Petang minggu hubby Nina membawa kami balik kerumahnya di Kg Pudak. Untuk sampai kesana kami melintasi pusat bandar Brunei iaitu Bandar Seri Begawan. Dalam perjalanan berkumandang lagu patriotik hari kebangsaan; 'Purih Bangsa' yang lirik nya dicipta oleh Menteri Hal Ehwal Ugama dengan nama pena beliau 'Shukri Zain' dan lagunya pula digubah oleh Manaf Hj Kamis. Anak Nina, Lutfan ikut menyanyi bersama, membuat kan Nina dan hubby terpegun sejenak. Rupa-rupanya dikelas tadika, mereka diajar menyanyikan lagu tersebut. Memang kenalah Kementerian Pendidikan menanamkan semangat patriotisma seawal mungkin, demi melahirkan generasi yang dinamik dan cemerlang untuk bangsa dan negara yang tercinta.
Kelihatan Bandar Seri Begawan petang minggu itu nampak berubah wajah. Kelihatan bendera meggah berkibar-kibar disepanjang jalan. Di tengah-tengah padang Seri Begawan sudah siap terbangun logo Hari Kebangsaan yang ke 21. Dan hari kebangsaan tahun ini bertemakan 'Bersepadu Memperkasa Mandiri Bangsa'.

PURIH BANGSA
Brunei tanah air kita
Warisan berkurun lamanya
Budaya Melayu teras bangsa
Islam cara hidup kita
Kita purih pancir mulia
Tabah gagah berhemah tinggi
Bermaruah dan berperibadi
Bersopan sedar harga diri
Masa depan penuh cabaran
Kita ungkayahkan dengan iman
Dengan ilmu bakti setia
Ikhlas amanah kerana Allah
Bangunkan kemakmuran
pelihara keamanan
Teguhkan kedaulatan
Tegakkan keadilan
Junjunglah kebenaran
Hidupkan kerohanian
Ajaran Allah kita turutkan
Tegak bersatu mendukung negara
Brunei sejahtera bumi tercinta
Taat setia rakyat bahagia
Di bawah naungan Sultan kita
No comments:
Post a Comment