Tuesday, February 01, 2005

Bird story - Episod Two

Macam ada satu cerita yang tersembunyi dalam gambar burung yang dikirimkan oleh orang yang diujung dunia ani. Betulkah wahai yang empunya diri. Adakah khabar gumbira ingin adinda sampaikan. Atau hanya kakanda yang berperasangka...



Burung jelatik sarang kedidi
Sarang tempua sarang berjuntai
Betapa cantik padang salji
Cantik lagi Sungai Berunai

Ooops.. inda ketara..

Burung acang membuat sarang
Anak kuyuk main ski
Pabaik siuk main snow dipadang
Takut ku tegelincir karang patah kaki

Ooops... ketara?

Burung tempua terebang sekawan
Dihujung dahan membuat sarang
Dah lama adinda merantau ke Washington
Bilakah adinda mengirimkan tiket kanda menyeberang

Ooops.. jaraaaaaaaaang..!





Aduhai... siapakah gerangan ampunya angkara, maka bahasa kakanda bertukar nada..

16 comments:

Anonymous said...

Itek berenang menuju tangga
Tangga dibuat dek ayam jantan
Tiket memang menunggu kekanda
Cuma Kanda yang ambung macam kera utan

Bermain snow ditepi kota
dapat tak dapat bamain juga
Kalau lah benar bagai dikata
Cepat lah cepat masuk mutuka

Sungguh meriah pantun seloka
Sakit parut ku kikik-kikik ketawa
Kalau lah benar kekanda bijaksana
Cubalah balas pantun ku dengan segera

Pheeeeeeewit!

Nina Suria said...

Sungguh meriah pantun seloka
Sakit parut ku kikik-kikik ketawa
Dinda menjual kanda terima
Jangan saja kapus-kapus minta nyawa

Itek berenang menuju tangga
Tangga dibuat dek ayam jantan
Kalau benar bagai dikata
Tiket sudah menunggu kanda ke Washington
Tunggulah kanda didapan tangga
Jangan saja karang dinda pengsan

Ambuk Washington pakai celana
Kera di Brunei pakai seluar pelarut
Sampainya hati dinda mengata kanda
Bah sediakan tah Visa Card dinda untuk di garut

Sungguh meriah pantun seloka
Sakit parut ku kikik-kikik ketawa
Memang dinda pintar berniaga
Sebab atu tah kanda terdera


Cewahhhh.... masuk.. jangan tak masuk

Anonymous said...

Walaupun pantun bermaksud jenaka
jangan lupa ajaran gurunya
dua baris pembayang dua baris lah juga maksudnya
Apa Kes? kanda dapat pantun berbaris lima

Buah Cempedak diluar pagar
Ambil Galah tolong julukkan
Sungguh dinda menjadi kajar-kajar
Mendangar kanda kan datang ke Washington

Tanam kedundung ditepi telaga
Inda ku tau apa ratinya
Kalau lah benar bagai dikata
Mungkin kah bulan akan jatuh ke riba?

Ayuk coba balas pantunnya! Pasti hebat!

Anonymous said...

ambuk banar si anu ani
ambuyat dingin belacan karing;
bahapa kan kamu bdua ani??
inda ku ikut-ikutan jgn ku dijaling

hehehe... melawan ni...

ayam serama naik atas tree
ayam sigun menapuk mua;
ai... inda kan kanda di rimba saja dapat tiket free
dinda di sini pun kan meliat white house jua

jawab kanda-kanda ku yang budiman dan bijak laksana!!

Nina Suria said...

Ambuk Si Bush pakai kacamata
Datang Si Kerry memberi tiara
Untuk dinda dihujung dunia
Dengarlah kanda berbicara

Walaupun pantun bermaksud jenaka
Jadi mainan penglipur lara
memang pantun kanda bukan berbaris lima
computer width page ampunya angkara

Ayam serama pakai kebaya
Ayam sigun menjeling nakal
Baru kanda beri habar berita
Sudah tia dinda kajar-kajar tungkal

Hang Tuah laksmana ternama
Hang Jebat pendekar penderhaka
ehmm.. ilmu kanda tak tebal mana
Ryn.. kanda coba jawab jer dengan bijaksana

ambuyat dingin belacan karing
pinggan tak retak nasi tak dingin
hahaha.. kas tah ikut besaing
sebelum idea kanda-kanda menjadi karing

ayam serama naik atas tree
ayam sigun menapuk mua
hish baru tah orang kan dapat tambang free
sibungsu ani inda dapat tadangar-dangar jua

Bah siapakan masuk.. masuk tah

Anonymous said...

burung nuri melintas benua
singgah di padang bermain salji
rindu hati pada kanda berdua
maka adinda dtang berpantun lagi

burung nuri mematuk padi
mati tebujur digelek kerita;
mana jawapan pantun ku antadi
mengapa? babau biskita

Nina Suria said...

Burung merbuk terbang serumpun
Hinggap mari dirumah menteri
Banyak keraja kanda betimbun
Masuk blog ani pun mencuri harta negeri

Burung unta bemain galah
Gajah betina inda telompat tinggi
Nampak terang dan jelas sudah
Ryn ani banyak masa free

oi.. dinda tak ade koja ke

Anonymous said...

ambuyat dingin belacan karing
rusip dikaut terasa gali
macamana lah kanda inda menjaling
dinda masuk tak Salam lagi

pergi ke Kota membali Christmas Tree
inda ku tau rupanya sudah masuk Tahun Baru Cina
bukan pasal orang diRimba ganya dapat tikit free
kan halnya rumah kanda teramat lah kecilnya

Datang Si Kerry memberi tiara
Sharifah Aini menjadi murka
Terima kasih wahi kekanda
Bicara ku dangar walaupun tak bersua muka

Telunjuk lurus kelingking berkait
Tak tau menari disalahkan lantai jongkang-jongket
Memanglah pantun berbait-bait
Mengapalah computer width page yang diungkit-ungkit

Ayam serama memanglah nakal
Sampai ambuk disangka kera
Kajar-kajar ku bukannya tungkal
Hanyalah sebagai tanda hati gumbira

ambuyat dingin belacan karing
sabab ku jamur diluar dinding
cubalah kanda dan dinda menunjuk taring
jangan saja tekeluar idea kuning

burung nuri berjalan kaki
dinda pun datang berpantun lagi
wahai dinda, benar kah itu kata dihati
atau bermaksud mengampu minta tikit free

burung kiwi bamain keladi
tejumpa gagak memasak kari
bukan kanda babau inda tejawap pantun mu tadi
kan halnya disini dah dini hari

Gajah laki makan kuini
Pelanduk hairan tepiar-piar
Baik tah jua Ryn bepantun disini
Inda jua kana tagur kerana mengingar

Tikus bejalan memakai sari
Arnab drive kereta pergi ke Labi
Jam sudah menunjuk 7.14 pagi
Sebalum ku keraja, baik tah ku menyambung tidur lagi

Nina Suria said...

Burung gaggak pakai bedak Sonia
Burung merak memperli, ele..
Kalau betul bagai dikata
horey.. kanda berangkat sekarang pergi ke L.A..

ambuyat dingin belacan karing
bila dimakan mata jadi juling
kanda pun inda mau bepantun kuning
takut ku buajah kayah datang menaing

Itik berjalan terkedek-kedek
Ditambah lagi kasut bertumit tinggi
Bah adang tah ketawa kikik-kikik
Karang aku yang bangun meninggi hari

Sakit parut ku ketawa kikik-kikik
Sampai mata ku belaing-laing
Au banar adang tah kikik-kikik
Sekajap lagi tawak-tawak ku bising

bah sambung.. sampai pagi...

Anonymous said...

Bedak Sonia popular nyata
tapi lebih canggih bedak pesagi
memanglah benar bagai dikata
tapi bolehkah kanda mendapat cuti

cikar liau badar memakai samping
samping dibali dikampung aying
bagus lah kanda tak cakap kuning
dinda pun tak sanggup liat kanda ditaing

Kerbau betina berlenggang mencari laki
Ambuk berenang dalam perigi
Memang pun matahari sudah naik tingi
Dinda datang kerja pun jam 10.30 pagi

kirik-kirik ketawa pari
Jam ku datang 10.30 pagi
Bukan maksud inda mengakun kesalahan diri
Lambat datangku angkara ada burung hantu minta dilayani

Pergi keRimba mencari kayu
Untuk membuat sebiji gasing
sumbat lah saja dengan susu
agar tawak-tawak tak lagi bising

Hari ini kita berkampung
Hari esuk bertanam serai
Jangan lah agak berlagak ambung
Karang turun ujan barai-barai

Roses Are Red
Violet Are Blue
Mataku pun sudah Red
Takut ku menjadi Blue

Anonymous said...

pokok rumbia bukannya jati
menabang jati inda berani
gumbira dinda rasanya dihati
kanda berdua masih ingat warisan datu nini

menabang jati pakai kubota
kubota telanggar pokok kuini
sanak parutku menalan tetawa
membaca pantun haprak biskita bedua ani

pokok kuini ku pandang lama
tapi sayang hari dah dini
abis keluar segala nama
temasuk si bush dan sharifah aini

Dini hari berpantun seloka
sambil menunggu laki bekarang
bini di rumah bebaju lawa
membaca pantun abiskita bedua
inda meingar tah karang...
tekidum-kidum ku menahan tetawa

sambil menunggu laki bekarang
subuk-subuk ayam sigun atas tree
terasa badan ku melayang-layang
mendangar abar orang kan sponsor tikit free

kalau bini bebaju lawa
siti norhaliza inda telawan
kalau sungguh bagai dikata
patang ani jua ku packing baju-bajuan

nah! ambil kamu... servis sudah kepala utak ku ari ani... lawan jangan tak lawan

Nina Suria said...

Badak amoi dahulu kala
Badak kose membuka cyber
Cuti kanda boleh bila-bila
Jangan tah jadi alasan brother

Buajah Kayah memakai jongsarat
Jongsarat diapit naik keistana
Dinda yang jung sapuh pulang ambil barat
Dangsanak ampir pulang sembarana

Kambing gurun turun mari
Turun mari makan daun kari
Inda jua kanda minta layani
Bangun ahir salah sendiri

Kirik-kirik ketawa pari
Mendangar belida tarus pergi
Eh dinda baik tah sadar diri
Bulan sudah beransur pergi
Baik tah dinda mengenyam mimpi
Esok pagi inda gapa-gapa lagi

Padian mudik ke hulu
Menjual kueh dalam perahu
Maaf kanda kan balik dulu
Patang hari tah Ryn ku mambalas seloka mu

Bah... sambung.. anyam...

Nina Suria said...

Burung merak angun berdiri
Hinggakan Sang Gaggak benar-benar iri
Memang kanda-kanda mu ingat warisan datu nini
Kanda ingatkan dinda Ryn janglah nanti lupa diri

Menebang jati pakai kubota
Kubota telanggar pokok kuini
Pantun kanda-kanda memang berharga
Bukan haprak ler atau dinda Ryn yang iri

Ditengah hari berpantun seloka
Sambil mendengar lagu samalindang
Au.. tengah hari ani pun pc ku buka
Fasal dinda Ryn sudah menggandang

Bah.. break... past-half... sambung ca wahai adinda-adinda ku berdua

Anonymous said...

Siti Nurhaliza menari-nari
tarian gemalai lagu industan
Nah malam ani masak kari?
asalkan jangan lauk bekulan

Pokok jati disangka meranti
pokok durian bukan rambutan
sungguh-sungguh inda ku merati
apakan biskita sungutkan?

Buah rambutan bukan kuini
jangan dimakan si ikan pari
sekadar jua biskista ani
aku kan ikut merasa tikit free

makan mangga ku sangka wani
wani ku cacah dangan belacan
ambil tah biskita bedua pantun warisan ketani
bah! awu... inda ku telawan

mutik duit pakai nama walkathon
nama saja walkathon inda jua bejalan
nampaknya inda tah sampai ajat ke washington
ok ciou ku dulu, esuk-esuk lagi melayan

biar kamu tambah paning

Nina Suria said...

Siti Nurhaliza terkenal se-antare negeri
Sharifah Aini marah semacam
Memang kanda petang ni masak kari
Mesti dinda menilik pakai talam

Pokok jati disangka meranti
pokok durian bukan rambutan
Adoi adinda ani jangan tah galak ati
Kanda bedua ani saja mengurapakan

Membawa kutin mengutip walkhaton
Keliling kampong dan juga pekan
Dapat jua dinda kali ke Washington
Dengan loan kereta $12,000 yang dipinjamkan Sultan

hehehe jangan tah sawan inda kanda melawan

Nina Suria said...

Burung hantu menangis menala
Datang keluang membelai manja
Adoi inda ku tekabir menjawab pantun dinda
Biskut orang oder untuk cina raya

Berpantun seloka hati gumbira
Inda tesadar matahari tiba
Ayam bekokok menjadi tanda
Nanti ku balas seloka dinda
Bejual biskut ku dulu mencari harta
Pakai merantau ke kota dinda