang. Nasib baik air sungai tidak pasang kalau tidak entah lah.. tekapar-kapar Nina naik ke tebing. Ryma dan kawan-kawan yang lain pulak terus berkayuh kat seberang melarikan diri. Jadi habislah Nina tertangkap jadi habuan bapak saudara Nina yang cukup garang tu. Adoi... Nina menangis diheret balik kerumah, mak Nina pun tak tolong. Dipandangnya sebelah mata je.. Ryma pulak entah hilang kemana waktu tu..

Ada lagi satu peristiwa kat sungai juga, tapi kejadian tu diulu sungai Batu Apoi(Temburong) dekat rumah nenek saudara Nina juga. Masa tu Nina dan tiga mak saudara Nina(Buing, Mit Biat n Buajah Mastura) dipelawa makan buah dirumah saudara di hulu kampung, pada masa tu kebetulan musim buah durian. Puaslah kita disajikan dengan buah-buahan, tuan rumah pun ada sediakan cucur durian kuning juga(lakat lagi diliur ku tabal lagi isinya, kalau dianggus tanggalam gigi).

Bila sudah petang kita pun nak balik, tapi mak saudara kita yang memang asal kampong tu tak mau balik, dia nak kutip durian dulu. Dia suruh mak saudara Nina yang dua orang tu bawak sampannya. Kami bertiga ni pun naiklah sampan ni. Jadi Nina cukup gembiralah bila disuruh bersampan, pucok di cita ulam mandatang. Mak saudara Nina pun suka juga..

Panjang sampan tu lebih kurang 10 kaki, tapi pengayuh sampan ni hanya ada 2 batang. So mak saudara Nina lah mengambil pengayuh tersebut, dan Nina hanya jadi passenger. Kami bertiga pun duduk ditengah-tengah perahu. ... Mereka pun mulalah berkayuh, tetapi perahu ni tidak mahu maju kedepan malahan perahu tu berpusing-pusing pulak.. 'Eh napa tia perahu pusing-pusing ani...' kata Mit Biah.

Bila melihat perahu yang hanya berpusing-pusing tu.. Buing pun menjadi takut terus menangis.. panik. Tapi yang lucunya, Nina gelak pulak, ketawa je.. seronok melihat perahu yang berpusing-pusing tu.. memang betulah Nina ni Mambang Air.

Jarak rumah-rumah diBatu Apoi pada waktu tu amat jauh diantara satu sama lain. So susahlah nak minta pertolongan. Tunggu punya tunggu adalah satu hamba Allah datang menolong kita, itu pun kerana mendengar suara Buing menangis ketakutan. Kalau tidah entah sampai malam pun belum sampai kerumah... hahaha...

Entahlah Nina pun tak tahu kenapa Nina suka sangat dengan air ni, pantang nampak air.. air sungai ke, air lopak ke, mesti Nina redah. Memanglah Nina ni Mambang air kot. Zodiak pun lambang air jugak kan..kan..kan..kan..

Bila Nina imbau kembali kisah Nina suka kat air ni.. teringat pulak anak Nina dan anak Ryn mandi kat lopak depan rumah Ryn.. hari tu.. Memang Allah tu maha adil.. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasik.... hehehe.


Catatan :

Siapa-siapa yang berkenaan dalam story ni harap maaf lah ye.. jangan marah. Saje nak mengimbau kembali peristiwa silam.. The Good Old Days..

Entry ni lama tergantung tak sempat Nina nak post pada waktunya. Kerana banyak kerja yang Nina nak selesaikan, ditambah lagi dengan memangku tugas pembantu hehe.. Bila lah agaknya Nina dapat pembantu baru ni..



Thursday, December 16, 2004

High-tech Garden Centre in Rimba

I baru je baca paper published by BB today.. headline nya saja dah buat hati Nina bernyanyi riang....


[Gambar ni hanya sekadar hiasan Nina]

High-tech Garden Centre to sprout in Rimba .....The nearly seven hectares of land located in the Garden Centre at Rimba, Gadong is to be developed into a high technology garden centre....

Interested more please click http://http://www.brunei-online.com/bb/thu/dec16h15.htm

Eh seronoknya... dekat kawasan rumah Nina lah.. Senang lah nanti Nina menyuci mata dengan flora dan fionanya. Mereka juga nak create beberapa facilities seperti cultural theatre, restaurants, food stalls, garden-tool stalls, pet shops and fish-aquarium shops.

Actually they create this hi-tech garden centre ni was to provide serious gardeners and hobbyists (seperti kite-kite lah... alahai...) a 'Garden Centre' concept dan menggalakan penduduk-penduduk setempat untuk datang ke garden centre tersebut.

Harap-harap projek ni berjalan lancar, so by year 2006 Nina dah dapat menikmatinya.. Insya Allah kalau umur Nina panjang

Wednesday, December 15, 2004

Panggilan PulaO

Selepas selesai makan malam Nina bawa Leynah naik keatas dan masukan dia kat katilnya. Sambil menunggu Leynah tertidur, Nina pun mengambil handphone dalam hand bag Nina. Biasalah kalau Nina nak tidur handphone Nina letak kat bedside table. Senang kalau ada orang telefon atau SMS. Bila Nina tengok ada 2 SMS terpapar di screen. Nina pun buka.. adoi.. bila baca saja SMS tu.. otak Nina macam ada kejutan aliran elektrik.. Hah.. baru Nina ingat.. that trip just around the corner.

Sebenarnya Nina dah lama planned nak meredah balik hutan belantara Belalong dekat ulu Temburong tu... Tapi tak pernah berkesempatan. Nina ni satu kepala dengan adik Nina yang satu lagi Ryma. Pantang dengar sungai ke.. tasek ke.. mesti nak redah punya.

Dan bila Ryn cakap dia bersampan menyusur sungai Tutong tu.. hati Nina bagai digaru-garu.. eleh jealous lah tu.. orang tak nak bawa kite.. tak ape lah kan.. biar kite pergi seorang-seorang padan muka dia... hahaha. Tapi awal-awal lagi dia dah cakap nak boycott Nina kalau Nina pergi tanpa dia.. aduhai adek akak yang seorang ni.. betuah punya adek..

Dalam diam-diam Nina merisik travel agent untuk ketempat tu tanpa pengetahuan my hubby. Hanya Ryn and his hubby saja Nina beritahu. Takut nanti orang tu boycott kite.

Akhirnya Nina dapat infomasi how to go there.

Bila semua settle hanya tinggal nak pilih hari, barulah Nina tanya my hubby when he will be availlable. Dia ni schedulenya packed, mengalahkan menteri. One whole week dia kena keluar kerja and the other week he will be at home (alternate week). Home means bukan dia nak duduk diam, macam-macam lah barang-barang diselongkarnya. Kadang-kadang tu garrage rumah kita tu macam workshop kereta dibuatnya. Tapi yang bagusnya bila dia keluar kerja tu.. dapatlah Nina rehat sikit.. tak payah susah-susah nak sediakan breakfast, lunch, tea-time, dinner or sometimes supper... Dia ni kalau tak ade semua tu.. habislah Nina. Dan masa ketiadaannya tu lah yang Nina panggil my quality time hahaha. Bukanya ape.. bila dia ade terpaksa lah kita ikut time table dia especially berkenaan makan. Fasal bab makan ni lah Nina malas nak cakap. Dia makan 2-3 pinggan licin tak juga gemok-gemok, tinggal kita yang jadi beban, makan 4 sudu pun timbangan tak mau turun-turun, naik ade lah. So kalau dia tak ade dapatlah Nina buat hobi Nina tu... (bukan ertinya Nina tak suka dia kat rumah). Pernah sekali tu Ryn cakap pada Nina 'laki mu ni Na boleh pasang satu lagi' (mulut Ryn ni memang tak ada insuran), maksud Ryn tu Nina boleh hidup pikul tanggung-jawab keluarga semasa ketiadaannya dirumah. Simpang melaikat 44... jaga bini seorang pun tak larat.. nak pasang 2-3.. alahai...

Dia ni kan kalau kita dah well planned barang tu mesti dia yang buat rancangan kita tergendala.. banyak songeh kot. Semuanya tak kena. Tapi kalau dia punya planned, hah walaupun last minute.. mesti jadi punya. Inilah yang buat Nina geram. Ingat bulan sept yang lalu.. diam-diam dia risik-risik travel agent.. tip-top-tip-top dah terbang ke Singapore.. Hemmm. Tapi bagus juga dapat juga Nina release tention. So Nina harap trip ke Belalong kali ni biarlah menjadi..

Nina dengar orang sebelah tu dah pun siap sakan cukup pergi gym lagi. Aduhai.. kita je yang tertinggal kat bawah canopy Belalong tu nanti.. Tak ape lah.. asal kita dapat main air terjun.. main anak-anak ikan.. collect batu.. cukuplah hehehe..

Kali terakhir Nina pergi kat hutan Belalong tu adalah pada nov 1986 selepas A level exam, konon nak release tension.. hah langsung pengsan. Mana tak nya kita sesat 16jam dalam hutan Bukit Biang dekat-dekat dengan hutan Belalong jugak. Kita orang pusing-pusing dalam hutan tu.. turun bukit naik bukit tak juga jumpa jalan keluar. Lecturer kita yang led tu pun tak tau nak buat apa. Ikut compass pun maseh juga tempat yang sama.. berpusing-pusing dah.. Akhirnya kitapun terpaksa menyusur sungai untuk mencari jalan pulang. Bayangkan lah dari pukol 6pagi kita masuk hutan Sungai Biang tu dan keluar dari arah yang bertentangan pada jam hampir 11 malam. Seingat Nina tempat kami keluar tu bernama Temada, dimana hasil bumi negara kita iaitu batu kerikil di hasilkan.

Tengah malam tu mana ada kenderaan yang lalu lintas macam kat bandar kan. So our lecturer terpaksa sewa lori (angkut batu)B$50.00 untuk kami gunakan balik ke asrama Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar. Dan bila semua sudah berkumpul di asrama, baru kami perasan seorang kawan kami hilang, mestilah tertinggal dalam hutan tu.

Bayangkan lah macamana nak cari ditengah malam didalam hutan yang tebal tu. So my lecturer pun report polis, dan pagi esoknya barulah pihak polis dan tentera udara Diraja Brunei mulakan pencarian kawan kita tu. Selama tiga hari dua malam kawan kita tu hilang. Dan hotlah story kehilangan kawan kita tu hingga masuk paper..

Sebenarnya kehilangan kawan Nina tu ada cerita disebaliknya. Mula-mula kita masuk hutan tu kawan kita (Jefri) dah terlepas kata. Dia cakap 'besisir ku dulu eh.. kan jumpa puteri bunian' sambil mengeluarkan sikatnya dari kocek. Hah apa lagi jumpa puteri bunian lah dia.. tiga hari dia tinggal dalam hutan tu.. tak dapat jalan pulang. Baik juga dia ni salah seorang ahli kadet askar, tahulah serba sedikit teknik-teknik menyelamatkan diri dalam hutan belantara yang tebal tu.. Bayangkan lah tiga hari dua malam dia tinggal seorang dalam hutan tu... entah-entah apa yang dia jumpa kat sana. Selepas kejadian tersebut Nina tak pernah jumpa budak tu lagi...tak pernah jumpa langsung sampai saat ni. Dengar khabar dah jadi pilot kot.. Mungkin dah bekeluarga kot.. macam kita jugak.

Itulah peristiwa yang paling bersejarah dalam hidup Nina yang tidak dapat Nina lupakan. Dan sejak peristiwa tu lah juga my late mother tak benarkan Nina ikut aktiviti lasak sperti tu lagi. Dan Nina terpaksa akur untuk tidak menyertai next ekspidisi ke Gunung Kinabalu di Sabah dan Mulu di Serawak selepas kejadian tersebut. Walau hati terkilan apa nak buat.

Dan hutan Belalong ni telah rasminya dijadikan hutan simpan Negara Brunei Darussalam. Kita tidak lagi bebas menerokainya. Terpaksa menggunakan khidmat travel agent ataupun melalui Jabatan Daerah Temburong dan Jabatan Perhutanan Temburong.

Dan tanggal 27.12.2004 ni Nina akan menjejakan kembali ke ulu sungai Temburong tu. Maseh terasa-rasa air terjun nya yang berarus laju tu sejuk di kaki Nina. Batu nya yang bulat leper berkilat, anak-anak ikan yang berenang bermain manja dikaki Nina, suara burung berkicauan.. bunyi unggas jelas kedengaran.. flora dan fiona yang menghayalkan... Aduhai.. sungguh indah ciptaan Tuhan.

Ehmmmmmmmmm tak sabar rasa nya nak merasakan semula keindahan ciptaan Tuhan. Betapa kerdilnya hamba mu ini Ya Allah dibawah naungan ciptaan mu yang menakjubkan mata dan hati hamba mu ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~@@@@@@~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Catatan untu my bro G yang jauh di hujung dunia tu:
Sorry ah tepaksa tah kami tinggalkan kau trip kali ani.. uhuk.. uhuk.. Doilillah.. saaaaaaaaaaayang.

Tuesday, December 14, 2004

C L A U S T R O P H O B I A

hemmmm.... C..L..a..u..s..T r o...p H o...b i A... bekulok lidah ku menyabut.. Kata perbendaharaan kita hari ini adalah claustrophobia yang bermaksud.... emmm mana pulak perginya kamus Nina ni... (Salina help....! boleh pinjam eik..)

Ryn O.. ryn.. mana dia ulat buku ni... Hahaha kelakar...

Subuh-subuh sudah my bro yang diujung sapuh atu meluahkan rahsia hatinya;

'Baik tah inda claustrophobic rasanya, especially kalau pergola atu sekubit ganya basarnya ha ha. You should have bagi space between tali atu so ada macam window sikit in between. Awuuuu banar.' - Bro G

Tapi dari ayat yang dirungkaikannya atu.. I feel something.. really something... (Pabaik tah nya nini, cakap nya manis belapik; bak kata pepatah.... sekilas ikan diair... tau sudah jantan betinanya... cewah) Awu... tangahnya basar sawang idung... tapi bahagia ku jua... I really luv you bro... Washington D.C bila kah masa nya akan ku jejaki bumi mu yang penuh dengan bunga batu.. hehe

Mengenai bunga Telang yang climbing vigourously tu... well, actually, lagi ku... skeping LoNdOn... kana sindir ku udah.. Anyway, bunga tu tak lah menakutkan sangat.. Nina hanya tanam one sided sahaja. So yang disebelah lagi kosong.. dapatlah juga merasakan angin sejuk dari arah Pantai Tungku tu. Tak adalah terasa macam living in a box.. yang macam orang Washington D.C fikirkan tu..

Dia ni terlalu imiganative lah.. sampai terkeluar ayat dari dalam kotak antiknya.. Hahahahaha ooops..... Claustrophobic... claustrophobic... claustrophobic... ehmmmmm Nina suka dengan perkataan ni.

Kak Su, Salina, Mat Romeo atauuuu Jebaaaat.... ?? bolehlah buat novel dari perkataan CLAUSTROPHOBIA ni untuk Nina erk.. haha gurau je.. kalau boleh lagi bagus. Something different eik, macam cerita Jessy Mojuru kat bawah ni; beberapa kali dah Nina baca, lain habis....

Berbalik pulak fasal cerita bungaTelang ni, bunga ni hanya Nina gunakan untuk screen pendinding supaya sinaran suria pagi tidak lah membunuh bunga hydrangea Nina yang fragile tu.. Lagipula ada dua pasu pokok bunga ros terdapat dekat screen bunga Telang tu jugak.. terlindung lah sedikit kan...

Dan yang lebih mahal ceritanya.... bunga Telang tu Nina tanam hanya sementara sahaja menantikan bunga idaman kalbu Nina yang satu tu untuk naik kat atas pergola... as you know, Im not that kind of a patience gardener (hahaha). Nantilah Nina cerita bila my next experiment yang satu ini berjaya kelak...

Uncle G claustrophobia............ ???
Come uncle... joint with me.. come onnnnnnn....

Leynah sukaaaaaaaaaaa main kat bawah pergola ni uncle ....
makan kacang babu.... hemmm yummy....

Monday, December 13, 2004


Ini backyard Nina sebelum bunga Telang ditanam . Pergola tu my dearest hubby yang buatkan. A very special thanks to my beloved hubby.. susah-susah kerana Nina, sehingga matanya bengkak kerana terlalu lama mewelding besi untuk struktur pergola tu.. (Tapi lama jua ku ngusut.. 3 taun jua ku menunggu.. hehehe)

Gambar ni Nina ambil sebulan yang lalu. Tengok tu, bunga Telang mula mengikut tali yang Nina pasangkan.

Bunga Telang adalah sejenis bunga yang hidup menjalar keatas.Ianya memerlukan sokongan untuk naik lebih tinggi, boleh mencapai dalam ketinggian sehingga 5meter tinggi. Bunga ini cantik dibuatkan pagar ataupun tembok. Sesuai bagi orang yang suka situasi privacy.

Bunga Telang ini berwarna biru dan ditengah-tengah kelopaknya berwarna putih. Bentuknya seperti loceng. Bunga Telang ini juga menghasilkan buah yang banyak. Buahnya sama seperti kacang peas. Tapi Nina tak pasti lagi sama ada ianya selamat dimakan. Mengikut adik saya Ryma, bunga ini telah diproses untuk pembikinan pewarna makanan dan juga untuk penyuci rambut (syampo sunsilk yang gunakan bahan ni). Dialah yang beri bunga ni pada Nina, lebih kurang 12 minggu yang lalu.

Bunga Telang mudah tumbuh dan hidup subur seperti dalam gambar ini, hanya dalam masa 2 bulan. Maaf kualiti gambar yang Nina ambil tidak memuaskan kerana masaalah teknikal. Nina tangkap gambar ni waktu pagi dalam pukol 6:10 a.m . Semoga infomasi yang Nina catatkan ini dapat memberi menfaat kepada semua, especially for the flower lovers.

Lihatlah buahnya betul-betul seakan kacang peas.