Saturday, December 18, 2004

MAMBANG TANAH.. MAMBANG AIR..

'Tekanang ku masa ku damit, kaka ku dan amit ku kana uyung dangan batang kayu oleh tangah yang memang kebilangan garang. Sebabnya durang ani dan beberapa orang anak dara sunti lain mandi di sungai belakang kampong kami.

http://rosapasedena.blogdrive.com

Takaduhung sudah my beloved sis Ryn sudah story fasal zaman kami dulu-dulu yang suka meramu sungai belakang kampong atu.. ingin tah ku berkongsi pengalaman kanak-kanak ku masa zaman pertengahan 70an(perambahan kami jaman kuratu), masa tu damit ku lakat dalam umur 8-9 tahun mangkali.

Kalau dikanang-kanang zaman kanak-kanak dulu atu bagi kan ketawa lakak-lakak..

Dulu-dulu Nina ni suka main dengan anak-anak jiran sekampong. Mostly jiran-jiran kite ni semuanya ada tali persaudaraan. Kita berkawan tu tak kira lelaki ke perempuan ke, semua sama-sama bermain. So kalau kite nampak ada orang main kat bawah, mulalah kaki ni gatal nak join. Tak kiralah main guli ke, main tapuk ke, main pondok-pondok ke, main tambi ke, main belon ke, semua Nina nak ikut main. Tapi kite yang kecik-kecik ni selalu kena buli.. oleh kawan-kawan kite yang jauh lebih tua dari umur kite.

Depan rumah nenek Nina ada sebuah bukit. Bukit tu terputus menjadi dua bahagian, timur dan barat. Tempat yang terputus tu lah tempat kita merentas jalan pergi ke sekolah. In-between bukit tu pulak ada sebuah rumah, kepunyaan nenek saudara Nina(Ni Bungsu Usin). Lokasi rumahnya tu betul-betul dibawah kaki bukit. Dan di tepi rumahnya tu pulak ada sebuak lopak besar. Tak tau lah Nina sama ada lopak tu semula-jadi atau man-made. Tapi yang Nina pasti masa Nina kecik tu.. lopak tu memang dah ade. Bila musim hujan kolam tu akan penuh dengan air, betul-betul seperti sebuah tasek. Kalau dilihat dari zahirnya, rumah nenek saudara Nina tu memang lah haunted dengan surroundingnya yang semak dengan pokok-pokok yang tumbuh liar; ada pokok paku, pokok periuk kera dan buah kemunting. Kalau malam berjalan pun terasa seram, meremang bulu tengkok. Nina maseh ingat lagi waktu dulu dibulan ramadhan, balik saja dari betedarus tengah-tengah malam dikampong Nina, tak mau rasanya menoleh kat rumah nenek saudara Nina tu.. seram semacam. Ditambah lagi dengan dongeng mak saudara kite yang tempat tu memang berpuaka.. tempat batu belah batu bertangkup.. alahai.. sejuk seluruh badan... takut.

Dan lopak ditepi rumah nenek saudara Nina tu lah tempat kita bermain, mandi-manda apabila musim tengkujuh, bila dah seronak mandi-manda tu lupa dongeng puaka batu belah batu bertangkup..

Pernah sekali tu sedang kami asyik mandi-manda dekat lopak tu, tiba-tiba je datang bapa saudara Nina yang garang dengan membawa sebatang kayu panjang... Masa tu kan Nina dengan mak saudara Nina dan anak-anak jiran sebelah seronok sangat bermain hingga tak sedar kehadiran bapa saudara kite.. bila bapa saudara Nina bertempik barulah kita tersedar yang dia sudah pun berdiri ditepi lopak tu.. apalagi habis semua bertempiaran lari dikejarnya. Kakak Nina yang tua tu sempat ditangkap nya lalu dipukol di punggung. Nina dan mak saudara Nina yang sebaya dengan kakak Nina tu sempat lari.. terus bersembunyi balik kerumah... hahaha.

Ada sekali tu Nina tak dapat lari lagi dari bapa saudara Nina yang garang tu. Kejadian tu Nina dah besar sikit dalam usia 11 tahun kot. Nina, adek Nina Ryma dan kangkawan lain seronok berkayuh disungai belakang kampung. Kita guna sampan orang kampung. Nina dan Ryma pakai sampan nenek manakala yang lain-lain tu pakai sampan yang ada dekat-dekat situ. Kita sibuk cari buah nipah dan buah pidada.

Tetiba bila kita sampai kat tebing sungai, sudah tercegat bapa saudara Nina menunggu kita dengan sebatang kayu. Nina tengok mukanya merah semacam, macam Jin nak telan kita orang lagaknya, cukup dengan gayanya bercekak pinggang lagi. Adoi kaki Nina terus saja menggeletar, Nina tak perasan pun yang Nina dah terjun ke sungai, padahal waktu tu Nina tak pandai berenang. Nasib baik air sungai tidak pasang kalau tidak entah lah.. tekapar-kapar Nina naik ke tebing. Ryma dan kawan-kawan yang lain pulak terus berkayuh kat seberang melarikan diri. Jadi habislah Nina tertangkap jadi habuan bapak saudara Nina yang cukup garang tu. Adoi... Nina menangis diheret balik kerumah, mak Nina pun tak tolong. Dipandangnya sebelah mata je.. Ryma pulak entah hilang kemana waktu tu..

Ada lagi satu peristiwa kat sungai juga, tapi kejadian tu diulu sungai Batu Apoi(Temburong) dekat rumah nenek saudara Nina juga. Masa tu Nina dan tiga mak saudara Nina(Buing, Mit Biat n Buajah Mastura) dipelawa makan buah dirumah saudara di hulu kampung, pada masa tu kebetulan musim buah durian. Puaslah kita disajikan dengan buah-buahan, tuan rumah pun ada sediakan cucur durian kuning juga(lakat lagi diliur ku tabal lagi isinya, kalau dianggus tanggalam gigi).

Bila sudah petang kita pun nak balik, tapi mak saudara kita yang memang asal kampong tu tak mau balik, dia nak kutip durian dulu. Dia suruh mak saudara Nina yang dua orang tu bawak sampannya. Kami bertiga ni pun naiklah sampan ni. Jadi Nina cukup gembiralah bila disuruh bersampan, pucok di cita ulam mandatang. Mak saudara Nina pun suka juga..

Panjang sampan tu lebih kurang 10 kaki, tapi pengayuh sampan ni hanya ada 2 batang. So mak saudara Nina lah mengambil pengayuh tersebut, dan Nina hanya jadi passenger. Kami bertiga pun duduk ditengah-tengah perahu. ... Mereka pun mulalah berkayuh, tetapi perahu ni tidak mahu maju kedepan malahan perahu tu berpusing-pusing pulak.. 'Eh napa tia perahu pusing-pusing ani...' kata Mit Biah.

Bila melihat perahu yang hanya berpusing-pusing tu.. Buing pun menjadi takut terus menangis.. panik. Tapi yang lucunya, Nina gelak pulak, ketawa je.. seronok melihat perahu yang berpusing-pusing tu.. memang betulah Nina ni Mambang Air.

Jarak rumah-rumah diBatu Apoi pada waktu tu amat jauh diantara satu sama lain. So susahlah nak minta pertolongan. Tunggu punya tunggu adalah satu hamba Allah datang menolong kita, itu pun kerana mendengar suara Buing menangis ketakutan. Kalau tidah entah sampai malam pun belum sampai kerumah... hahaha...

Entahlah Nina pun tak tahu kenapa Nina suka sangat dengan air ni, pantang nampak air.. air sungai ke, air lopak ke, mesti Nina redah. Memanglah Nina ni Mambang air kot. Zodiak pun lambang air jugak kan..kan..kan..kan..

Bila Nina imbau kembali kisah Nina suka kat air ni.. teringat pulak anak Nina dan anak Ryn mandi kat lopak depan rumah Ryn.. hari tu.. Memang Allah tu maha adil.. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasik.... hehehe.


Catatan :

Siapa-siapa yang berkenaan dalam story ni harap maaf lah ye.. jangan marah. Saje nak mengimbau kembali peristiwa silam.. The Good Old Days..

Entry ni lama tergantung tak sempat Nina nak post pada waktunya. Kerana banyak kerja yang Nina nak selesaikan, ditambah lagi dengan memangku tugas pembantu hehe.. Bila lah agaknya Nina dapat pembantu baru ni..



3 comments:

Anonymous said...

That's funny, rupanya kau ada dalam perahu masa diorang mengayuh dari tangah-tangah atu............mmmm

Anonymous said...

Dear Nina,
1) I didnt mention ur name, hehehe well I have 3 sisters it could b any 1

2) hahaha it was so funny... next time u try to dicpline ur child remember " I was naughtier when I was this age..." hehehe serves u rite

Nina Suria said...

Hai Dang Ayang nama jua kitani orang Brunei yang kaya dengan adat dan budi bahasa.. halus.. mulus.. Manis belapik..