Wednesday, December 15, 2004

Panggilan PulaO

Selepas selesai makan malam Nina bawa Leynah naik keatas dan masukan dia kat katilnya. Sambil menunggu Leynah tertidur, Nina pun mengambil handphone dalam hand bag Nina. Biasalah kalau Nina nak tidur handphone Nina letak kat bedside table. Senang kalau ada orang telefon atau SMS. Bila Nina tengok ada 2 SMS terpapar di screen. Nina pun buka.. adoi.. bila baca saja SMS tu.. otak Nina macam ada kejutan aliran elektrik.. Hah.. baru Nina ingat.. that trip just around the corner.

Sebenarnya Nina dah lama planned nak meredah balik hutan belantara Belalong dekat ulu Temburong tu... Tapi tak pernah berkesempatan. Nina ni satu kepala dengan adik Nina yang satu lagi Ryma. Pantang dengar sungai ke.. tasek ke.. mesti nak redah punya.

Dan bila Ryn cakap dia bersampan menyusur sungai Tutong tu.. hati Nina bagai digaru-garu.. eleh jealous lah tu.. orang tak nak bawa kite.. tak ape lah kan.. biar kite pergi seorang-seorang padan muka dia... hahaha. Tapi awal-awal lagi dia dah cakap nak boycott Nina kalau Nina pergi tanpa dia.. aduhai adek akak yang seorang ni.. betuah punya adek..

Dalam diam-diam Nina merisik travel agent untuk ketempat tu tanpa pengetahuan my hubby. Hanya Ryn and his hubby saja Nina beritahu. Takut nanti orang tu boycott kite.

Akhirnya Nina dapat infomasi how to go there.

Bila semua settle hanya tinggal nak pilih hari, barulah Nina tanya my hubby when he will be availlable. Dia ni schedulenya packed, mengalahkan menteri. One whole week dia kena keluar kerja and the other week he will be at home (alternate week). Home means bukan dia nak duduk diam, macam-macam lah barang-barang diselongkarnya. Kadang-kadang tu garrage rumah kita tu macam workshop kereta dibuatnya. Tapi yang bagusnya bila dia keluar kerja tu.. dapatlah Nina rehat sikit.. tak payah susah-susah nak sediakan breakfast, lunch, tea-time, dinner or sometimes supper... Dia ni kalau tak ade semua tu.. habislah Nina. Dan masa ketiadaannya tu lah yang Nina panggil my quality time hahaha. Bukanya ape.. bila dia ade terpaksa lah kita ikut time table dia especially berkenaan makan. Fasal bab makan ni lah Nina malas nak cakap. Dia makan 2-3 pinggan licin tak juga gemok-gemok, tinggal kita yang jadi beban, makan 4 sudu pun timbangan tak mau turun-turun, naik ade lah. So kalau dia tak ade dapatlah Nina buat hobi Nina tu... (bukan ertinya Nina tak suka dia kat rumah). Pernah sekali tu Ryn cakap pada Nina 'laki mu ni Na boleh pasang satu lagi' (mulut Ryn ni memang tak ada insuran), maksud Ryn tu Nina boleh hidup pikul tanggung-jawab keluarga semasa ketiadaannya dirumah. Simpang melaikat 44... jaga bini seorang pun tak larat.. nak pasang 2-3.. alahai...

Dia ni kan kalau kita dah well planned barang tu mesti dia yang buat rancangan kita tergendala.. banyak songeh kot. Semuanya tak kena. Tapi kalau dia punya planned, hah walaupun last minute.. mesti jadi punya. Inilah yang buat Nina geram. Ingat bulan sept yang lalu.. diam-diam dia risik-risik travel agent.. tip-top-tip-top dah terbang ke Singapore.. Hemmm. Tapi bagus juga dapat juga Nina release tention. So Nina harap trip ke Belalong kali ni biarlah menjadi..

Nina dengar orang sebelah tu dah pun siap sakan cukup pergi gym lagi. Aduhai.. kita je yang tertinggal kat bawah canopy Belalong tu nanti.. Tak ape lah.. asal kita dapat main air terjun.. main anak-anak ikan.. collect batu.. cukuplah hehehe..

Kali terakhir Nina pergi kat hutan Belalong tu adalah pada nov 1986 selepas A level exam, konon nak release tension.. hah langsung pengsan. Mana tak nya kita sesat 16jam dalam hutan Bukit Biang dekat-dekat dengan hutan Belalong jugak. Kita orang pusing-pusing dalam hutan tu.. turun bukit naik bukit tak juga jumpa jalan keluar. Lecturer kita yang led tu pun tak tau nak buat apa. Ikut compass pun maseh juga tempat yang sama.. berpusing-pusing dah.. Akhirnya kitapun terpaksa menyusur sungai untuk mencari jalan pulang. Bayangkan lah dari pukol 6pagi kita masuk hutan Sungai Biang tu dan keluar dari arah yang bertentangan pada jam hampir 11 malam. Seingat Nina tempat kami keluar tu bernama Temada, dimana hasil bumi negara kita iaitu batu kerikil di hasilkan.

Tengah malam tu mana ada kenderaan yang lalu lintas macam kat bandar kan. So our lecturer terpaksa sewa lori (angkut batu)B$50.00 untuk kami gunakan balik ke asrama Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar. Dan bila semua sudah berkumpul di asrama, baru kami perasan seorang kawan kami hilang, mestilah tertinggal dalam hutan tu.

Bayangkan lah macamana nak cari ditengah malam didalam hutan yang tebal tu. So my lecturer pun report polis, dan pagi esoknya barulah pihak polis dan tentera udara Diraja Brunei mulakan pencarian kawan kita tu. Selama tiga hari dua malam kawan kita tu hilang. Dan hotlah story kehilangan kawan kita tu hingga masuk paper..

Sebenarnya kehilangan kawan Nina tu ada cerita disebaliknya. Mula-mula kita masuk hutan tu kawan kita (Jefri) dah terlepas kata. Dia cakap 'besisir ku dulu eh.. kan jumpa puteri bunian' sambil mengeluarkan sikatnya dari kocek. Hah apa lagi jumpa puteri bunian lah dia.. tiga hari dia tinggal dalam hutan tu.. tak dapat jalan pulang. Baik juga dia ni salah seorang ahli kadet askar, tahulah serba sedikit teknik-teknik menyelamatkan diri dalam hutan belantara yang tebal tu.. Bayangkan lah tiga hari dua malam dia tinggal seorang dalam hutan tu... entah-entah apa yang dia jumpa kat sana. Selepas kejadian tersebut Nina tak pernah jumpa budak tu lagi...tak pernah jumpa langsung sampai saat ni. Dengar khabar dah jadi pilot kot.. Mungkin dah bekeluarga kot.. macam kita jugak.

Itulah peristiwa yang paling bersejarah dalam hidup Nina yang tidak dapat Nina lupakan. Dan sejak peristiwa tu lah juga my late mother tak benarkan Nina ikut aktiviti lasak sperti tu lagi. Dan Nina terpaksa akur untuk tidak menyertai next ekspidisi ke Gunung Kinabalu di Sabah dan Mulu di Serawak selepas kejadian tersebut. Walau hati terkilan apa nak buat.

Dan hutan Belalong ni telah rasminya dijadikan hutan simpan Negara Brunei Darussalam. Kita tidak lagi bebas menerokainya. Terpaksa menggunakan khidmat travel agent ataupun melalui Jabatan Daerah Temburong dan Jabatan Perhutanan Temburong.

Dan tanggal 27.12.2004 ni Nina akan menjejakan kembali ke ulu sungai Temburong tu. Maseh terasa-rasa air terjun nya yang berarus laju tu sejuk di kaki Nina. Batu nya yang bulat leper berkilat, anak-anak ikan yang berenang bermain manja dikaki Nina, suara burung berkicauan.. bunyi unggas jelas kedengaran.. flora dan fiona yang menghayalkan... Aduhai.. sungguh indah ciptaan Tuhan.

Ehmmmmmmmmm tak sabar rasa nya nak merasakan semula keindahan ciptaan Tuhan. Betapa kerdilnya hamba mu ini Ya Allah dibawah naungan ciptaan mu yang menakjubkan mata dan hati hamba mu ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~@@@@@@~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Catatan untu my bro G yang jauh di hujung dunia tu:
Sorry ah tepaksa tah kami tinggalkan kau trip kali ani.. uhuk.. uhuk.. Doilillah.. saaaaaaaaaaayang.

5 comments:

Anonymous said...

Inda apatah, while u guys are busy menerokai hutan tropika, kami sini akan menerokai hutan bangunan, mungkin di New York or mungkin juga di Washington DC.

Nina Suria said...

Hujan emas dinegeri orang
Hujan batu dinegeri sendiri
Cantik sungguh bunga Washington
Cantik lagi di Batang Duri

hehehe biar kau giri-giri kan kemari...

Anonymous said...

"Nina bawa Leynah naik keatas dan masukan dia kat katilnya" ingat kurungan kah pakai perkataan masuk atu... ampaikan/limpangkan/letakkan/baringkan patut jua.

"tak sabar rasa nya nak merasakan semula keindahan ciptaan Tuhan" lain bunyi merasakan semula, mcm waktu ani inda merasakan keindahan ciptaan Tuhan.

hehehe (just a pinch of salt)

Nina Suria said...

betul lah kata antu buku tu..

'apa yang kau rasa tidak sama apa yang ku rasa.. apa yang ku rasa tidak sama apa yang kau rasa..'

Nina Suria said...

Alhamdulillah ada juga tutor bahasa kita turun tangan, betulkan grammar kite.. Memang patut pun jadi lecturer... sesuaiiiiiiiiiii

Thanks sis, really luv u......... mmmuah.