Hobbies: Come and share with me.. your simple things of everyday life; gardening, entertaining, cooking and decorating..
Friday, February 25, 2005
KABAN SAKTI
Hingga dua minggu yang lalu seorang kawan baru Nina, mengenalkan kepada kita seorang peniaga barangan rumah yang hendak menjual kedainya... Disitulah titik niaga bermula..
Dan hari ini kami tiga beradi; bro G, Ryn n Nina coba berdiri teggap dan menghayun langkah kedepan menuju impian kita yang lama dipendam. Dan disini lah titik-tolak KABAN SAKTI bermula..
Mari kita menuju ke KABAN SAKTI http://kabansakti.blogspot.com
Wednesday, February 23, 2005
Tuesday, February 22, 2005
BERSAPADU MEMPERKASA MANDIRI BANGSA
Huraian Logo
Panji-panji melambangkan identity negara yang sewajarnya disanjung dan didukung dengan semangat patriotisme.
Warna kuning melambangkan Raja memerintah sebagai pemimpin yang disanjungi dan disayangi.
Huruf jawi yang berwarna hijau melambangkan keagamaan manakala warna biru melambangkan keamanan negara. Bentuk huruf ini juga melambangkan berdiri teguh bangsa Brunei yangmana masyarakatnya mampu mandiri.
Melambangkan Sambutan Hari Kebangsaan Yang Ke-21 menanai semangat patriotisme Sambutan Hari Kebangsaan Ke 20 tahun agar ianya bertambah mantap.
Melambangkan masyarakat dan bangsa Brunei yang penuh dengan budaya bangsa mengikut konsep MIB.
Bersepadu melambangkan kearah kemajuan bangsa yang mampu hidup berdikari dan mandiri.
Huruf jawi dan rumi "21" yang bercantum melambangkan kesatuan dalam mendukung semangat keagamaan dan kedamaian
Dipetik dari web Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan
Monday, February 21, 2005
2 HARI LAGI - HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEKAD KEMERDEKAAN
Bergema seruan sorak kemerdekaan
Bertunas ilham menanai kedaulatan
Tanah airku mengukir kejayaan
Kami mengucap kesyukuran
Cahaya Islam membalut keimanan
Rela berkorban menegak kesucian
Walau di rimba udara dan lautan
Panggilan Jihad ku turutkan
Dibuminya ku dilahirkan
Atau aku di matikan
Itu lah ku pohonkan
Dan juga ku tekadkan
Langit dijunjung buminya subur
Tanah air ku aman maamor
Pantainya indah udara segar
Tekad ku terus berkobar
Taat hukum Allah dan juga titah Sultan
Abadikan diri janji kemerdekaan
Segenap pelusuk dunia ku khabarkan
Brunei Merdeka Darussalam
NEW FROM SINAH BISC.
Boxes for sale
Household for sale - Visit Sinah Bisc. now to see more. Click http://sinahbisc.blogspot.com
Sunday, February 20, 2005
3 HARI LAGI - HARI KEBANGSAAN BRUNEI DARUSSALAM
Baru pagi ini Nina dapat bersantai dirumah. Tengok bunga-bunga Nina kat belakang. Dah tenat satu bulan Nina tak bermanja-manja dengan bunga Nina. Ada beberapa pokok bunga Nina dah mati kekeringan. Terutama pokok-pokok bunga yang terdedah kepada cahaya matahari pagi dan petang. Nak harapkan pembantu baru ni amat payah sekali. Jauh bezanya dengan pembantu Nina yang dulu. Semua kerja dia boleh buat. Malas nak panjang-panjang cerita.
Oncidium orchid Nina dah mengeluarkan hasil setelah Nina guna dua tips yang kawan berikan. Tip pertama masuk akal ke ni????. Bajalah okid dengan serbuk perasa didapur (bukan masakan je yang diberi serbuk perisa, bunga pun...). Tip kedua; guna baja excel bloom. Ehm... entah lah Labu... Tapi tak menghampakan, tips nya boleh tahan jugak.
Bunga Oncidium begitu exotic sekali. Bewarna purple berbintik-bintik puteh dan ditengah-tengahnya bewarna kuning. Sungguh cantek bunganya seperti kupu-kupu.
Bunga hydrangea Nina pun lebat berbunga. Begitu juga bunga padi, subur melata ditepi-tepi longkang belakang.
Mungkin disebabkan cahaya matahari pagi sudah beralih arah. Maka patio dibelakang rumah Nina di waktu pagi agak terlindung dari cahaya matahari dan membuatkan tempat itu teduh dan sejuk sedikit. Bunga-bunga pun turut mekar berbunga.
Saturday, February 19, 2005
4 HARI SAJA LAGI KAMI MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN BRUNEI DARUSSALAM
Kelihatan Bandar Seri Begawan petang minggu itu nampak berubah wajah. Kelihatan bendera meggah berkibar-kibar disepanjang jalan. Di tengah-tengah padang Seri Begawan sudah siap terbangun logo Hari Kebangsaan yang ke 21. Dan hari kebangsaan tahun ini bertemakan 'Bersepadu Memperkasa Mandiri Bangsa'.
PURIH BANGSA
Brunei tanah air kita
Warisan berkurun lamanya
Budaya Melayu teras bangsa
Islam cara hidup kita
Kita purih pancir mulia
Tabah gagah berhemah tinggi
Bermaruah dan berperibadi
Bersopan sedar harga diri
Masa depan penuh cabaran
Kita ungkayahkan dengan iman
Dengan ilmu bakti setia
Ikhlas amanah kerana Allah
Bangunkan kemakmuran
pelihara keamanan
Teguhkan kedaulatan
Tegakkan keadilan
Junjunglah kebenaran
Hidupkan kerohanian
Ajaran Allah kita turutkan
Tegak bersatu mendukung negara
Brunei sejahtera bumi tercinta
Taat setia rakyat bahagia
Di bawah naungan Sultan kita
BERKIBARLAH BENDERA
Berkibarlah bendera kita
Megah melambai di angkasa raya
Lambang perjuangan bangsa yang merdeka
Bersatulah membela negara
Brunei negara yang bahgia
Aman damai megah serta subur
Setia rakyatnya dirgahayu rajanya
Darah perwira setria pantang mundur
Inilah tumpah darah kita
Tanah air warisan pusaka
Pantai teluknya bumi menghijau
Lurah bukit yang tegak menghimbau
Disitulah tumpah kasih setia
Kekal padu kukuh bagai waja
Semangat bangsa berkubar sentiasa
Bahgialah Brunei maamur merdeka
Friday, February 18, 2005
Menyusuri Sungai Selapon
Dan setelah 9 hari meninggalkan sungai mu yang penuh dengan memori indah... dalam hati aku bertekad; akan ku jejaki kembali sungai mu yang menghantui tidur ku...
Oh Selapon.. pulangkan lah jiwa ku yang kau rantai dalam lubuk sungai mu...
Tuesday, February 15, 2005
Harga Runtuh TSUNAMI
Bazzar Tsunami
Nina tiba di mini stadium SOAS college 7.15pagi. Orang dah mula warming up dengan senamrobik. Nina sempat merakamkan dalam tiga buah lagu je. Yang akhir sekali Cek Mek Molek. Penuh dengan adengan yang kelakar. Sakit perut Nina melihat aksi-aksi gelek para peserta. Semua peserta-peserta memberi respon yang baik, sporting. Syabas untuk semua. Selepas 30minit warming up, walkaton pun dimulakan.
Bila bermulanya acara walkaton, Nina terus meluru ke gerai jabatan kita. Nampak meja berserabut dengan barang-barang jualan yang belum kemas beratur. Kami sedaya upaya mengatur makanan dengan pantas. Walau dihati terkilan sedikit, memandangkan fasiliti buffet tidak seperti yang diharapkan. Entahlah Labu..malas nak cerita. Semuanya jadi rojak. Belum habis kami berkemas orang ramai dah berpusu-pusu datang masuk ke gerai kita. Rupanya peserta-peserta walkaton dah selesai. Adoi pantasnya mereka berjalan, cuma 30 minit... betul ke ni.
Kakak kita sibok melayan kerenah pelanggan. Hingga tak menang tangan dibuat. Pening jugak kita dibuatnya. Bila mereka request beli dessert je. Sedangkan dessert tu disediakan hanya untuk orang beli buffet. Bila dah tengok muka mereka yang seposen tu.. hentam aje lah. Kita bantai B$1 for 3 slice of cake / 3 pcs biscuit choc. Itu pun ade yang maseh merengek nak beli lagi. Akhirnya dessert habis seawal-awal pukol 9.Tak dapat bayangkan bila sambutan dekat gerai kita begitu mengempaqkan. Pukol 10pagi makanan semua habis licin. Buffet yang kita jual B$5.oo sekapala pun tinggal balak. Spagheti dan mee goreng yang datang pukol 9pagi pun laris dijual. Pokoknya semua makanan laku dijual. Cuma tinggal barang pakaian, sports asc., VCD, books n household. Terima kaseh Nina ucapkan kepada HAMN yang sponsor spagheti dan HAMIN pula sponsor mee goreng.
Kemuncak acara pagi tu ialah permainan menguyung ayam serama. Memang kelakar game ni. Cukup dengan PHY kita sedia dengan parangnya. Sakit perut Nina menahan ketawa, menyaksikan aksi adek-adek kita yang terhuyong hayang menangkap ayam serama tu.
Pukol 11pagi AO kita mengarahkan buat jualan mauk(mabuk). Semua barang-barang yang berbaki dilelong 95%off; kita panggil 'HARGA RUNTUH TSUNAMI'. Betul-betul memberi kejutan kepada semua staff kita dan tetamu yang hadzir. Semua majalah dan buku-buku yang tinggal diatas meja tu dijual dengan harga $B10. Kakak yang betul-betul berdiri kat tempat tu yang dapat semua. Nina hanya sempat mengambil 3pasang baju kurong yang sarat dengan batu permata berkerawang dengan harga B$10.00each, 34pcs scarf for B$5.oo n table lamp B$2.oo. PHY pulak borong VCD lebeh kurang 70pcs B$5.00, driver kita pulak sempat kebas lebeh 10 pasang long pants n jeans $5.00. Golf set semuanya dijual dengan B$150.oo. Memang tepat dipanggil harga runtuh TSUNAMI.