Sunday, December 26, 2004

Let be gone be by gone

Kelmarin Nina buat spring cleaning. Cek semua stok dalam cabinet dapor. Sambil itu dapat lah juga tengok-tengok ape benda yang tersorok kat dapor tu. Selepas tu mengubah susun atur ruang tamu. Kemudin terus lagi ke bilik tidur tamu. Habis semua susun atur bilik tu Nina rombak balik..

Manalah tau kan… macam 2 hari yang lepas sedang my hubby membaiki built-in oven Nina, tiba-tiba saje my hubby memekik ‘ ….apasal baju kurung sutera ni tersorok kat bawah dapor ni...’ Nina terkejut, dalam hati Nina berkata baju apa pulak ni. Bila Nina tengok… ya Allah mungkin baju ni lah yang Ryn cari bagai nak rak. Nina pun telefon Ryn bertanya detail baju kurung yang di cari nya tu. Memang sah lah baju tu… Sebenarnya baju tu Ryn yang buat untuk arwah mak. Arwah mak hanya sempat memakai sekali je.. semasa arwah mak menerima rawatan radio-theraphy di KL bulan Jun lalu. Selepas datang ke Brunei baju tu hilang ghaib… Itulah sebabnya Ryn betul-betul tak puas hati kemana hilangnya baju tu.. memang ade sentimental value kot..

Nina pun malas lah nak fikir-fikir lagi.. barang yang dah lepas tu biar lah lepas. Nina dah halalkan apa-apa yang hamba Allah seorang tu ambil atau terambil. Nanti susah Nina carik dia bila disana nanti. Semoga Allah akan memberi kesedaran kepadanya diatas perbuatannya itu.

Mungkin juga ada hikmah disebalik semua kejadian tersebut. Biar lah.. let be gone.. be by gone..

2 comments:

Anonymous said...

sukur tah sudah kau relakan atu, tapi antah-antah baju atu kan buat-buati sudah. baik tah tangas dulu

Nina Suria said...

ehm.. bagi Sanisah Huri saja kau ani. Inda apalah bukan aku yang kan makai.. adi tani yang sorang atu. Sama jua ilmunya tinggi, dapat di pantat nya tu.. hehe