Selesai kami solat subuh my hubby pun mengarahkan Nina supaya packing segera.Bila saja mendengar his command, Nina terus melompat lah. Senangnya hatitidak terperi(besiah muha tarus). Terus packing apa-apa yang patut. Bila dah siap Nina keluar anjung belakang rumah melihat keadaan cuaca pagi. Ehm..indahnya suasana, jelas kelihatan bulan makin malap cahayanya di sebelah barat rumah Nina, manakala sebelah timur sang suria mula menyinarkan cahayanya.
Pukol 6:15 Nina siap terus turun kebawah, membuat minuman. Anak-anak Nina sudah siap dengan trekking suitnya. Tetiba Lutfan mula merengek nak ikut. Pening kepala Nina memujuk. Makin dipujuk makin kuat tangisnya. Bagus juga hubby maseh diatas, kalau tak hem......
Bila Nina sebut nak hantar dia ke rumah Ryn, dia pun terus berhenti menangis. Eik.. makan umpan pun. Tapi dalam hati Nina, macamana ni nak hantar Lutfan dah lambat sangat. Jam dah menunjukan pukol 6:30 pagi. Dua hari yang lepas Nina mengarahkan diaorang Ryn supaya ada di jetty pukol 7:00 pagi, sedangkan Nina maseh dirumah.
Ada lagi satu masaalah, kalau Lutfan diantar rumah Ryn, macamana dengan baby Leynah ni hah. Pasti dia takut ditinggal dengan pembantu baru yang datang semalam tu. My hubby pun mengarahkan dua-duanya dihantar rumah Ryn sahaja, habis cerita.
Pukol 6:55pagi Nina sampai rumah Ryn, Nina tengok tak ada lagi keretanya di garage, mereka dah pun berlepas ke Jetty.Dalam hati nina pasti burung Ryn berkicau ni. Belum lama kami keluar dari simpang rumahnya, Ryn sms 'jadi kami duduk dalam perau sd '. Nina tersentak, biar betul Ryn ni... malas Nina nak reply SMS Ryn tu.
Nina sampai Jetty pukol 7:10, eik.. tu pun Ryn tengah duduk membelakangi pondok tiket. Hish budak ni kelam kabut orang dibuatnya. Mana lagi resit bayaran tertinggal. Adoi.. adoi.. pening. Nina tanya Ryn mana guide tu... dia mencebik.. Fahamlah Nina. Nina tengok her hubby merungut. Nina cuba bertenang.
Nina tanya tiketing yang bertugas kalau-kalau diaorang tahu agen travel yang Nina berurusan tu.. Mereka nampak blurrrrr.. Nina mula panik. Alahai macamana ni, nama guide yang dijanjikan tu pun Nina tak tahu. Bila hubby Ryn tengok Nina menggelabah.. dia pun berkata kalau tak jadi mati lah seluruh kampong dah tau... Nina hampir nak ketawa mendengar kecuakannya itu. Hahaha betullah apa yang Ryn cakap, her support system dah loading..... My hubby ditanya, lansung tak nak ikut campur, dia cakap ' U yang set the program, U lah yang settle semua ni..' Aduhai... suami... Nina ingat nak minta simpati... kena sebijik... ehm... suami akak jugak...
Nina cuba telefon agen yang menguruskan Nina, hand phonenya tak dapat tru. Cuba lagi telefon kat rumah, nasib baik dia ade. Nina pun explain masaalah Nina. Alamak rupa-rupanya Nina salah channel.Nina assume schedule yang diberikan adalah tepat, rupanye bergantung kepada keadaan.
The guide yang dijanjikan tu menunggu kat Bangar Jetty. Kalau macam ni sampai esok pun tak sampai Belalong.Nina pun bergegas ke pondok tiket bertanya nama guide yang diberikan agen tadi. Atendant tu terus saja mengarahkan kami supaya cepat masuk boat. Kami mula bertolak dari sungai Brunei pukol 7:40 pagi. Bila dah semua settle dalam boat barulah Nina rasa ringan beban. Alhamdulillah...
Sampai di Bangar dalam pukol 9:05 pagi, Nina terpaksa lagi mencari guide yang bernama Hj Moksin.. Alhamdulillah rupanya dia sudah pun sedia menunggu kumpulan kami.Dia minta kami menunggu sekejap lagi kerana ada beberapa kumpulan lain yang maseh belum sampai termasuk lah pelawat dari Australia. Dalam masa 15-20minit semua expecting guest beliau telahpun berkumpol, kami pun mula bertolak menuju guest house Belalong. Perjalanannya tidak lah jauh sangat lebih kurang 20-30 minit drive.
Pukol 10:05pagi kami pun sampai tempat dituju. Kami di sambut dengan suasana kampung yang hijau, sejuk dan nyaman, dengan kicauan burong-burong... not Ryn's support system lah....
Mata Nina liar meneliti keadaan sekeliling guest house tu. Pokok-pokok yang tinggi dibiarkan tumbuh subur. Dan terdapat pokok paku juga digantung disetiap pokok yang melindungi guest house tersebut. Tumbuh-tumbuhan herba seperti kunyit, serai, pokok kari dan beberapa jenis herba lagi juga ada ditanam. Guest house itu betul-betul penuh dikelilingi dengan tumbuhan hijau, dan membuatkan tempatnya bertambah sejuk dan nyaman.
Kami pun naik keatas dan duduk dianjung rumah. Minuman telah sedia menanti kami. Ada kueh talam kentang, popia dan donat. Kami menikmati minuman sambil menghirup udara yang segar. Pemandangan dari anjung rumah tu pula sangat indah, menghadapi sebatang sungai yang laju arusnya. Sungai tu sebenarnya aliran dari ulu sungai Belalong. Mata Nina maseh lagi liar meneliti setiap inci guest house tersebut.
Di sebelah west wing guest house tu Nina nampak ada dua biji tajau yang Nina suka sangat, diletakkan dimuka pintu bilik. Tajau tu biasanya dulu-dulu di-isi air dan digunakan untuk kita cuci kaki sebelum kita naik kerumah. Ditepi anjungnya dihiasi dengan bunga-bunga gantung, ada setengah pasunya diperbuat dari bahan terbuang. I really love this place.. mendamaikan.
Apabila kami selesai menikmati hidangan, guide tadi pun mulalah memberikan taklimatnya tentang journey kita sepanjang berada di hutan simpan Belalong nanti. Dan kami diarahkan memakai jaket keselamatan sebelum turun ke long boat.
Kami mula naik long boat dalam 10:35 pagi dan terus bergerak menuju ulu sungai Belalong untuk pendaftaran di Jabatan Perhutan Temburong. Di perjalanan menyusur ulu sungai tu kita dapat melihat tumbuhan hijau hidup liar. Arus air sungai terlalu kuat kerana musim ni kan musim tengkujuh. Ada masanya perahu kami hanyut ketepi kerana tak dapat melawan arus yang terlalu kuat. Pemandu boat tersebut terpaksa berhati-hati. Siap dengan seorang kemudi(perempuan muda mungkin awal 20 usianya berbangsa dusun)yang cekap mengemudi boat tersebut.
Permulaan journey kita menyusur ulu sungai Belalong, dari guest house Hj Moksin ke Post kawalan Hutan Simpan Belalong
Guest House bagi kegunaan rombongan dari instutusi kerajaan ataupun swasta yang membuat kerja kajian ataupun mengikuti kursus-kursus motivasi
Kami terpaksa membelah arus yang deras dihadapan untuk mengelakan dari boat kami hanyut ataupun ditimpa kejadian yang tidak diingini berlaku. Anak Nina bersorak riang apabila air sungai masuk menyimbah kedalam perahu. My hubby terus memberi amaran kepada mereka berdua supaya duduk diam.
Nina dapat mendengar dengan jelasnya my hubby bertasbih dan berselawat disepanjang jalan anak sungai tersebut. Nina pun dapat merasa apa yang my hubby rasakan waktu tu. Nina cuba bertenang melihat arus air yang begitu deras sekali. Kekadang ada masanya air sungai itu bergolak berpusing-pusing ditengah-tengah sungai, kecut juga rasa anak perut Nina memikirkannya. Dalam hati Nina berdoa semoga kami selamat sampai kedestinasi yang dituju.
Dalam Nina memikirkan situasi yang merbahaya tu, tetiba Nina tersentak perahu yang kumpulan Ryn naiki terpusing ketepi, hilang kawalan. Subhanallah.. Nina menjerit.. kaki Nina terasa menggeletar, sejuk seluruh badan. My hubby menoleh kebelakang kearah Nina.. dan memberi isyarat supaya bertenang. Kami terus sahaja berselawat dan bertasbih tidak henti-henti(pandai tungkal, ijau biru muha).
Bila tiba satu tempat yang tenang, Nina nampak ada beberapa perahu sedang memancing ikan. Ada yang tengah mandi-manda. Sungguh mengasyikan pemandangannya.Hilang sekejap rasa gerun tadi.
Dalam masa 20 minit kami pun sampai ke post kawalan Hutan Simpan Belalong untuk pendaftaran. Kami semua terpaksa naik keatas untuk melapor diri. Dalam 10 minit pendaftaran kami digesa beredar oleh guide kami supaya cepat bergerak, kerana ada lagi rombongan penghulu-penghulu dan pegawai Daerah Temburong sedang menuju ketempat yang sama. Kalau kami berjaya memintas mereka, jadual yang ditetapkan untuk kami akan berjalan lancar. Kerana di Canopy hieght tower hanya dibenarkan dua orang sahaja berjalan diatas jambatan gantong tersebut dalam satu masa. Bermakna kalau rombongan Pegawai Daerah itu berjalan dulu, kami akan terlewat dalam 40-50minit dibelakang.
Kami menaiki boat balik untuk menuju canopy hieght yang mengambil masa 20minit lagi. Dan gambar dibawah ini diantara pemandangan yang dapat kami lihat disepanjang ulu sungai Belalong. Tetapi ada yang menyedihkan melihat beberapa buah bangunan yang terbiar rosak.
Permulaan pendakian anak-anak tangga yang berjumlah 1,226 anak tangga semuannya,
lebih kurang dalam 700meter tinggi dari ground level.
Nina mendaki tangga selangkah-selangkah, takut nanti tergelincir. Kalau jatuh mesti macam nangka busuk tergolek.. Nina sempat terfikir.. Nauzubillah... Bila sampai ke anak tangga ke160 Nina terasa makin berat rasa kaki Nina untuk melangkah. Aduhai... Nina cuba teruskan lagi.
Ya Allah biar betul... mampus Nina. Anak Nina sedang menunggu memerhati kan Nina naik. Adoi beratnya....
Sampai anak tangga yang ke 217 adoi tak terlarat lagi rasanya. Nina toleh kebelakang, Nina lihat tunang adek Nina dan Ryn maseh lagi meneruskan perjuangan mendaki anak tangga yang curam. Ryn yang dah awal-awal bersiap siaga buat rehersal naik bukit Tasek Lama pun dah pancit apalagi Nina yang hanya guna mop dan penyapu ni.. dalam hati Nina berkata.. adoi kesiannya kami. My hubby, Ryn's hubby, adek Nina Sham, Lutfi dan Liyana dah jauh meninggalkan kami. Sempat pengawas perhutanan tu bergurau, 'plahaaan sampai tu karang, inda jauh lagi ni...' Hah tak jauh dia kata, separuh jalan pun belum sampai. Nina duduk kat anak tangga, tunggu Ryn sampai keatas. Bila terasa penat hilang kami pun meneruskan balik mendaki anak-anak tangga tu.
Ryn tengah strugling kat belakang sekali untuk naik keatas, sian dia.. Didepan
tu yang memakai uniform adalah guide Jabatan Perhutanan, yang bertugas membantu
rombongan kami. Terima kasih kerana sabar menunggu kami yang lidut... hehehe
Bila sampai ke anak tangga 661, ketinggian dalam 381 meter dari paras tanah, Nina pun dah tak larat nak meneruskan pendakian tu. Give up semacam. Nina merungut-rungut dalam hati, apalah punya hubby tinggalkan kita orang kat bawah ni. Dia yang pada awalnya kurang sehat, dia pulak yang didepan. Kita yang sehat walafiat ni pulak macam nak mampus mengejar mereka.
Mana lagi Nina hendak buang air kecil, aduhai... macamana ni. Ryn suruh Nina bantai aje kat bawah tangga tu. Adoi kalau orang nampak Nina naye.... Nina dan Ryn berkira-kira macamana nak teruskan pendakian yang mencabar mental dan fizikal ni.. Ryn cakap gasak lah kita naik terus.. Nina cuba menahan dari terkencing(sakit ari-ari ku) dalam hati berdoa mudah-mudahan ada tempat untuk melepaskan. Dalam Nina dan Ryn berbincang mengenai fasiliti tandas awam yang tidak terdapat dikawasan ni.. tetiba kami ternampak sebuah pondok, kami kira ofis rupanya inilah tempat membuang hajat. Alhamdulillah... lepas beban. Tak terbayang kalau Nina ikut cakap Ryn tadi... malu nye aku.......
Kami terus lagi mendaki, ada beberapa papan tanda kami temui yang memberi infomasi entang flora dan fiona yang menghuni canopy hieght ini. Nina hanya sempat mengambil beberapa mengambar sahaja, kerana camera Nina lo bat. Nina tak sempat caj semalam. Manal lah Nina sangka Nina jadi pergi pagi tu. Kan malam tu my hubby betul-betul demam, kalau tak Nina hanya dengar je... hikayat puteri Gunung Ledang Ryn.
Bila kami sampai keanak tangga yang ke 1,226 dalam ketinggian lebih kurang 690meter tinggi dari paras bumi,hah macam tak percaya je.. Kami dah sampai naik keatas... Yeszerrrrrrrrrrr
Menaiki Tower tu memanglah sukar sikit. Ruang tangga nya yang sempit hanya muat-muat seorang sahaja, tower tu akan bergoyang-goyang bila kami naiki. Ryn yang mulakan dulu naik keatas tower dan Nina mengikuti nya dibelakang.
Aduhai... bila Nina tunduk kebawah... minta nyawa... minta nyawa... Nina terasa gayat sesangat... Nina terus mendongak keatas tidak mahu melihat kebawah lagi, takut pengsan. Satu demi satu anak tangga kami naiki.
Bila sudah sampai ke jambatan pertama, Nina toleh kebelakang, rombongan penghulu 5 orang sudah sedia membuntuti Nina. Tetiba Ryn menjerit.. 'hoi dua orang saja yang boleh menyebarang jambatan lah' rupa-rupanya Ryn terasa gayat, apalagi terasa goncangan jambatan yang kuat dari arah Nina. Ryn ingat Nina yang goncang jambatan tu untuk menakutkan dia, rupanya bila ditolehnya kebelakang, kumpulan penghulu yang punya kerja.
Hem.... kalau jatuh habis... luluh (cabulnya mulut aku) .
Bila Nina melintasi jambatan ketiga yang terakhir kedengaran satu benda jatuh, ting-tong-ting-tong bunyinya bergema keudara. Ya Allah apa benda tu hah.. Nina terkejut dan terhenti seketika melangkah. Rupa-rupanya camera salah seorang rombongan pelawat dari Australia telah terjatuh. Habislah berkecai camera diginya. You just imagine 450meter tinggi... ehmm..
Bila sudah selesai menyeberangi 3 buah jambatan gantong tu tibalah masa nya untuk kami naik lagi ke satu tingkat iaitu puncak tower canopy hieght tersebut. Ryn tak sanggup lagi naik ketingkat atas tersebut kerana gayat yang amat sangat, dia hanya menunggu Nina dibawah.
Dalam masa 5-10minit diatas puncak tower tu Nina pun turun kebawah. Mendaki turun anak-anak tangga tower tu adalah yang paling sukar Nina rasakan. It was beter we climbing up rather than climbing down.
View from the Tower
Kami sampai ketempat air terjun dalam 12:30 tengah hari. Guide kami pun menerangkan yang kami harus berjalan kakilagi dalam masa 20minit perjalanan untuk ke tempat yang dihajati. Dalam dia memberi taklimat ringkasnya, dia terpandang kaki Ryn yang nampak menggeletar 'eh... napa batisnya kajar-kajar atu'. Kami pun ketawa.. au kaja-kaja kambing banar tangahnya.. Ku fikir hilang sudah tadi masa arah canopy hieght atu.
My hubby menegur Nina kerana tak memakai kasut. Sebenarnya Nina suka nak bermain dengan air tu.. bila dah hubby buat renungan semacam tu terpaksa lah akur, Nina pakai balik kasut.
Ryn jauh dibelakang..tidak lagi kelihatan, entah apa yang dihayatinya. My hubby, Sham, Tina, Lutfi, Liyana dan Nina sampai dulu kesebuah kolam kecil.. adoi... Nina terus sahaja membenamkan badan kedalam kolam.. eeeei sronok nya... My hubby hanya memerhatikan kami mandi disitu.
Dipertengahan jalan menuju ke air terjun. Sempat lagi kami mandi sementara menunggu Ryn yang jauh ketinggalan dibelakang.. Rupanya dia terjatuh opppps sian nye die..
Kami teruskan lagi perjalan kedalam hutan tu.. mengikut aliran sungai. 10 minit perjalanan dari kolam kecil tadi nampaklah dari jauh air terjun yang dicari. Tapi seingat Nina ada lagi sebuah air terjun yang cantik daripada yang kami temui ini. Nina pun sibuk bertanya kepada guide tadi. Memang sah ada beberapa lagi air terjun disebelah hujung sana. Oleh kerana masa yang terhad kami hanya dibawa sampai kesitu sahaja. Tak ape lah..
Air terjun di Sg Ampan ini mempunyai lebih dari empat lapisan. Ini adalah salah satu daripada lapisan-lapisan tersebut. Gambar ini diambil dari Brunei tourism web site.
Bila saje semua dah berkumpol maka riuh-gamat lah suasana. Lupa seketika pantang larang yang dijaga sejak awal tadi. Kami naik atas batu dimana terpancutnya air terjun yang kuat mencurah.Terasa badan seperti dipijit-pijit, nyaman semacam... It seems we were sitting on the body massage chair. Adek Nina dan hubby Ryn main gelongsor kat permukaan batu tu, seperti mengelongsor air di Sunway Lagoon layaknya. We really have fun. Hilang rasa penat lelah mendaki canopy hieght tadi.
Air terjun nya yang nyaman sejuk. Bila Nina duduk terasa badan dipijit seperti duduk diatas massage chair.
Masa 40minit yang diberi tak terasa, semacam baru je melabuhkan punggung kat sana. Hish betul lah tak puas. Nina pun bergurau dekat guide kite tu 'boleh tinggalkan kami sini kah esok baru kita ambil' ketawa dia mendengar ketidakpuasan Nina berendam kat air terjun tu. Betul-betul menghayalkan... kesian Ryn tak join mandi sama dengan kita... daia hanya jadi pemerhati...(au pakal ganya salah hari bulan, kalau inda ia punya wasai atu kali... hahaha)
Siap makan kami pun balik menuju guest house, arus sungai makin bertambah kuat. Perjalanan yang memakan masa 40-50 menjadi terlalu cepat hanya memakan masa dalam 25 minit sahaja. Terpaksa melalui mengikut alunan arus pulak. Kemudi boat hanya mengawal imbangan boat yang kami naiki, begitu pantas dan cekap sekali mereka mengendalikan boat yang hanyut di bawa arus. Sekali lagi perahu kumpulan Ryn terpusing di bawa arus.
Sampai kerumah guest house kami berkira-kira nak mandi sungai lagi. Tak puas rasanya mandi kat tasek tadi tu. Hanya Ryn, Liyana dan my hubby je tak ikut mandi kat sungai depan guest house tu. Hish seronok... rasanya tak nak balik lah. 30 minit kami mandi kat sungai tu, kami pun naik keatas. Hidangan minum petang dah menanti kami' iaitu roti bun kacang hitam dan kek butter. Ryn mengeluarkan bekalan nya; shortbread biscuit, manakala Nina mengeluarkan kacang, pringle crackers, samboi dan roti kering.
Siap semua bersalin pakaian, kami pun bertolak balik ke Bangar meninggalkan seribu kenangan. Kami berjanji nak datang balik ke guest house Hj Moksin satu hari nanti. Terima kaseh kerana sabar melayan kerenah macam-macam kami.
Catatan:
Guest house itu kepunyaan Hj Moksin Tahir sendiri, selaku guide kami sepanjang lawatan kami di Belalong. Orang nya baik dan peramah tapi tegas dalam membuat keputusan. A very good time keeper hehehe.. bekas tentera AMDB kot.. so biasalah dengan disiplin.
Berbaloi dengan saham yang kami laborkan. Kalau nak sef bajet lagi, silalah hubungi terus Tuan Tanah.
Kepada Ahada memang seronok mandi air terjun dan main air kat anak sungai tu. Vixen/CT marilah datang kat belalong, try trekking kat our tropical rain forest diantara yang tercantik di dunia.
Kalau nak tengok lebih banyak gambar di air terjun Sg Ampan klik ke rumah Dang Ayang
3 comments:
so dapat bemalam arah guesthouse atu kah? kalau dapat weekend kami kan pigi, ha ha
Boleh walau setaun kan bemalam sana. Sioooooooook sangat. Bilik tidurnya comfortable. Harganya pun berpatutan. Bah datang tah beramai-ramai. Aku pun nexr week ani kan kesana ku lagi kalau dapat hehehe
Adult's fare B$115, Children below 12years age B$70 (coffee break, lunch and tea break provided - mineral water provided for canopy walk)
Kalau direct to the owner(Hj Moksin Tahir - Trendies Tour) could be much less. Stay overnight each room cost B$40-B$65 p.nite. Long boat rental cost B$130-B$150 for 5 passengers. Depends on the current of the river.
Post a Comment