Monday, February 07, 2005

Selamat jalan bonda

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat, baik jua ada kami tedapt ustaz. Sanang jua sikit keraja suka duka. Dalam beberapa minit tecium ku bau angus, tekanang ku kari ayam ditambak yang kawan ku panas kan tadi. Tarus ku bediri, ku tinggalkan orang baca doa ani. Minta maaf tah arah bis kita inda ku sampat mengaminkan. Sama jua ada lagi 20 labih orang yang kan mengaminkan ah..

Kamas baca doa, bos kami memberi sepatah dua kata yang paling pendek ku dangar selama ani. Hanya ucapan selamat bersara and terima kaseh atas perkhidmatan selama 36 tahun. Sedeh ku mendangar, bukan pulang apa.. hanya sepotong ayat atu saja yang dapat diluahkannya. Tapi kira okey lah, barangkali fasal ia inda faseh bahasa melayu and telampau gaggaran. Maklum tah inda besedia kan membagi ucapan selamat tinggal.

Tahniah ku ucapkan arah abis kita mampu bertahan hingga 36tahun. Banyak jua sudah jasa-jasa abis dia orang ani kan dikanang. Inda jua menyasal kali ah.. pingat PJIKB (Jasa Indah Kerja Baik) dan PKL ( Pingat Kerja Lama) disandang jua sudah. Kami ani doi malai ku.. alum lagi dapat kan dibanggakan. Camana kan dapat cemerlang jua, nya orang; kan keraja macam siput, kalau balik macam ribut..

Entah ah.. kami ani kalau pencen apa kah, kana kanang kah inda.. kalau ikut-ikut kan, dalam kami yang tinggal lima orang ani, aku lah yang paling penghabisan keluar dari tanah Tuan Ismit ani.. bukan pulang apa terasa macam diri terbuang.. doi lillah saaaaaaayang... rawan ating ku.

Rupanya sudah 10 tahun ku bekeraja sama abis kita ani, inda terasa masa berlalu capat. Nada tah lagi kami baindung ni.. mun semua bis kita tiga-tiga sudah besara. Nya orang perindungan sudah nada ani, abis kita lah tampat kan kami mangadu.. bemanja.. doi malai ku..

Kaseh sayang yang diberikan dan ilmu abis kita turunkan arah kami atu, tidak lah ternilai harganya.. Terimalah pemberian kami yang inda seberapa atu untuk jadi kenangan indah bersama kami disini.. Disini ku susun jari sepuloh memohon ampun dan maaf dan halalkan mana yang termakan dan terminum wahai bonda-bonda ku. Semoga bonda bedua hidup bahagia bersama anak dan cucu.. Amin



Ya Allah berikan lah mereka kebahagian hidup dunia dan akhirat

No comments: